A frequent top 4 team kalah kepada pendatang baru EPL.
Cerita Arsenal kalah mengejut kepada Swansea City kini hangat diperkatakan orang. Ramai yang menggaru kepala tidak percaya terutamanya Arsenal fans. The fans & haters senada mengutuk kekalahan mengejut ini. Ramai menyalahkan ketiadaan ramai key defensive players. Ramai juga beranggapan ini cumalah satu small bump on the road. One hit wonder. Seperti kalah - sayurnya Man Utd di tangan Blackburn. Dan itu, cerita lain.
Tetapi tahukah anda, Swansea City ini agak hebat cara permainan mereka? Dari segi penguasaan bola, Swansea City berada dalam top 15 seluruh Eropah yang dipenuhi dengan heavyweights Champs Lge dan Europa Cup di antaranya juara juara liga (Barcelona, AC Milan, Lille dan Man Utd) , Real Madrid, Roma juga Otai EPL Arsenal, Man City, Liverpool dan Tottenham. Satu pencapaian yg amat amat dibanggakan lebih lebih lagi untuk sebuah team newcomer ke EPL.
![]() |
| Ball possession seluruh Eropah |
Tambahan lagi, dari segi pass completion rate, Swansea berada dalam kelompok top 6, bersama pendahulu pendahulu liga Eropah masakini Barca, Bayern, Man City. Selamba melompat tiruk Man Utd, Inter, Arsenal dan AC Milan.
![]() |
| Pass Success Rate seluruh Eropah |
Sebenarnya aku tak tengok pun match Swansea City vs Arsenal ini (hehehe). Tapi mengikut statistik, Swansea mengawal 55% possession berbanding Arsenal. Juga menghasilkan 570 passes berbanding 460 passes daripada Arsenal.
![]() |
| Match Stat Swansea vs Arsenal |
Satu lagi ke-OTAI-an Swansea City. Mengikut statistik kategori individu, Swansea City defensive midfielder, Leon Britton merupakan second most successful passer seantero Eropah, memecahkan dominasi Barcelona (Thiago, Keita dan Xavi) di dalam top 5. Dia juga lebih banyak turun padang berbanding dengan player yang lain.
![]() |
| Pass Success Rate Individu seluruh Eropah |
Dengan kemenangan Swansea City ke atas Arsenal, Swansea City boleh mendabik dada dengan merampas gelaran “English Barca” daripada Arsenal.
sumber : whoscored.com, guardian.co.uk, soccernet.com




