Duli Yang Teramat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail ibni Tuanku Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).
Selepas perlantikan, baginda membayangkan negeri Johor yang sekarang ini mempunyai empat (4) pasukan bola sepak yg berentap di dalam kancah Liga Malaysia iaitu Johor FA, Johor FC, Majlis Bandaraya Johor Baharu FC (MBJB) dan Majlis Perbandaran (MP) Muar akan hanya mempunyai satu pasukan sahaja selepas ini.
Titah baginda, "Saya (Beta) tidak faham mengapa kita
perlu membahagikan keupayaan kita. Kita sepatutnya mengembleng semua kekuatan
terhadap satu pasukan sahaja, dengan hanya satu pasukan negeri sahaja yang
bertanding."
Tersentak dengan penyataan ini, aku pun terpanggil untuk
create blog post setelah sekian lama di dalam hiatus tanda protes terhadap gejala rasuah bolasepak
di Malaysia.
DTM TMJ,
Pada pendapat patik, penyatuan kesemua pasukan ini kepada
sebuah pasukan bukanlah jalan terbaik untuk memperkasakan negeri Johor di persada
bola sepak Malaysia.
Takkan hanya kerana Johor FA bermain secara hampas, segala susah
payah dan perjuangan kelab kelab terutamanya Johor FC bakal terkubur?
Agak tidak adil untuk kelab tersebut yang dibangunkan secara
persendirian, bertatih dari bawah dan kini kaya dengan sejarah dibubarkan.
Untuk pengetahuan DTM, Johor FC pernah menjadi juara Liga Premier, juara Liga
FAM dan quarterfinalist Piala Malaysia.
Setakat yang diketahui, Johor FC juga tiada masalah kewangan, politik
dan pentadbiran seperti yang melanda Johor FA.
Mengembleng semua tenaga dan fokus pada satu pasukan juga
agak suicidal. Bak kata orang orang putih, Don’t put all your eggs in one basket.
Takut takut yang dikejar tak dapat, telur dalam satu satunya
bakul keciciran.
sumber : sinarharian.com.my, wikipedia, sokernet.blogspot.com, google.
Sekadar pendapat.
ReplyDeleteAku bukan nak menyebelahi TMJ. Dia ada vision dia sendiri pasal bolasepak, jelas dia 'tahu' pasal apa yg dia cakap. Setuju, dia bukanlah pakar dalam pembangunan bolasepak, sbb dia dilatih di military College, bukan football academy.
Dia mempunyai concern dia sendiri. Johor ada 3 teams. Average setiap game jumlah penonton adalah 30 org, lebih sikit berbanding yg ada di atas padang + staff. Ini tidak sihat. Bolasepak tidak berkembang. Tiada siapa yg berminat dgn bolasepak yg rendah kualiti, kecuali bookie.
Banyak masalah bolasepak negara kita ni. Ramai bloggers terlampau yg memaki hamun TMJ, tapi aku rasa itu bukanlah channel yg betul utk ‘memberi nasihat’. Together we stand. Lets walk the talk for a better future of our football.
Aku bersetuju dengan apa yg kau kata (taip). Tiada siapa yg berminat dgn bola sepak yg rendah kualiti. Kualiti bukan sahaja daripada segi kepermainan atas padang tetapi entertainment value, competitiveness & promosi / awareness patut dipertingkatkan. Bukan kepada satu pasukan sahaja. Tetapi kepada ketiga tiga atau keempat empat team tersebut.
ReplyDeleteAku tak nafikan TMJ ni knowledge & enthutiasm bolasepaknya power. Ada cerita dalam internet tahun 2010, TMJ pernah mewakili satu pasukan yg menjuarai Liga Bola Sepak Negeri Johor. Dengan selamba baginda tapau team Dobee FC Batu Pahat dengan menjaringkan 5 gol berkesudahan 8 - 3. Akhirnya TMJ juga merangkul Pemain Terbaik Final dan Penjaring Terbanyak Liga dengan 17 gol.
Apa lagi nak dikata? Memang hebat. Tapi dah masuk 2 tahun baru aku tau. Pohon maaf tuanku, tapi sebelum ini patik ingat TMJ kaki bangku. Tiadanya kualiti menyebabkan cerita cerita bola sepak macam ini tak sampai kepada kita. Tak menimbulkan minat kepada kita.
Aku cuma nak baginda membayangkan, adalah lebih terbaik kalau ada 3 team Johor berada di top 3 Liga Malaysia & 3 stadium di Johor penuh penyokong daripada 1 team Johor yg top di Liga Malaysia & 1 stadium yg penuh penyokong.