Perlawanan pembukaan World Cup
2002 di Korea & Japan menemukan Perancis, juara bertahan World Cup 1998 dan
juara Euro 2000 dengan Senegal, wakil dari benua Afrika. Aku ingat lagi ketika
itu aku duduk di hostel universiti yang rupanya sebuah tingkat atas rumah kedai
yang dibahagi dengan divider nak dijadikan bilik-bilik. Ada sebuah TV saja yang
berfungsi di antara bilik-bilik tersebut. Jadi kami pun berhimpit di dalam
satu-satunya bilik berTV itu untuk menyaksikan perlawanan ini. Siapa pun tak nak
terlepas tengok game nih. Maklumlah game pembukaan Piala Dunia. Dan perlawanan yang
menemukan team penakluk dunia sudah 4 tahun vs an unknown team, Senegal. Dan
tiada seorang pun menjangkakan Senegal akan mengalahkan Perancis.
Terpampang di kaca TV senarai
nama pemain di dalam pasukan Senegal. Setiap nama begitu asing buat kami ketika
itu. Siapa El-Hadji Diouf, Papa Bouba Diop, Salif Diao dan Aliou Cisse, Khalilou
Fadiga ini? Memang tak kenal. Perancis dan Senegal seakan-akan mempunyai
pertalian istimewa. Hampir majoriti pemain Senegal bermain di Ligue 1,
Perancis. Patrick Viera, pemain tengah berkaliber pasukan Perancis berasal dari
Senegal. Dan jurulatih Senegal, Bruno Metsu juga warga Perancis. Belum
terkenal ketika itu.
Berbanding dengan kemasyuran
pemain-pemain Perancis, tak payah letak nama di TV pun kami dah kenal. Siap
tahu posisi mana mereka bermain. Barthez GK, Thuram dan Lizarazu FB, Desailly
dan Lebouef CB, Petit dan Viera MC. Wiltord dan Djorkaeff WM terus Thierry
Henry dan Trezeguet sebagai Forward. Setiap pemain Perancis ketika itu bermain
di top tier clubs di dalam liga-liga dunia. Majoriti sebagai key players. Tersedia seorang pemain ternama di setiap
posisi. Sebagai sebuah pasukan, Perancis sudah menjadi World Champion pada 1998
kemudian follow up dengan Europe Champion tahun 2000. Hebat tak hebat. Kami,
bukan, seluruh dunia yakin Perancis akan dominate match dan menang bergaya
lawan Senegal malam itu walaupun ketiadaan hero Perancis Zidane dan juga Pires.
Kehilangan duo itu mungkin mengurangkan daya kreativiti pasukan Perancis tetapi
Perancis masih ada Henry, Trezeguet, Viera dan Petit. Dugarry dan Cisse pun
bersedia di bangku simpanan. Bukan sahaja kami tidak menerima kekalahan
Perancis sebagai satu kemungkinan, malah kami siap menjangka siapa score dua dulu.
Trezeguet ke Henry?
Malah, Metsu sendiri mengiyakan
kehebatan Perancis di pre-match conference."They have the best team, made
up of the best players. They are really exceptional, and don’t seem to have any
weaknesses. At the top, most teams have one, two or three superb players, but
France has a whole team full of superb players. I honestly do not see who could
beat them."
Senegal pula, walaupun tidak
dikenali ramai ketika itu, bukan selemah yang disangkakan. Di African Cup of Nations 2002, mereka mara ke Final tetapi kalah penalti kepada
Cameroon. Dan itulah yang terjadi pada
perlawanan menentang Perancis malam itu. Memang tak selemah yang disangkakan. Bermain secara defensif dan berdisplin,
Senegal tampak tidak gentar menentang Perancis.
Di tengah, Salif Diao, Diop dan Alio
Cisse close down pemain tengah Perancis dengan segera dan secara agresif.
Beberapa kali Perancis dispossessed di kawasan tengah padang. Senegal bermain
secara direct, setiap kali mendapat bola terus dilorongkan kepada Diouf yang
sentiasa mencari ruang di poket kiri dan kanan Perancis. Persembahan El-Hadji
Diouf menonjol pada malam itu. Bermain selaku sole striker, El-Hadji bermain
through the channels, menarik centrebacks Lebouef dan Desailly keluar dari
posisi. Dengan Diouf bersilat di flanks, support pula tiba dengan midfield
runners khususnya, Salif Diao dan Diop masuk ke kotak penalti. Dan ketika
menentang Perancis, Diop muncul wira dangan menjaringkan satu-satunya gol yang
mencipta sejarah buat Senegal dan mengejutkan dunia.
Meriah sakan rakyat Senegal
meraih gol dan kemenangan pada malam itu. Sampaikan Presiden Senegal
mengisytiharkan cuti kebangsaan pada hari keesokannya.Walaupun dengan semua
sambutan itu, Metsu, tidak ikut sama bersorak, mungkin menghormati negara
kelahiran beliau, tetapi beliau juga tidak kelihatan terkejut. Aura konfiden
Metsu tidak dapat disembunyikan di sebalik sambutan kemenangan Senegal malam
itu.
Perlawanan kedua Senegal vs
Denmark, membuktikan lagi kebijaksanaan taktikal Metsu. Ketinggalan 0-1, Metsu
memasukkan dua striker – Souleyman Camara dan Henri Camara - di half time. Dan
keduanya memainkan peranan penting dalam gol penyamaan pada minit 51. Henri
Camara membuat clean tackle di bahagian defence kanan, dan bola terus dibawa
direct ke flank kiri dengan one touch football. Souleyman Camara melakukan decoy run dan
membuka ruang untuk Fadiga melorongkan thru pass untuk Diao. Satu lagi gol
daripada midfield yang run from deep. Template yang sama digunakan ketika vs
Perancis, defensive - direct passing - support thru midfield runner. Gol ini
adalah di antara counter attack team gol terbaik pernah disaksikan di World
Cup.
Senegal hanya memerlukan seri
menentang Uruguay di perlawanan terakhir di dalam kumpulan A untuk layak ke stage seterusnya. Tetapi jika
Senegal tewas, mereka mungkin akan tersingkir keluar dari World Cup. Dengan
Uruguay memerlukan kemenangan untuk mara ke pusingan seterusnya, Uruguay memulakan
perlawanan dengan menyerang. Senegal
selesa bertahan dan bermain secara counter attack. Sampai halftime, Senegal
leading 3-0. Defensive-direct-midfield runs. Dua gol hasil daripada Diop, yang
meluru from deep, yet again.
Dua pertukaran pemain di half time oleh Pua membangkitkan
semangat comeback Uruguay. Uruguay menyerang secara bertali-arus dan akhirnya
membuahkan hasil. Kedua pemain yang baru diganti masuk, Morales dan Forlan
menjaringkan gol. Permainan Senegal mulai tertekan dan akhirnya tekanan itu
mengakibatkan penalti kick kepada Uruguay. Recoba menyamakan kedudukan dari
penalty spot. Morales, target man Uruguay, melepaskan peluang keemasan – free header
di depan gol - di minit terakhir perlawanan. Dramatik, dan rezeki Senegal layak
ke last 16.
Dramatik terus menjadi tema untuk
Senegal. Ketika vs Sweden di last 16,perlawanan berkesudahan 1-1. Zlatan
Ibrahimovic, Diop, Anders Svensson, Diouf mempunyai peluang menjaringkan gol
tetapi ditidakkan dengan kecemerlangan penjaga gol pasukan masing-masing dan
keputusan ofsaid. Golden goal di extra
time menyaksikan Sweden dan Senegal saling serang menyerang. Sweden mendapat
peluang terbaik melalui Svensson. Malangnya, rembatan Svensson setelah membuat
Zidane turn terkena tiang. Akhirnya, Henri Camara follow up first goal dengan
golden goal yang cantik. Back heel pass tepat ke larian Camara yang terus beat
defence sebelum melorongkan bola di luar jangkauan penjaga gol Sweden. Gegak
gempita stadium meraikan Senegal ke suku akhir Piala Dunia.
Suku akhir merupakan stage paling
jauh wakil dari Afrika pernah layak di World Cup. Bertemu Turki, Senegal
dilihat sebagai favorites untuk layak ke semifinal dan mencatat sejarah sulung.
Malangnya, Turki menjaringkan golden goal setelah game berkesudahan 0-0. Turki bermain compact dan dibarisi bintang
yang baru nak up seperti Emre, Hasan Sas, Davala, Rustu dan Alpay. Ilhan Mansiz
si supersub yang menjaringkan the golden goal.
Jadi,
Senegal terkeluar daripada World Cup. Tetapi mereka tetap diraikan kerana
berjaya menyamai rekod wakil Afrika layak ke suku akhir. Diraikan kerana
mencatatkan kejutan terbesar dengan mengalahkan defending World Champion di
perlawanan pembukaan World Cup. Diraikan kerana menghasilkan beberapa
perlawanan yang menarik dan dramatik sepanjang perjuangan di dalam World Cup
2002.
Dengan kecemerlangan
Senegal di World Cup 2002, ramai menjangkakan barisan pemain Senegal akan mulai
menguasai persada liga-liga Eropah. Ramai juga membuat tanggapan yang Senegal
akan mulai menguasai dunia bolasepak Afrika dan menjadi favorites di World Cup yang
akan datang. Malangnya, Metsu meninggalkan Senegal untuk meneruskan kerjaya di
Timur Tengah dan Senegal tidak pernah layak ke World Cup selepas 2002. Walaupun
ramai pemain Senegal mula dikenali dan disunting ke kelab-kelab ternama sekitar
Eropah, tiada seorang pun yang berjaya menyambung kecemerlangan mereka di World
Cup 2002. Ini menampakkan dengan jelas kewibawaan Bruno Metsu membentuk pasukan
Senegal ini yang terbukti banyak kekurangan selepas ketiadaan beliau.
Pada 14
Oktober 2013, Abdullah ‘Bruno’ Metsu pergi menyahut seruan Ilahi. "More
than a coach, he was a big brother to us," kata Souleyman Camara memberikan
penghormatan terakhir. Kisah perjuangan Senegal sepanjang World Cup 2002 memberikan 1001 kenangan kepada
dunia bolasepak.Terima kasih kerana memberikan memori itu, Abdullah ‘Bruno’
Metsu.
Al-fatihah.
sumber : espnfc.com, wikipedia.com, google.com, youtube.com
No comments:
Post a Comment