Showing posts with label piala dunia. Show all posts
Showing posts with label piala dunia. Show all posts

Sunday, 20 October 2013

Farewell, Mr. Metsu.



Abdullah 'Bruno' Metsu

Perlawanan pembukaan World Cup 2002 di Korea & Japan menemukan Perancis, juara bertahan World Cup 1998 dan juara Euro 2000 dengan Senegal, wakil dari benua Afrika. Aku ingat lagi ketika itu aku duduk di hostel universiti yang rupanya sebuah tingkat atas rumah kedai yang dibahagi dengan divider nak dijadikan bilik-bilik. Ada sebuah TV saja yang berfungsi di antara bilik-bilik tersebut. Jadi kami pun berhimpit di dalam satu-satunya bilik berTV itu untuk menyaksikan perlawanan ini. Siapa pun tak nak terlepas tengok game nih. Maklumlah game pembukaan Piala Dunia. Dan perlawanan yang menemukan team penakluk dunia sudah 4 tahun vs an unknown team, Senegal. Dan tiada seorang pun menjangkakan Senegal akan mengalahkan Perancis.

Terpampang di kaca TV senarai nama pemain di dalam pasukan Senegal. Setiap nama begitu asing buat kami ketika itu. Siapa El-Hadji Diouf, Papa Bouba Diop, Salif Diao dan Aliou Cisse, Khalilou Fadiga ini? Memang tak kenal. Perancis dan Senegal seakan-akan mempunyai pertalian istimewa. Hampir majoriti pemain Senegal bermain di Ligue 1, Perancis. Patrick Viera, pemain tengah berkaliber pasukan Perancis berasal dari Senegal. Dan jurulatih Senegal, Bruno Metsu juga warga Perancis. Belum terkenal ketika itu.

Berbanding dengan kemasyuran pemain-pemain Perancis, tak payah letak nama di TV pun kami dah kenal. Siap tahu posisi mana mereka bermain. Barthez GK, Thuram dan Lizarazu FB, Desailly dan Lebouef CB, Petit dan Viera MC. Wiltord dan Djorkaeff WM terus Thierry Henry dan Trezeguet sebagai Forward. Setiap pemain Perancis ketika itu bermain di top tier clubs di dalam liga-liga dunia. Majoriti sebagai key players.  Tersedia seorang pemain ternama di setiap posisi. Sebagai sebuah pasukan, Perancis sudah menjadi World Champion pada 1998 kemudian follow up dengan Europe Champion tahun 2000. Hebat tak hebat. Kami, bukan, seluruh dunia yakin Perancis akan dominate match dan menang bergaya lawan Senegal malam itu walaupun ketiadaan hero Perancis Zidane dan juga Pires. Kehilangan duo itu mungkin mengurangkan daya kreativiti pasukan Perancis tetapi Perancis masih ada Henry, Trezeguet, Viera dan Petit. Dugarry dan Cisse pun bersedia di bangku simpanan. Bukan sahaja kami tidak menerima kekalahan Perancis sebagai satu kemungkinan, malah kami siap menjangka siapa score dua dulu. Trezeguet ke Henry?

Malah, Metsu sendiri mengiyakan kehebatan Perancis di pre-match conference."They have the best team, made up of the best players. They are really exceptional, and don’t seem to have any weaknesses. At the top, most teams have one, two or three superb players, but France has a whole team full of superb players. I honestly do not see who could beat them." 

Senegal pula, walaupun tidak dikenali ramai ketika itu, bukan selemah yang disangkakan. Di African Cup of Nations 2002, mereka mara ke Final tetapi kalah penalti kepada Cameroon.  Dan itulah yang terjadi pada perlawanan menentang Perancis malam itu. Memang tak selemah yang disangkakan.  Bermain secara defensif dan berdisplin, Senegal tampak tidak gentar menentang Perancis.

Di tengah, Salif Diao, Diop dan Alio Cisse close down pemain tengah Perancis dengan segera dan secara agresif. Beberapa kali Perancis dispossessed di kawasan tengah padang. Senegal bermain secara direct, setiap kali mendapat bola terus dilorongkan kepada Diouf yang sentiasa mencari ruang di poket kiri dan kanan Perancis. Persembahan El-Hadji Diouf menonjol pada malam itu. Bermain selaku sole striker, El-Hadji bermain through the channels, menarik centrebacks Lebouef dan Desailly keluar dari posisi. Dengan Diouf bersilat di flanks, support pula tiba dengan midfield runners khususnya, Salif Diao dan Diop masuk ke kotak penalti. Dan ketika menentang Perancis, Diop muncul wira dangan menjaringkan satu-satunya gol yang mencipta sejarah buat Senegal dan mengejutkan dunia.



Meriah sakan rakyat Senegal meraih gol dan kemenangan pada malam itu. Sampaikan Presiden Senegal mengisytiharkan cuti kebangsaan pada hari keesokannya.Walaupun dengan semua sambutan itu, Metsu, tidak ikut sama bersorak, mungkin menghormati negara kelahiran beliau, tetapi beliau juga tidak kelihatan terkejut. Aura konfiden Metsu tidak dapat disembunyikan di sebalik sambutan kemenangan Senegal malam itu.

Perlawanan kedua Senegal vs Denmark, membuktikan lagi kebijaksanaan taktikal Metsu. Ketinggalan 0-1, Metsu memasukkan dua striker – Souleyman Camara dan Henri Camara - di half time. Dan keduanya memainkan peranan penting dalam gol penyamaan pada minit 51. Henri Camara membuat clean tackle di bahagian defence kanan, dan bola terus dibawa direct ke flank kiri dengan one touch football.  Souleyman Camara melakukan decoy run dan membuka ruang untuk Fadiga melorongkan thru pass untuk Diao. Satu lagi gol daripada midfield yang run from deep. Template yang sama digunakan ketika vs Perancis, defensive - direct passing - support thru midfield runner. Gol ini adalah di antara counter attack team gol terbaik pernah disaksikan di World Cup.


Senegal hanya memerlukan seri menentang Uruguay di perlawanan terakhir di dalam kumpulan A untuk layak ke stage seterusnya. Tetapi jika Senegal tewas, mereka mungkin akan tersingkir keluar dari World Cup. Dengan Uruguay memerlukan kemenangan untuk mara ke pusingan seterusnya, Uruguay memulakan perlawanan dengan menyerang.  Senegal selesa bertahan dan bermain secara counter attack. Sampai halftime, Senegal leading 3-0. Defensive-direct-midfield runs. Dua gol hasil daripada Diop, yang meluru from deep, yet again.

Dua pertukaran pemain di half time oleh Pua membangkitkan semangat comeback Uruguay. Uruguay menyerang secara bertali-arus dan akhirnya membuahkan hasil. Kedua pemain yang baru diganti masuk, Morales dan Forlan menjaringkan gol. Permainan Senegal mulai tertekan dan akhirnya tekanan itu mengakibatkan penalti kick kepada Uruguay. Recoba menyamakan kedudukan dari penalty spot. Morales, target man Uruguay, melepaskan peluang keemasan – free header di depan gol - di minit terakhir perlawanan. Dramatik, dan rezeki Senegal layak ke last 16.



Dramatik terus menjadi tema untuk Senegal. Ketika vs Sweden di last 16,perlawanan berkesudahan 1-1. Zlatan Ibrahimovic, Diop, Anders Svensson, Diouf mempunyai peluang menjaringkan gol tetapi ditidakkan dengan kecemerlangan penjaga gol pasukan masing-masing dan keputusan ofsaid.  Golden goal di extra time menyaksikan Sweden dan Senegal saling serang menyerang. Sweden mendapat peluang terbaik melalui Svensson. Malangnya, rembatan Svensson setelah membuat Zidane turn terkena tiang. Akhirnya, Henri Camara follow up first goal dengan golden goal yang cantik. Back heel pass tepat ke larian Camara yang terus beat defence sebelum melorongkan bola di luar jangkauan penjaga gol Sweden. Gegak gempita stadium meraikan Senegal ke suku akhir Piala Dunia.



Suku akhir merupakan stage paling jauh wakil dari Afrika pernah layak di World Cup. Bertemu Turki, Senegal dilihat sebagai favorites untuk layak ke semifinal dan mencatat sejarah sulung. Malangnya, Turki menjaringkan golden goal setelah game berkesudahan 0-0.  Turki bermain compact dan dibarisi bintang yang baru nak up seperti Emre, Hasan Sas, Davala, Rustu dan Alpay. Ilhan Mansiz si supersub yang menjaringkan the golden goal.

               

                Jadi, Senegal terkeluar daripada World Cup. Tetapi mereka tetap diraikan kerana berjaya menyamai rekod wakil Afrika layak ke suku akhir. Diraikan kerana mencatatkan kejutan terbesar dengan mengalahkan defending World Champion di perlawanan pembukaan World Cup. Diraikan kerana menghasilkan beberapa perlawanan yang menarik dan dramatik sepanjang perjuangan di dalam World Cup 2002.

                Dengan kecemerlangan Senegal di World Cup 2002, ramai menjangkakan barisan pemain Senegal akan mulai menguasai persada liga-liga Eropah. Ramai juga membuat tanggapan yang Senegal akan mulai menguasai dunia bolasepak Afrika dan menjadi favorites di World Cup yang akan datang. Malangnya, Metsu meninggalkan Senegal untuk meneruskan kerjaya di Timur Tengah dan Senegal tidak pernah layak ke World Cup selepas 2002. Walaupun ramai pemain Senegal mula dikenali dan disunting ke kelab-kelab ternama sekitar Eropah, tiada seorang pun yang berjaya menyambung kecemerlangan mereka di World Cup 2002. Ini menampakkan dengan jelas kewibawaan Bruno Metsu membentuk pasukan Senegal ini yang terbukti banyak kekurangan selepas ketiadaan beliau.

                Pada 14 Oktober 2013, Abdullah ‘Bruno’ Metsu pergi menyahut seruan Ilahi. "More than a coach, he was a big brother to us," kata Souleyman Camara memberikan penghormatan terakhir. Kisah perjuangan Senegal  sepanjang  World Cup 2002 memberikan 1001 kenangan kepada dunia bolasepak.Terima kasih kerana memberikan memori itu, Abdullah ‘Bruno’ Metsu. 


Al-fatihah. 

 

sumber : espnfc.com, wikipedia.com, google.com, youtube.com

Wednesday, 4 January 2012

Cerita Malaysia TIDAK ke Piala Dunia 2014 Part 2

Sambungan dari Cerita Malaysia TIDAK ke Piala Dunia Part 1

Seperti yang dijangka, prediction aku jauh ke laut. Sharbinie tetap diturunkan dan bolos 5 gol. Ismail Faruki (who?) bertindak sebagai attacking midfielder yang sepatutnya menjadi link di antara midfield dengan striker, tetapi he was dreadfully taik dlm match ini. Anonymous throughout the first half. Aku nampak dia time jadi benteng free kick je. Kalau letak Baddrol pun lagi bagus, lebih energy dan urgency.
Tinggal kenangan

Dalam Sukan Sea 2011 baru baru ini, Baddrol membuktikan prestasi cemerlang di posisi Ismail Faruki ini seolah - olah menconteng “In Your Face!” di muka Rajagobal kerana menggugurkan dia daripada kedua dua match vs Singapore ini.

Fakhri Saarani di wing kanan kurang efektif. Dia bermain one dimensional dan tidak memberi defensive cover di depan Mahali. Dia jadi lupa diri, ingat dirinya striker. Sama juga boleh dikatakan kepada Ismail Faruki. Keduanya mengabaikan defensive duties sepanjang game. Safiq dan Amar mengemudi tengah sentiasa dioverrun oleh midfield trio Shahril, Haris & Mustafiq yg lebih energy & strength. Mereka selamba membuat simple triangle passes untuk melepasi centre of midfield kita yg laid back & statik. In which, meninggalkan back four kita terdedah kepada serangan Singapore baik dari tengah, flanks ataupun set piece. Ball watching berleluasa. Main culprit = Ismail Faruki, Fakri Saarani, Amar dan Safiq. Harimau Malaya kena tibai 4 – 1 sebelum half time.

Gol ketiga Singapore. Mustafiq membuat larian sambil dilihat 5 player Malaysia

Gol keempat. Cuba lihat Amar & Safiq ball watching dan Hariss (14) & Jia Yi bypass mereka unmarked.

Rombakan berlaku di half time. Ismailnymous Faruki digantikan dgn Amirulhadi. A clear indication yang taktik Rajagobal menurunkan Ismail tidak menjadi malah backfired. Fakhri berpasangan dengan Safee di depan. Kuna di flank kiri & Amirulhadi di flank kanan sambil tengah Safiq & Amar terus diberi kepercayaan. Belum sempat kita melihat kesan rombakan ini, Safiq dilayangkan kad merah. Mungkin di atas frustration kerana kurangnya mendapat bola (3 vs 2 di midfield) atau pun tensi kena hairdryer treatment dari Rajagobal kerana ball watching. Juga pembuktian bahawa Safiq memang agak kurang defensive qualities.

Rombak lagi. Amirul di tengah bersama Amar. Fakri cover kanan. Amirul patut diberi pujian kerana menghidupkan tengah dengan work rate & energynya. Lagipun, dia masih fresh berbanding midfielders Singapore. Another thing is his adaptability. Dia pernah bermain untuk Malaysia di right back, right wing dan sekarang di tengah pula.

Player Singapore pula red carded menjadikan 10 vs 10. Akhirnya, uneffective Fakhri keluar digantikan Hadi. 6 minit kemudian, Hadi scored. Diikuti dgn gol Safee. 4 – 3. Malaysia kerugian 60 minit dan 4 gol sepanjang beradanya Ismail Faruki & Fakhri Saarani di atas padang. Jika mereka tidak diletakkan dlm kesebelasan utama, mungkin berbeza keputusan perlawanan ini. Mungkin berbeza tajuk post ini.

Perlawanan berakhir 5 – 3.

2nd leg di Bukit Jalil. 90 000 fans turun stadium untuk menyaksikan “kebangkitan” Harimau Malaya. 2 gol defisit dilihat sebagai tidak mustahil. Apatah lagi di tanah tumpah darahku. Rajagobal sendiri mengatakan mereka akan cuba yg terbaik di dalam perlawanan ini.

Akhirnya Khairul Fahmi diberikan kepercayaan menggalas tugas goalie (cukup cukuplah tu dengan Sharbinie). Aidil yg baru sangat pulih dari kecederaan diturunkan bersama Shas di bahagian centreback. Safee & Hadi di bahagian serangan. Ismail Faruki masih diberi kepercayaan untuk mengganti peranan Safiq yang digantung perlawanan. Amar Rohidan menjadi pasangannya di midfield. Amirulhadi di flank kanan dan Kuna di flank kiri. Sayang sekali Baddrol, Ashaari dan Gurusamy memanaskan bangku simpanan.

Kalau aku diberi peluang memilih kesebelasan utama, aku akan pakai 4-3-3. Midfield trio aku letak Amar di bahagian bawah sekali. Diapit Baddrol & Amirul. Amar kerja senang. Short pass kepada 2 midfield tadi atau sideway passes kepada winger kanan Kuna atau kiri Ashaari. 2 midfielder tadi will provide energy & juga pressing di bahagian tengah. Menjadikan central midfield battle yg sengit daripada menyerah longlai seperti di Singapore. Safee menjadi top striker.

Singapore tidak begitu banyak menyerang sepanjang permainan. Mereka fokus kepada maintaining possession di tengah dan defence drop deep utk menidakkan ruang untuk Safee & Hadi. Singapore juga mengamalkan time wasting tactic dan lebih kepada counter attacking. To them, the job was done in Singapore. To make it worse for Malaysia, penggunaan dua central midfielders in Amar & Ismail Faruki was outnumbered berbanding 3 Singapore midfielders. Macam biasa, mereka bermain simple triangle around them, tetapi kali ini, mereka maintain position dan menyerahkan tugas menyerang kepada Duric dan 2 wide forward mereka, Qiu Li & Jia Yi. Menembusi tengah Singapore menjadi lebih sukar.

Ismail Faruki was useless in midfield (again). Selalu hilang bola and starved off the ball. The only player Malaysia yg banyak mendapat bola ialah Amar. Sebagai DM, dia drop deep dan kutip bola dari defence. Tiada midfielder dari Singapore yg rapat dengan Amar. Sing midfielders ingin maintain positioning discipline untuk mengurangkan risiko diserang ketika out of position. Jadi, Amar mendapat a considerable amount of time on the ball dan hantarannya juga kemas. The only problem is, dengan posisi dia yang jauh dari kotak penalti lawan, his ball retention & circulation tidak membahayakan pihak lawan pun.

Walaupun Singapore kurang menyerang, tapi when they did, memang amat berbahaya. Defence kita memang goyang. Shas & Muslim are still young kata Rajagobal. Dah tu berapa ratus established players kat Malaysia ni kau tak pilih pulak? Aidil terpaksa dikeluarkan seawal minit ke 22 kerana injury. Another unnecessary risiko yang diambil oleh Rajagobal. Dia terpaksa mengorbankan satu substitution option dengan membawa masuk Muslim.

Mujur Khairul Fahmi bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya dari Singapore. Seolah olah menconteng “In Your Face!” di muka Rajagobal kerana menggugurkan dia daripada match di Singapore lepas.

A rare opportunity terbit pada minit ke 55, Amar's pass split the midfield, terus ke Kuna yg cut inside. Kuna worked the ball (dan dikasari player Singapore) to the right di mana Safee menunggu. Safee merembat masuk. Play to the whistle sound ref kepada player Singapore yang komplen. Gurusamy dibawa masuk menggantikan Ismail Faruki yg taik dengan harapan boleh inject energy di tengah. Pelik. Kenapa tak pakai Baddrol yg lebih ofensif? Bukankah kita sedang mengejar 1 gol lagi?

Midfield Singapore mula drop deep & memperketat kawalan selepas bolos gol. Walaupun kita enjoy possession in the latter stages, tetapi jentera serangan terus ditaikkan dengan kesukaran mendapatkan ruang between the lines & kesusahan menembusi the midfield trio & back four yang berdisplin.

Minit ke 72, keeper Singapore melancarkan long ball kepada Duric yang flick it on to Jia Yi. Jia Yi coolly finishes off harapan seluruh rakyat Malaysia. As simple as that, kempen WC 2014 Malaysia berakhir. The damage was done at Singapore tempohari dan Malaysia gagal bangkit dari kekalahan itu. If only they keep it tight at Singapore and bash them kat Bukit Jalil.


"I know my players"
“From day one I’ve said our objective is the Asia Cup (2015)." Alasan Rajagobal di atas kegagalan Malaysia di kempen World Cup 2014 ini. Terus menunjukkan kepada rakyat Malaysia yang bukan bodoh bahawa Piala Asia itu lebih penting daripada Piala Dunia.

Wartawan cuba menimbulkan tanda tanya kenapa Khairul Fahmi tidak terpilih beraksi dalam 1st leg match di Singapura.

“When you look throughout the match, you cannot just blame the goalkeepers because we have to collectively take the blame (for the loss)”, Rajagobal beralasan.

No sir. The blame is on you!


Malaysia masih belum pernah layak ke Piala Dunia sejak 40 tahun mencuba.


Kredit kepada CMTKPD dan Lucius Maximus (penulis CMTKPD).
Gambar gambar ihsan CMTKPD, youtube, google, sokernet.com, 1goals.com dan astro arena.

Tuesday, 3 January 2012

Cerita Malaysia TIDAK ke Piala Dunia 2014 Part 1

Seperti yg kawan kawan sedia maklum, aku telah membeli buku “Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia” bagi menghabiskan saki baki 2011. Secara ringkas, buku ini memuatkan kisah 40 tahun perjuangan gagal Harimau Malaya ke Piala Dunia. Padat dengan fakta dan informatif, sesuai untuk penyokong tegar bolasepak negara, juga boleh dijadikan rujukan penting untuk sejarahwan Malaysia.

Selaras dengan tamatnya pembacaan, aku pun rasa terpanggil untuk menaikkan post berkenaan dgn Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia (CMTKPD). Hehehe..

Tetapi, post ini bukanlah satu book review yg mengharumkan nama buku ini atau pun  review yang menjulang kehebatan penulis buku ini. Review sebegitu sudah bersepah di luar sana (and rightly so). Post ini lebih kepada percubaan melihat kegagalan Harimau Malaya on one particular occasion secara lebih terperinci. Kegagalan Malaysia baru baru ini. Gagal ke Piala Dunia 2014.

Kempen ketidaklayakan Piala Dunia 2014 patut diberikan perhatian yg lebih mendalam kerana Harimau Malaya memulakan kempen sebagai Raja Bolasepak Asia Tenggara dengan terkalungnya Emas Sukan Sea 2009 & trofi AFF 2010. Ramai menganggap inilah detik permulaan kebangkitan Harimau Malaya. Ramai yang merasakan inilah saat terbaik untuk kita layak ke Piala Dunia. Reputasi gah sebagai jaguh rantau Asia Tenggara memberikan rakyat Malaysia sebesar besar harapan.

Harapan yang palsu.

Kempen bermula dengan bertemu Taiwan yg berkedudukan ke 40 berbanding Harimau Malaya di tangga 28 seluruh Asia. Atas kertas pun kita sudah menang. Tetapi di atas padang, jangkaan menang selesa sebenarnya meleset. Malah, tak menang pun, seri agregat 4 - 4 dan layak di atas perbezaan gol di tempat lawan.

First leg vs Taiwan, di Stadium Nasional Bukit Jalil. Seawal minit ke 27 Rajagobal merombak permainan dengan membawa masuk Hadi seorang striker, menggantikan Helmi seorang rightback. Amirulhadi pula menjadi right back, Kuna change flank ke kanan, sambil Baddrol bermain as winger kiri. Hadi berpasangan Safee di atas. Ini satu rombakan yg besar. Dengan timing yg sungguh awal, rombakan ini menunjukkan Rajagobal sudah tersilap percaturan first elevennya.

Amirulhadi sebagai rightback menjadi tanda tanya. Kenapa tak memasukkan Mahali? Apa pun, attacking Malaysia kembali bertenaga dan seminit selepas itu gol pertama menyusul. Kedua pemain yang dirombak posisi mereka iaitu Kuna & Hadi membantu dalam jaringan gol Safiq.

Defensively, percaturan meletakkan Amirulhadi di right back membawa padah apabila gol Malaysia bolos berpunca dari a simple throw-in di flank kanan Msia. Akan tetapi, Malaysia tetap membawa bekalan 2-1 ke Taiwan.

Oleh sebab kita ada advantage satu gol dan juga bertandang ke tempat lawan, aku menjangkakan Malaysia bermain dgn 4-5-1 dengan Norshahrul top striker (Safee injured). Sambil kita bertahan dan soak up pressure dari Taiwan, kita boleh melakukan counter attack yg pantas dengan permainan winger & pace Norshahrul. Juga menguatkan central midfield dengan tiga players dan melepaskan Safiq utk dictate play.

Tetapi, jangkaan aku silap kerana aku bukan Rajagobal. Dia tetap mempertaruhkan 4-4-2 dengan 2 top striker (Norshahrul & Hadi) dengan wingers Amirulhadi & Kuna. Tengah dikemudi Safiq & Amar. A very attacking side tetapi vulnerable at the back. Kat tempat lawan pulak tu. Suicidal org putih kata.

Jadi, banyaklah peluang yg terhasil samada utk Taiwan & Malaysia. Awal awal Harimau Malaya tampak garang tapi over time, dengan kelebihan bermain di tempat sendiri, desakan untuk mencari gol serta lack of defensive cover dari midfield kita, Taiwan mengalahkan Malaysia 3 – 2. Tetap Malaysia layak ke pusingan seterusnya dengan perbezaan gol di tempat lawan.

Berbincang dari sudut taktikal, pelan Rajagobal sebenarnya tidak menjadi. Rajagobal mempertaruhkan dua striker untuk mencari gol tetapi kedua striker kita off-form. Banyak peluang disia siakan terutamanya Norshahrul. Dua striker di atas menyebabkan kita lack bodies di bahagian lain, terutamanya midfield. Safiq bertindak sbg playmaker hanya berminat utk menyerang and is lacking in defensive qualities. Amar Rohidan, defensively sound tetapi agak laid back bagi seorang DM yang menggalas tugas untuk cover the whole center by himself. Tiada energy di tengah. Kelibat Baddrol langsung tidak kelihatan.

Jadi, balik ke Malaysia, Rajagobal perlu membaiki banyak kelemahan sebelum bertemu seteru utama di seberang tambak, Singapura. Defence is leaking goals. Tonggak defence, Aidil, mengalami kecederaan. Norshahrul juga injured. Sharbinie was shaky. He is lacking on command of area & communication dengan back four. Ball watching menular ke seluruh team.

Lihat bagaimana satu player Taiwan boleh melepasi 6 player Malaysia.

Chanturu, Safiq dan Amar ball watching. Aidil cuba tackle.

Mahali pula cuba tackle lemah (takut penalti). Shas cuba cover belakang. Eventually, Sharbinie akan dive dan mengasari player itu untuk memberikan penalti kepada Taiwan.

Sebelum game vs Singapore, aku predict yg Khairul Fahmi akan mengambilalih tugas goalkeeper. Muslim tampal tempat Aidil. Menyedari barisan pertahanan yg mudah bocor juga muda (inexperienced, kata Rajagobal), mungkin central mid kita lengkapkan dengan 3 pemain. Guru, Amar dan Safiq. Ini juga langkah precaution kerana kita bermain di tempat lawan dahulu. Kita contain mereka di tanah Singapore, kemudian robek mereka di Bukit Jalil, di depan 90k Harimau Malaya fans nanti. Dengan Guru & Amar menjadi defensive cover di depan pertahanan, Safiq sedikit sebanyak menjadi bebas daripada dibebani defensive work utk dictate tempo game & melancarkan serangan balas. Kuna di flank kiri dan Amirulhadi flank kanan akan provide energy untuk mengkucar kacirkan flank lawan, juga sebagai defensive cover di hadapan full backs. Safee yg kembali dari kecederaan akan tampil sebagai sole striker (Norshahrul pula injured). Mahali perlu lebih berhati hati bila bola di kaki. Dan budaya ball watching perlu dibanteras.

Bersambung ke Part 2