AC
Milan berkeputusan untuk tidak menyambung kontrak Pirlo pada awal season 11/12.
Dengan umur yang makin meningkat, ramai berpendapat, ini merupakan penutupan
tirai ke atas karier salah seorang deep lying playmaker terbaik dalam generasi
masakini. Banyak pasukan meletakkan ball winner / destroyer di posisi yang
Pirlo bermain, menyebabkan pemain seperti Pirlo ini semakin pupus dan tidak
mendapat tempat.
Akan
tetapi Conte bukan sahaja memberikan tempat di dalam skuad Juventus, tetapi
Conte built his squad around Pirlo. Pirlo membalas kepercayaan dengan prestasi
yang terbaik, menjulang Serie A,
unbeaten.
Di Euro 2012, Pirlo merupakan
antara pemain terbaik kejohanan. Dia mendominasi midfield dan semua gerakan
menyerang Italy perlu melalui Pirlo. Semasa v England (quarterfinals), Pirlo
mengawal rentak kedua pasukan dengan selamba tetapi barisan penyerang Italy
gagal memanfaatkan satu pun hantaran Pirlo. Perlawanan itu akhirnya ditentukan
dengan sepakan penalti.
Italy ketinggalan satu gol
penalti sebelum Pirlo steps up. Joe Hart membuat muka, konfiden dan cuba
bermacam gaya untuk mempengaruhi Pirlo. Pirlo memulakan larian dan dengan
bersahaja menyungkit bola perlahan ke arah gol sambil Joe Hart yang sudah
commit ke kanan gol, tergolek melihat bola melantun masuk.
Bagi aku, Panenka Pirlo was a
psychological blow, bukan sahaja kepada Joe Hart tetapi kepada seluruh skuad
England. Selepas penalti Pirlo, Ashley
Young dan Ashley Cole gagal menyempurnakan sepakan penalti. Dan Diamanti wraps
it up for Italy.
sumber : google, youtube, soccernet.com, espn
No comments:
Post a Comment