Friday, 20 January 2012

Apakah tindakan FAM bila rasuah melanda lagi?

Oink?

Perlis kalah 2 - 7 kepada MP Muar pada aksi pertama Liga Perdana 9 Januari lepas. 9 (SEMBILAN) pemain Perlis disyaki terbabit dalam menerima rasuah untuk mengatur perlawanan itu. Dengar dengar sampai 100k!

Sehubungan dgn itu, FAM membuat komen bangang.

Dari Utusan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan badan yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memerangi gejala rasuah bola sepak di negara ini, kata Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad.

Beliau sebaliknya berkata, skandal rasuah bola sepak adalah satu kesalahan jenayah dan ia adalah di bawah bidang kuasa siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


"FAM hanya boleh menghukum pesalah, sama ada pemain atau jurulatih, apabila mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap pesalah itu,” katanya.

Wahai Tuan Tuan FAM,


Tak semestinya memerangi rasuah bermaksud menghukum sahaja. Banyak lagi cara lain la FAM lembab.

Membuat kempen kesedaran seperti FIFA membuat kempen anti perkauman "Kick Out Racism", educate players, ref, coaches etc, create awareness kepada semua, kelas moral & work ethics kepada pemain pemain, menyediakan saluran yang mudah utk melaporkan rasuah, menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang melaporkan rasuah, bekerjasama dengan SPRM menyediakan pegawai anti-rasuah untuk setiap team bagi membantu & memantau.

Mengelakkan & memberi kesedaran awal awal adalah lebih baik dari dah terkena, baru nak bertindak & menghukum.

Ada tak kau buat cara cara ini wahai FAM bebal?

Lagi komen bangang dari FAM. "Persatuan Bolasepak Negeri sepatutnya memberi maklumat secukupnya mengenai kesalahan memakan rasuah bolasepak menerusi penerangan SPRM negeri negeri."

Sekarang pandai kau taichi kerja ini Persatuan Bolasepak Negeri Negeri dan SPRM negeri negeri.

Kalau FAM menganggap gejala rasuah ini serius, sepatutnya kesedaran dan penyampaian maklumat bermula dari peringkat tertinggi, barulah ia menjadi rasmi dan menyeluruh. Setakat menyerahkan tanggungjawab bulat bulat kepada persatuan negeri menunjukkan bahawa anda pemalas atau pun mengambil mudah gejala ini.

Dah tu, kau selaku induk buat apa? Hukum sahaja?

You never learn do you? Bangang.

sumber : utusan.com.my, google.com

4 comments:

  1. Menurut laporan Bernama bertarikh 25 January 2012 (hari ini), Timbalan Presiden FAM pula berjanji untuk melipatgandakan usaha membanteras gejala rasuah ini demi memajukan bolasepak negara ke tahap yg lebih tinggi.








    Basinya pernyataan ini.

    ReplyDelete
  2. Yang menyedihkan, FAM adalah national FA antara yg terbaik di Asean. Kalau banding dgn Indonesia, tahap korupsi diorng mmg takleh lawan. Sampai FIFA pon nak ban diorng punya league. Aku bukan nak cakap FAM bagus. Tp aku tgk 'environment' bola sepak dekat Asean ni sakit. Malaysia tak penah layak WC, Asean pon sama. Tak mungkin dalam tgh2 Asean ada 1 team yg power and taraf 'world class' kalau teams lain dkt keliling tahap sampah. Maksud aku, champions of Asean tak ke mana. Pusing2, still dekat Asean lg. Tak percaya tgk previous champions of Suzuki Cup Thailand, Singapore, Vietnam - Mmg tak pernah ke mana2 pon. Malaysia bakal mengikut jejak langkah diorng.

    Aku cuba mengetengahkan 'environment' Asean yg competitive & high quality. Aku kasi contoh, Jepun dulu pon tak pandai main bola. Tapi east asia region sgt competitive dgn kualiti yg ada pada N. Korea, S.Korea & China. Situasi ini mendorong Jepun utk step up supaya boleh compete dgn teams lain dkt region diorng. Akhirnya, semua layak WC. Sama juga dgn region Europe, South America, Africa. Contoh terbaik adalah Europe. Semua team kt Europe level diorng lebih kurang sama i.e England, France, Italy, Spain, Germany, etc.

    Semua team dkt Asean pon level diorng lebih kurang sama i.e Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam etc. (sama2 kaki bangku).

    Dah sampai masanya FA dkt Asean ni pakat2 duduk semeja. Bincang halatuju bolasepak Asean, bantu pembangunan bolasepak dkt negara2 miskin (Cambodia, Myanmar), kongsi expertise dgn negara2 yg tak tahu main bola (Philippines, Brunei), luaskan networking (Safee contoh terbaik) dan JGN SELFISH DAN SOMBONG BODOH. Menang Suzuki Cup bukan alasan utk dabik dada. Hopefully, ada 1 team dr Asean akan layak ke WC. Lepas tu, aku percaya team lain akan menyusul.

    Jgn berkumpul and duduk semeja alih2 bincang pasal kain batik. Haiiihh... letih aku nak komen.

    ReplyDelete
  3. Competitive level dinaikkan secara standard di rantau Asia Tenggara disokong.

    Usaha FAM bekerjasama dgn FAS meluaskan networking dgn memasukkan Lions di Liga Super dan HMuda di Liga Singapore bolehlah dipuji. Itu bagi aku langkah ke hadapan. Harap2 jgn one season thing aje lah. Mungkin lepas ini boleh jemput kelab dari Indonesia, Thai dll.

    Sesambil memperkenal team kepada luar dan sebaliknya, kita boleh market kan players, merchandise (jersi etc) juga promosi kepada sponsor2. Mana tahu, corporate / company yg ingin meluaskan pasaran akan mulai sponsor team2 ini utk men"display"kan image mereka kepada a larger market base. Sumber kewangan dh ada di situ.

    Itulah Shabery pun hari tu (lama dah) ada kata nak bincang buat liga se-Asean.. Tapi sampai skrg senyap je.. Harap2 diam2 ubi berisi lah.. Amin.

    ReplyDelete
  4. Shabery oh Shabery.. Jgn cakap kosong aje, mentang2 la pilihanraya nk dekat. Haha.

    Lagi 1, aku mempunyai idea utk menjadikan Liga M sebagai EPL Asean. Jemput player2 terbaik Asean utk main dalam Liga M. Secara marketingnya bagus, boleh generate income (Duit penting utk membangunkan bolasepak). Di Malaysia, umumnya ada ramai org Asean (Indonesia, Singapore, Thailand, Vietnam ), diorng boleh bantu penuhkan stadium. Lepas tu, jual live telecast dekat negara2 Asean. Byk org akan dapat benefits - Transportation (Air Asia, MAS), sport-tourism, hotel2 etc.

    Tapi in the first place, LIGA M KENA - 1)Bebas rasuah 2)Kualiti padang kena baik 3)Pengurusan Profesional 4)Politicians out

    ReplyDelete