Sambungan dari Cerita Malaysia TIDAK ke Piala Dunia Part 1
Seperti yang dijangka, prediction aku jauh ke laut. Sharbinie tetap diturunkan dan bolos 5 gol. Ismail Faruki (who?) bertindak sebagai attacking midfielder yang sepatutnya menjadi link di antara midfield dengan striker, tetapi he was dreadfully taik dlm match ini. Anonymous throughout the first half. Aku nampak dia time jadi benteng free kick je. Kalau letak Baddrol pun lagi bagus, lebih energy dan urgency.
Seperti yang dijangka, prediction aku jauh ke laut. Sharbinie tetap diturunkan dan bolos 5 gol. Ismail Faruki (who?) bertindak sebagai attacking midfielder yang sepatutnya menjadi link di antara midfield dengan striker, tetapi he was dreadfully taik dlm match ini. Anonymous throughout the first half. Aku nampak dia time jadi benteng free kick je. Kalau letak Baddrol pun lagi bagus, lebih energy dan urgency.
Tinggal kenangan |
Dalam Sukan Sea 2011 baru baru ini, Baddrol membuktikan prestasi cemerlang di posisi Ismail Faruki ini seolah - olah menconteng “In Your Face!” di muka Rajagobal kerana menggugurkan dia daripada kedua dua match vs Singapore ini.
Fakhri Saarani di wing kanan kurang efektif. Dia bermain one dimensional dan tidak memberi defensive cover di depan Mahali. Dia jadi lupa diri, ingat dirinya striker. Sama juga boleh dikatakan kepada Ismail Faruki. Keduanya mengabaikan defensive duties sepanjang game. Safiq dan Amar mengemudi tengah sentiasa dioverrun oleh midfield trio Shahril, Haris & Mustafiq yg lebih energy & strength. Mereka selamba membuat simple triangle passes untuk melepasi centre of midfield kita yg laid back & statik. In which, meninggalkan back four kita terdedah kepada serangan Singapore baik dari tengah, flanks ataupun set piece. Ball watching berleluasa. Main culprit = Ismail Faruki, Fakri Saarani, Amar dan Safiq. Harimau Malaya kena tibai 4 – 1 sebelum half time.
Gol ketiga Singapore. Mustafiq membuat larian sambil dilihat 5 player Malaysia |
Gol keempat. Cuba lihat Amar & Safiq ball watching dan Hariss (14) & Jia Yi bypass mereka unmarked. |
Rombakan berlaku di half time. Ismailnymous Faruki digantikan dgn Amirulhadi. A clear indication yang taktik Rajagobal menurunkan Ismail tidak menjadi malah backfired. Fakhri berpasangan dengan Safee di depan. Kuna di flank kiri & Amirulhadi di flank kanan sambil tengah Safiq & Amar terus diberi kepercayaan. Belum sempat kita melihat kesan rombakan ini, Safiq dilayangkan kad merah. Mungkin di atas frustration kerana kurangnya mendapat bola (3 vs 2 di midfield) atau pun tensi kena hairdryer treatment dari Rajagobal kerana ball watching. Juga pembuktian bahawa Safiq memang agak kurang defensive qualities.
Rombak lagi. Amirul di tengah bersama Amar. Fakri cover kanan. Amirul patut diberi pujian kerana menghidupkan tengah dengan work rate & energynya. Lagipun, dia masih fresh berbanding midfielders Singapore. Another thing is his adaptability. Dia pernah bermain untuk Malaysia di right back, right wing dan sekarang di tengah pula.
Player Singapore pula red carded menjadikan 10 vs 10. Akhirnya, uneffective Fakhri keluar digantikan Hadi. 6 minit kemudian, Hadi scored. Diikuti dgn gol Safee. 4 – 3. Malaysia kerugian 60 minit dan 4 gol sepanjang beradanya Ismail Faruki & Fakhri Saarani di atas padang. Jika mereka tidak diletakkan dlm kesebelasan utama, mungkin berbeza keputusan perlawanan ini. Mungkin berbeza tajuk post ini.
Perlawanan berakhir 5 – 3.
2nd leg di Bukit Jalil. 90 000 fans turun stadium untuk menyaksikan “kebangkitan” Harimau Malaya. 2 gol defisit dilihat sebagai tidak mustahil. Apatah lagi di tanah tumpah darahku. Rajagobal sendiri mengatakan mereka akan cuba yg terbaik di dalam perlawanan ini.
Akhirnya Khairul Fahmi diberikan kepercayaan menggalas tugas goalie (cukup cukuplah tu dengan Sharbinie). Aidil yg baru sangat pulih dari kecederaan diturunkan bersama Shas di bahagian centreback. Safee & Hadi di bahagian serangan. Ismail Faruki masih diberi kepercayaan untuk mengganti peranan Safiq yang digantung perlawanan. Amar Rohidan menjadi pasangannya di midfield. Amirulhadi di flank kanan dan Kuna di flank kiri. Sayang sekali Baddrol, Ashaari dan Gurusamy memanaskan bangku simpanan.
Kalau aku diberi peluang memilih kesebelasan utama, aku akan pakai 4-3-3. Midfield trio aku letak Amar di bahagian bawah sekali. Diapit Baddrol & Amirul. Amar kerja senang. Short pass kepada 2 midfield tadi atau sideway passes kepada winger kanan Kuna atau kiri Ashaari. 2 midfielder tadi will provide energy & juga pressing di bahagian tengah. Menjadikan central midfield battle yg sengit daripada menyerah longlai seperti di Singapore. Safee menjadi top striker.
Singapore tidak begitu banyak menyerang sepanjang permainan. Mereka fokus kepada maintaining possession di tengah dan defence drop deep utk menidakkan ruang untuk Safee & Hadi. Singapore juga mengamalkan time wasting tactic dan lebih kepada counter attacking. To them, the job was done in Singapore. To make it worse for Malaysia, penggunaan dua central midfielders in Amar & Ismail Faruki was outnumbered berbanding 3 Singapore midfielders. Macam biasa, mereka bermain simple triangle around them, tetapi kali ini, mereka maintain position dan menyerahkan tugas menyerang kepada Duric dan 2 wide forward mereka, Qiu Li & Jia Yi. Menembusi tengah Singapore menjadi lebih sukar.
Ismail Faruki was useless in midfield (again). Selalu hilang bola and starved off the ball. The only player Malaysia yg banyak mendapat bola ialah Amar. Sebagai DM, dia drop deep dan kutip bola dari defence. Tiada midfielder dari Singapore yg rapat dengan Amar. Sing midfielders ingin maintain positioning discipline untuk mengurangkan risiko diserang ketika out of position. Jadi, Amar mendapat a considerable amount of time on the ball dan hantarannya juga kemas. The only problem is, dengan posisi dia yang jauh dari kotak penalti lawan, his ball retention & circulation tidak membahayakan pihak lawan pun.
Walaupun Singapore kurang menyerang, tapi when they did, memang amat berbahaya. Defence kita memang goyang. Shas & Muslim are still young kata Rajagobal. Dah tu berapa ratus established players kat Malaysia ni kau tak pilih pulak? Aidil terpaksa dikeluarkan seawal minit ke 22 kerana injury. Another unnecessary risiko yang diambil oleh Rajagobal. Dia terpaksa mengorbankan satu substitution option dengan membawa masuk Muslim.
Mujur Khairul Fahmi bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya dari Singapore. Seolah olah menconteng “In Your Face!” di muka Rajagobal kerana menggugurkan dia daripada match di Singapore lepas.
A rare opportunity terbit pada minit ke 55, Amar's pass split the midfield, terus ke Kuna yg cut inside. Kuna worked the ball (dan dikasari player Singapore) to the right di mana Safee menunggu. Safee merembat masuk. Play to the whistle sound ref kepada player Singapore yang komplen. Gurusamy dibawa masuk menggantikan Ismail Faruki yg taik dengan harapan boleh inject energy di tengah. Pelik. Kenapa tak pakai Baddrol yg lebih ofensif? Bukankah kita sedang mengejar 1 gol lagi?
Midfield Singapore mula drop deep & memperketat kawalan selepas bolos gol. Walaupun kita enjoy possession in the latter stages, tetapi jentera serangan terus ditaikkan dengan kesukaran mendapatkan ruang between the lines & kesusahan menembusi the midfield trio & back four yang berdisplin.
Minit ke 72, keeper Singapore melancarkan long ball kepada Duric yang flick it on to Jia Yi. Jia Yi coolly finishes off harapan seluruh rakyat Malaysia. As simple as that, kempen WC 2014 Malaysia berakhir. The damage was done at Singapore tempohari dan Malaysia gagal bangkit dari kekalahan itu. If only they keep it tight at Singapore and bash them kat Bukit Jalil.
"I know my players" |
Wartawan cuba menimbulkan tanda tanya kenapa Khairul Fahmi tidak terpilih beraksi dalam 1st leg match di Singapura.
“When you look throughout the match, you cannot just blame the goalkeepers because we have to collectively take the blame (for the loss)”, Rajagobal beralasan.
No sir. The blame is on you!
Malaysia masih belum pernah layak ke Piala Dunia sejak 40 tahun mencuba.
Kredit kepada CMTKPD dan Lucius Maximus (penulis CMTKPD).
Gambar gambar ihsan CMTKPD, youtube, google, sokernet.com, 1goals.com dan astro arena.
Gambar gambar ihsan CMTKPD, youtube, google, sokernet.com, 1goals.com dan astro arena.
No comments:
Post a Comment