Friday 30 December 2011

Sukeatiaku End of Year 2011 Awards

Entry ini aku cross-post dari Facebook Notes aku. Aku dah malas nak pakai FB Notes. So, ini FB Notes yg terakhir (!).

Blog ini pula yang akan menyambung keghairahan aku menulis (taip), mostly mengenai dunia bolasepak.

Kalau badminton main pakai kaki, sudah lama aku banyak menulis (taip) pasal badminton juga.

Demi mengekalkan tradisi seperti akhir tahun lepas, berikut ialah senarai penerima Sukeatiaku Award untuk tahun 2011.

Jia Yi scores @ Bukit Jalil (source : Google)


  • Best football moments : Sea Games Final Malaysia vs Indonesia, Barca Man Utd @ UCL Champs Lge Final, Uruguay in Copa America.

  • Taik moments : Harimau Malaya focusing on Asian Cup rather than World Cup. 2nd, Harimau Muda focusing on Sea Games rather than Olympics. John Terry & Luis Suarez racist remarks.

  • Overachievers : Levante.

  • Pin-drop silence goal : Jia Yi goal vs Msia in front of 90k Harimau Malaya fans @ Bukit Jalil (WC Quals).

  • Unbeaten : Sepp Blatter.

  • Shock of the year : Man Utd & Man City out of Champs League.

  • Rogol of the Year (team) : Man Utd down 6 - 1 @ Old Trafford. Second, 8 - 2 defeat of Arsenal

  • Transfer of the Year : Pirlo to Juventus, Demba Ba to Newcastle, Aguero to Man City.

  • Flop of the Year : Fakhri Saarani, Torres, Andy Carroll.

  • Villain of the Year : FAM, Sepp Blatter, Rajagobal, Luis Suarez, John Terry.

  • One man team : Arsenal's RVP.

  • Big Match player : Messi.

Kepada yang tidak menang, boleh cuba lagi tahun hadapan.

Tak sabar nak tunggu tahun baru 2012. Liga Malaysia dah nak start. European transfer window dah nak terbuka. Thierry Henry mungkin main untuk Arsenal. Ancelotti pergi PSG. African Cup of Nations (Egypt 4?). February nanti last 16 UEFA Champs League nak bermula. Habis musim kelab, ada Euro 2012 pulak.

Best!

Selamat Tahun Baru 2012, untuk semua!!

Saturday 24 December 2011

Justice for Luis Suarez 7?


1) Semasa perlawanan Man Utd vs Liverpool baru baru ini, Luis Suarez dikatakan membuat racist remarks (or slur, abuse or whatever you want to call it) kepada Patrice Evra.

2) Kalau kita boleh recall match tersebut, Patrice Evra was clearly annoyed / bermuka tak puas hati kat Suarez sehinggakan Evra bertindak kasar kepada Suarez dan ref terpaksa meredakan pasangan itu lebih dari satu occasion.

3) Evra was so annoyed sampai dia file official complaint & mengadu kepada media yg Suarez taunt him more than 5 times during the game. Dia juga mengatakan ref juga tahu perkara ini.

4) Suarez juga mengaku tetapi his defence was nama panggilan itu normal back in his country (Uruguay).

5) Selepas perbicaraan membabitkan keterangan dari Evra, ref, linesman & Suarez, FA England slap an 8 game ban + fine kepada Suarez.

6) Liverpool tersentak & unite support Suarez siap pakai baju Justice For Luis Suarez 7 semasa warm up di Wigan.

7) Rakan rakan sepasukan juga senegaraan seperti Gus Poyet mempotretkan Luis sebagai seorang yang tidak racist & berjiwa rakyat majmuk.

8) Malah tidak dinafikan di atas padang, Luis adalah antara forward yang bagus, passionate & berwork rate tinggi. Juga mempunyai confidence, pace & intelligence to take on defenders.

9) Lantak lah engkau player bagus pun, ataupun kau dah biasa panggil macam tu kat tempat engkau ataupun satu kelab backing kau, tak semestinya kau boleh buat sewenang wenangnya kat negeri orang.

10) Bila ada pekerja renovation datang rumah kau yang bukan perokok. Lepas tu pekerja tu selamba pasang rokok depan kau. Apa kita buat? Bila kita sound, boleh pulak dia kata kat rumah dia isap rokok rilek je. Perfectly normal.

11) Kepala hotak pekerja renovation itu.

12) Betul, aku setuju yg Luis Suarez bukan racist. Malah mungkin dia seorang yg berperikemanusiaan & berjiwa lembut. Tetapi, itu tidak bermakna dia innocent.

13) Alasan tidak tahu kenapa tak ambik tahu? Mana pergi managernya? Mana pulak pergi pegawai liason Liverpool utk foreign players? Makan gaji butakah?

14) Ini bukan pasal racial remarks sahaja. Ini pasal respecting the country & culture where you are working in.

15) Aksi players Liverpool memakai baju Justice for Suarez untuk tatapan dunia juga dikesali. Seolah olah kelab ini membenarkan perbuatan ini, samada the racial slur ataupun the disrespect to the local culture. Malah nampak macam lagi sokong & menggalakkan perbuatan "tidak tahu" ini. Shocking and just plain wrong!

16) Dalam pada itu, aku juga bersetuju yang hukuman 8 game ban agak berat. Untuk first timer yg "tak tahu", 5 cukup lah kot provided an official apology from Suarez.

17) Maybe after Luis' appeal & apology ada chance utk dikurangkan ban ini. But then again, maybe ditambah lagi dengan hukuman FA di atas middle finger salute ini kepada Fulham fans.

18) Jangan pulak cakap ini juga normal kat negara kau, aku tendang kang.


19) Aku juga nak tengok samada John Terry jika disabit bersalah, akan dijatuhkan hukuman yg sama dengan Suarez atau tidak? Kalau hukuman Terry lebih ringan, FA England pun gila babi racist jugak.

20) And justice for all..












Gambar koyak tampal ihsan dailymail.co.uk, guardian.co.uk, reuters, EPA dan encik Google.

Tuesday 20 December 2011

Sila beri Tunjuk Ajar

Salam rakan rakan.

Ayat di atas merasmikan blog ini.

Harap harap ayat mesra di atas memulakan langkah kanan kita dalam perkongsian pendapat pendapat & cerita ceriti di dalam situasi yg terkawal dan di dalam suasana yg positif.

Moga moga, blog ini bukan setakat hangat hangat tahi ayam atau sekadar melepaskan kentut di dalam lif. 

Mudah mudahan pembaca pembaca janganlah kutuk melampau sangat. Hati ini sangat sensitif.

Blog ini adalah spin-off dari kekecewaan saya terhadap Facebook Notes yg selama ini merupakan pain-in-the-ass tiap kali saya nak mempublish notes baru. I hope, memblog di sini akan jadi lebih mudah. 

Ayat pertama yg mesra & post pertama yg penuh harapan.


Sila beri tunjuk ajar.


Dari saya yg lutut gigil dalam memblog.



kredit kepada brader Kamarul yg bukak kan pintu.