Wednesday 24 April 2013

Bayern On Fire, Barca Under Water.



Pada akhir game, Bayern tidak cuba pun berlawan ball possession dengan Barcelona. Tetapi Bayern memberi tumpuan untuk mengambil kesempatan ke atas kelemahan-kelemahan Barcelona dalam mencapai pembelasahan 4-0.

 Kelemahan Barcelona yang pertama : Height disadvantage

Bayern memenangi 100% aerial duel di dalam kotak penalti Barca.
Barcelona secara jelas mempunyai kekurangan aerial ability (ketinggian). Pique dan Busquets sahaja yang boleh diharap. Bartra mempunyai ketinggian tetapi kurang berpengalaman. Dengan Dante, Boateng, Gomez, Muller dan Martinez kesemuanya menyerang ketika di setpiece, Barcelona menghadapi masalah besar. Bayern pula dihadiahkan Barca 11 corner kick sepanjang match pagi tadi, itu belum termasuk free kick.
 
Dante taruk Alves

Alves in particular, memang tidak terkenal dengan keupayaan untuk deal with aerial balls. Kelemahan beliau ini dieksploitasi oleh Bayern. Dante diarahkan berpasang dengan Alves dan beberapa kali Dante berjaya memenangi bola udara. Salah satu menghasilkan gol pertama. Robben membuat hantaran silang kepada Dante yang mudah melepasi Alves, menanduk bola ke arah Muller untuk menjaringkan gol.

Muller hantam Alves
Gol kedua juga terhasil melalui kegagalan Alves. Melalui corner kick, Alves yang berada di far post lemas vs Muller yang menanduk bola kepada Gomez. Gomez menampan bola ke gawang yang kosong.


Kelemahan Barca yang kedua : Counter attack
Alba baling Robben
Pada minit pertama lagi, Muller dan Robben cuba mengeksploitasi ruang yang ditinggalkan di flank kanan. Alba yang sering out of position di atas kerana ingin menyerang tidak mampu untuk turun defending dengan Robben yang mempunyai pace dan kehadiran Muller  mengoverload flank kanan. Kombinasi kedua pemain ini menyusahkan hidup Alba dan memainkan peranan yang penting untuk gol yang pertama dan ketiga. Gol kedua juga terhasil daripada corner kick dari sebelah kanan.

Alba yang sering dirogol, jelas kelihatan tensi dan ketika hujung perlawanan, bertindak membaling bola ke muka Robben sebelum dihadiahkan kad kuning.

Selepas ketinggalan 2-0, pada second half, Barca mula melipatgandakan usaha mencari gol. Barca mula bermain secara high defensive line dan mengarahkan pemain – pemain untuk push forward. Malah, Pique mula bermain sebagai centre forward (target man). Ini membuka ruang yang lebih besar kepada Bayern untuk counter attack. Robben dan Ribery, yang pada first half terikat dengan defensive duties mula mengorak larian deras. Kemasukan Gustavo membebaskan Bastian daripada defensive duties, dan mula memberi kesan dengan mencorakkan counter attack. Muller bekerja keras menjadi distraction dan menjadi overload option di kedua flank. 

Gol ketiga bermula dengan Bastian membawa bola. Ketiadaan Pique (menjadi target man) dan larian Muller mengelirukan Alba, menarik Alba masuk ke kawasan tengah. Bastian menghantar bola ke Robben di flank kanan. Bodycheck Muller ke atas Alba membebaskan Robben untuk score gol ketiga.

Gol keempat terhasil dari counter attack di flank kiri dengan Ribery dan Alaba combined. Muller menghabiskan gerakan.


Muller

Memang Muller tidak mempunyai kepermainan kreatif atau kebijaksanaan positioning seperti Kroos. Tetapi work rate dan positioning yang berdisplin membuatkan beliau menyerlah di dalam match ini. Man of the Match. Defensively, Muller dengan rajin close down Busquets, penting di dalam midfield battle. Persembahan defensif Bastian dan Javi juga harus dipuji. Mereka bertiga berjaya menangani dengan berkesan passmasters trio Busquets, Xavi, Iniesta.

Ketika menyerang, Muller rajin bertukar posisi, cuba get involved dengan permainan samada sebagai decoy, overload ataupun pass option. Gol pertama, Muller menyambut tandukan Dante di sebelah kanan. Gol kedua, Muller melonjakkan diri menanduk di sebelah kiri. Gol ketiga, Muller menarik Alba ke dalam sebelum bodycheck Alba, memberi ruang kepada Robben. Gol keempat, Muller mencari ruang di hadapan Alba untuk menjaringkan gol.

Not pretty, tapi efektif.

Messi
Aku rasa Messi masih unfit. Beliau tenggelam di dalam match ini, membawa bersama Barcelona karam bersama. Ini menguatkan lagi dakwaan Barcelona sebagai one man team.

Penutup
Rata-rata peminat (termasuk aku) menjangkakan pertembungan sengit merebut possession di antara dua pasukan yang berorientasikan possession football. Dan berkisar kepada midfield battle, passing dan pressing. Tetapi sangkaan itu salah. Bayern tidak cuba merebut possession dengan Barcelona. Barca completed 608 passes manakala Bayern cuma membuat 217 passes. Bayern lebih berminat untuk mengeksploitasi kelemahan-kelemahan Barcelona.

Eksploitasi baik punya!

sumber : espnfc, footyroom.com, google, fourfourtwo

Friday 12 April 2013

Messidependencia vs Ibracadabra





Barcelona 1 - 1 PSG 
10 April 2013 
(Nou Camp, Barcelona)
 
Kebergantungan PSG dan Barcelona kepada bintang tersohor mereka Ibrahimovic dan Messi terserlah di dalam match ini.

Ibrahimovic tidak digunakan sebagai target man di dalam match ini. Ancelotti secara bijak mengagak high defensive line Barcelona akan menghalang Ibrahimovic untuk mendominasi aerial balls di dalam kotak penalti. Ibrahimovic digunakan sebagai withdrawn striker dan bermula jauh di tengah padang. Dengan Ibrahimovic  berlegar di deep position, beliau mula menarik centrebacks jauh ke tengah padang. Ibrahimovic membuktikan versatiliti dengan bermain selesa di dalam posisi ini. Hold up ball dengan baik, dan kreatif mencipta peluang untuk Lucas Moura, Lavezzi dan Pastore. Ketiga pemain ini yang mempunyai pace dan trickery ditambah vision Ibrahimovic mula mengeksploitasi ruang yang ditinggalkan oleh Barca centrebacks. Taktik counter attack yang mantap. 

Contoh terbaik ialah assist kepada gol Pastore. Memulakan serangan, Ibrahimovic menerima bola di tengah padang. Adriano mula tertarik kepada Ibrahimovic meninggalkan Pique untuk cover ruang tengah seorang diri. Lorongan thru pass Ibrahimovic melepasi Pique dan menjumpai Pastore yang clear on goal.
Perhatikan deep positioning Ibra sebelum through pass kepada gol Pastore


Enam peluang dicipta oleh Ibrahimovic, tertinggi di antara semua pemain. Kalah chief creator Xavi, Iniesta ataupun Pastore. Salah satu peluang yang dicipta beliau merupakan assist kepada gol Pastore tadi.

Enam chances dicipta Ibrahimovic, tertinggi di dalam perlawanan itu


Barcelona pula seperti hilang arah tanpa Messi. Fabregas cuba menggalas tugas Messi tetapi tidak berkesan. Pedro dan Villa tiada ruang. Iniesta Xavi ketandusan idea.

Apabila PSG menjaringkan gol, Tito terus mengarahkan Messi yang berada di bangku simpanan, belum pulih dari hamstring, untuk bersiap sedia. Memang tidak adil kalau dikatakan peningkatan persembahan Barcelona disebabkan oleh penampilan Messi, tetapi dapat dilihat seluruh team, bukan, seluruh stadium tiba-tiba bersemangat apabila Messi mula masuk padang.

Seperti Ibrahimovic, Messi bermain deep position, berlegar di tengah padang. Belau mula merancang serangan dari tengah sambil Villa mula bermain centrally. Walaupun unfit, Messi memainkan peranan penting dalam gol penyamaan Barcelona.

Bermula dengan Messi membawa bola, beliau melepasi mudah Verratti dan Motta. Villa mula melakukan larian ke gol dan thru pass daripada Messi tepat ke dalam larian Villa. Villa meng’set’ bola untuk dirembat masuk oleh Pedro.

Perhatikan deep positioning Messi sebelum gol Pedro


Satu-satunya gerakan Messi berjaya menghasilkan gol. Selepas itu, Messi dan keupayaan serangan Barcelona beransur tenggelam. Terbukti jelas Messi masih unfit. Barcelona mula close shop dengan membawa masuk combative Song menggantikan Villa.

Walaupun Barcelona dan PSG mendabik dada dengan mempunyai barisan bintang-bintang ternama, tetapi kedua-dua pasukan all-stars itu masih bergantung kepada seorang pemain. Menariknya, walaupun terkenal sebagai penjaring gol yang prolifik, di dalam perlawanan ini, kedua-dua pemain itu memberi impak dengan bermain jauh daripada kotak penalti dan menjadi creator bukannya finisher. PSG bergantung kepada Ibrahimovic untuk mencipta peluang-peluang gol sepanjang match manakala satu cetusan dari gerakan Messi menjulang Barcelona.


sumber : footyroom.com, google, fourfourtwo, espnfc