Showing posts with label italy. Show all posts
Showing posts with label italy. Show all posts

Monday, 14 January 2013

2012 : Balotelli’s Hulk goal celebration

Mengabadikan saat bolasepak yang tak dapat aku lupakan sepanjang tahun 2012




Semasa di Man City, Balotelli menyumbang 17 gol tetapi digantung 13 perlawanan. Dengan reputasinya sebagai seorang yang unpredictable, pemilihan Bad Boy Balotelli oleh Prandelli ke dalam skuad Italy Euro 2012 merupakan satu pertaruhan yang besar. Tiada siapa tahu, sama ada Balotelli akan menjadi hero atau villain untuk Italy.


Segalanya terjawab apabila Euro 2012 berjalan baik untuk Balotelli dan kemuncak prestasinya tiba apabila membenam favorites Germany dengan dua gol di semifinal.


Long through ball dari Montolivo mencari Balotelli yang merembat deras ke penjuru gol merupakan antara gol terbaik tournament. Tetapi the Hulk celebration selepas gol itu merupakan satu detik yang ikonik, menjadi lambang kemegahan kepada Italia faithfuls dan diadaptasikan dalam FIFA 13.


sumber : google, youtube, soccernet.com, espn

Friday, 11 January 2013

2012 : Pirlo's Panenka

Mengabadikan saat bolasepak yang tak dapat aku lupakan sepanjang tahun 2012




AC Milan berkeputusan untuk tidak menyambung kontrak Pirlo pada awal season 11/12. Dengan umur yang makin meningkat, ramai berpendapat, ini merupakan penutupan tirai ke atas karier salah seorang deep lying playmaker terbaik dalam generasi masakini. Banyak pasukan meletakkan ball winner / destroyer di posisi yang Pirlo bermain, menyebabkan pemain seperti Pirlo ini semakin pupus dan tidak mendapat tempat.

Akan tetapi Conte bukan sahaja memberikan tempat di dalam skuad Juventus, tetapi Conte built his squad around Pirlo. Pirlo membalas kepercayaan dengan prestasi yang terbaik, menjulang  Serie A, unbeaten.

Di Euro 2012, Pirlo merupakan antara pemain terbaik kejohanan. Dia mendominasi midfield dan semua gerakan menyerang Italy perlu melalui Pirlo. Semasa v England (quarterfinals), Pirlo mengawal rentak kedua pasukan dengan selamba tetapi barisan penyerang Italy gagal memanfaatkan satu pun hantaran Pirlo. Perlawanan itu akhirnya ditentukan dengan sepakan penalti.

Italy ketinggalan satu gol penalti sebelum Pirlo steps up. Joe Hart membuat muka, konfiden dan cuba bermacam gaya untuk mempengaruhi Pirlo. Pirlo memulakan larian dan dengan bersahaja menyungkit bola perlahan ke arah gol sambil Joe Hart yang sudah commit ke kanan gol, tergolek melihat bola melantun masuk.

Bagi aku, Panenka Pirlo was a psychological blow, bukan sahaja kepada Joe Hart tetapi kepada seluruh skuad England. Selepas penalti Pirlo,  Ashley Young dan Ashley Cole gagal menyempurnakan sepakan penalti. Dan Diamanti wraps it up for Italy.


sumber : google, youtube, soccernet.com, espn