Tuesday, 24 September 2013

10 points buat Moyes


David Moyes

Ramai Man Utd fans & haters bersependapat bahawa Moyes, pengurus Man Utd patut dipecat setelah team itu kalah 1-4 kepada Man City di Etihad Stadium baru baru ini. Kalah 1-4 kepada musuh berjiran sukar diterima. Vs Liverpool sebelum ini pun kalah menguatkan lagi hujah mereka. Seteru utama tu.  “Next in line” kata semua setelah berita Paolo Di Canio dipecat daripada Sunderland. 

Tapi aku rasa Moyes perlu diberi masa. Peluang dan ruang. Berikut adalah beberapa checkpoints yang mungkin dapat menyelamatkan Moyes daripada terus dibedil maki nista. Mana tahu, boleh menyelamatkan Moyes daripada dipecat oleh fans kebanyakan di tanah Malaysia.

1) Sebenarnya kan, pengurus baru seperti Moyes memerlukan masa untuk mengeset kepermainan dan taktikal amalannya kepada para pemainnya. Semua orang tahu. Yang tak tahu mungkin tak pandai main bola. Jose Mourinho pun tahu.


“The easiest thing is for a manager to arrive in a club and not change, to go in same direction. Or to keep something and buy a couple of players better than what previously.”


If you want to do something different, there is a period where – I understand that, if the results are not good, people will question your direction you go – but its up to me to determine where we’re going.”


Jadi, semua perubahan memerlukan masa. Masa untuk Moyes stamp his playing style kepada players dan masa untuk players adapt dengan style itu. Lebih lebih lagi, Man Utd tak pernah berubah manager dah 20 tahun lebih dengan Sir Alex memegang tampuk dari 80-an lagi. Jadi lagi sukar untuk Moyes shake things up. Susah but not impossible. Just need more time.

2) Pembelian Fellaini cuba menunjukkan perubahan yang dimaksudkan. Menambah steel di midfield Manchester Utd sambil meningkatkan aerial strength. Carrick terbebas sedikit daripada defensive responsibilites dan boleh dictate game dengan lebih berkesan. Dan Rooney, as a part of the midfield triangle or withdrawn striker lebih bebas mencari ruang dan mencipta peluang. Ketika setpiece seperti corner kick misalnya, Fellaini juga boleh dijadikan target selain dari Vidic dan RVP.

3) Percubaan membeli Fabregas dan Thiago mungkin memberi maksud untuk menambah creativity di bahagian midfield untuk mencipta peluang gol. Apabila RVP injured, kemungkinan Rooney akan mengepalai serangan sambil Thiago / Fabregas menggalas tugas creator. Malangnya, bidaan membeli  kedua pemain itu gagal dan melihat kepada kekalahan di Etihad Stadium baru-baru ini, dengan tiadanya RVP, Rooney lah yang create dan dia juga nak kena finish. Macamana tu?

4) Welbeck, Young dan Valencia punyalah out of form. Membawak dari last season lagi, Valencia dan Welbeck masih belum pulih daripada dip of form. Young pula terkena hentakan psikologi gara-gara diving anticsnya. Samada mereka buck up or Moyes boleh cuba tukar posisi pemain seperti Coleman di Everton. Dari winger turun ke right back. Susah-susah jual je Januari nanti. Young tu patut jual je.

5) Kagawa dan Nani pula out of favor, sedangkan Kagawa memang boleh pegi jadi creator di dalam match vs Man City tempohari. Nani pula dengan trickery dan kedua kaki hidup mungkin boleh memberi nafas baru kepada permainan sayap Manchester Utd. Keputusan untuk tidak menurunkan pemain-pemain ini mungkin ada kaitan dengan perubahan style permainan tadi. Seperti di Chelsea, Mourinho juga tak favor Juan Mata sedangkan Mata merupakan pemain yang amat menyerlah ketika season lepas. 


“It's part of a process with him, too. It is one thing to play with Ramires and Oscar closing down opponents on each side, and Mata as a No 10 behind a striker with his clever assists, clever passes and fantastic actions because he has great talent. But it is another thing to adapt to the way we want to play. In this moment, Oscar is my No 10 and, if anyone tells me Oscar has not been Chelsea's best player this season, I'd have to disagree. I have to prove to the fans that I am good. Now [Mata] must do the same."


Hopefully ketiga-tiga player ini Kagawa, Nani dan Mata boleh adapt dengan playing style manager masing-masing untuk kebaikan mereka dan fans secara amnya. Time will tell.

6) Kalahnya Man Utd kepada Man City, away dan Liverpool, away. Seri dengan Chelsea. Keputusan ini tak teruk mana pun. Bagi aku kalah kepada Big Four / Five untuk manager baru yang step up macam Moyes nih memang dijangka. Anything else is a bonus. Yang penting fixtures away ke Liverpool dan Man City dah lepas. Vs Chelsea di home juga dapat kutip satu mata. Tinggal Arsenal dan Totenham sahaja belum jumpa. Ketika ini, pengutipan 3 mata di kelab selain Big Four / Five adalah rutin. Wigan (Charity Shield), Swansea dan Crystal Palace dikalahkan. Dan selepas ini, lima game vs kelab bawahan sebelum jumpa Arsenal mungkin memberi mata maksimum 15 mata. Smooth sailing sampai game Arsenal (kot?).
 

7) Big Four/ Five  tadi pula sudah ada yang kalah kepada kelab bawahan. Chelsea kepada Everton. Arsenal kepada Aston. Man City kepada Cardiff. Liverpool kepada Southampton. Man Utd dan Tottenham sahaja yang belum kalah kepada kelab-kelab bawahan. Kalau Man Utd dapat maintain 100% record vs kelab-kelab bawahan dan at least meraih seri dengan Big Four / Five selepas ini, tak mustahil Man Utd boleh pergi jauh dalam BPL musim ini.

8) Di antara manager-manager the Big Four/ Five, Arsene Wenger dilihat mempunyai kelebihan dari segi pengalaman dan extensive knowledge di dalam BPL musim ini. Beliau pernah memenangi BPL beberapa kali sebelum ini. Beliau sudah lama berentap di dalam BPL dan masih kekal lama di Arsenal. Di Chelsea, Mourinho mungkin ada experience memenangi BPL dan menerajui Chelsea sebelum ini tetapi seperti Moyes, beliau tengah struggle dengan pembentukan Chelsea mengikut acuan beliau tersendiri. Moyes juga mempunyai kelebihan dengan mengepalai Everton dalam tempoh yang agak lama di dalam BPL. Sekarang diberi peluang untuk step up dan membentuk Man Utd. Brendan Rodgers masih boleh dianggap baru. Ini musim ketiga (rasanya) di BPL. Pembelian ramai pemain baru set him back untuk adapt the new players kepada style dia. Keadaan sama juga boleh dikatakan untuk AVB di Tottenham. Pellegrini pula betul-betul baru dengan suasana BPL. Masa akan menunjukkan adakah pengalaman ini berguna sepanjang tempoh BPL berlangsung. Masa akan membuktikan siapa yang akan crack dulu dan siapa yang akhirnya triumph di akhir garisan.

9) Player muda seperti Fabio, Rafael, Jones, Buttner, Evans, Januzaj dan Zaha patut diberi peluang untuk bermain. Kagawa dan Nani juga patut diletakkan di kesebelasan utama. Sudah-sudahlah pakai veteran bermain. Vidic, Rio, Giggs patut dah jadi bit part players dah ni.

10) Jangkaan aku Arsenal akan menang BPL musim ini. Diikuti rapat Chelsea dan Man City. Tottenham round up top four. Man Utd? Lain kalilah!


sumber : espnfc.com, whoscored.com, google.com

No comments:

Post a Comment