Showing posts with label real madrid. Show all posts
Showing posts with label real madrid. Show all posts

Wednesday, 6 March 2013

The best team lost?



Master Tactician



   Tiada siapa boleh mengagak first eleven Manchester Utd vs Real Madrid baru-baru ini. Rooney si anak emas Manchester United dan Kagawa yang mencipta hattrick last week tiada tempat di dalam kesebelasan utama. Valencia yang disebut-sebut sebagai pemain yang sesuai untuk membanteras Contraeo yang mengucar-kacirkan Man Utd pada pertemuan lepas, turut tidak diturunkan. Nani dan Giggs si evergreen yang diturunkan di sayap.

   Teka-teki kesebelasan utama Manchester Utd sedikit sebanyak mengejutkan Mourinho, yang memerlukan gol untuk terus memburu kejuaraan Champs League. Nani menyerang Arbeloa. Welbeck rapat dengan Xabi Alonso. Giggs cemerlang membanteras Contraeo, tidak seperti Rooney yang kerap tertidur di dalam first leg lepas. Cristiano Ronaldo dirantai Rafael. Satu-satunya pemain yang memperoleh ruang ialah Khedira. Tetapi dia bukanlah pemain kreatif yang boleh merencana permainan, tugasnya lebih kepada defensive cover dan ball winner. Tiada masalah untuk Manchester Utd membiarkan Khedira memegang bola.


   Manchester Utd mempelawa pressure daripada Real Madrid sebelum membuat counter attack. Xabi Alonso kerap melepaskan Welbeck daripada kawalan kerana terpaksa hold tengah ketika serangan balas Manchester Utd. Mujur Cesar si goalie Real Madrid bertindak superb ditambah dengan poor finishing daripada Welbeck.


   Starting strategi Sir Alex menjadi. Real menguasai possession tetapi Xabi dan Cristiano Ronaldo tumpul. Serangan balas Manchester Utd lebih mengancam.


   Di Maria pula cedera dan dikeluarkan Mourinho. Kaka menjadi ganti. Kaka ditempatkan di attacking midfielder sambil Ozil diletakkan di sayap kanan. Kehilangan Di Maria di sayap kanan dirasai kerana Ozil tidak mempunyai willingness untuk defend dan work rate seperti kuda. Dengan tiadanya Di Maria, Evra terbebas dan pengaruh Nani di sayap kiri makin terasa. Gol pertama terhasil dari low cross Nani.


   Selepas kad merah, Mourinho react dengan cepat. Terus dikeluarkan Arbeloa dan dimasukkan Modric. Khedira bermain sebagai wingback kanan. Welbeck diletakkan di tempat Nani untuk menjaga Khedira. Xabi terbebas dari Welbeck dan mula memberi kesan kepada permainan Real. Carrick dan Cleverley tidak terdaya mempertahankan kawasan tengah vs tiga pemain Real, Kaka, Modric dan Xabi. Sayangnya Van Persie tidak ditugaskan untuk closedown Xabi. Ruang yang tadinya diberikan kepada Khedira, kini dinikmati oleh Modric, pemain tengah yang lebih kreatif dan berbahaya. Gol penyamaan Real dijaringkan Modric.


   Betul-betul sebelum gol penyamaan Real, Mourinho yang kini mempunyai satu lagi subtitution option, sudah berkira-kira untuk memasukkan Karim Benzema. Tetapi, selepas gol itu, Karim diarahkan ke bangku simpanan kembali. Wise move.


   Gol kedua Real Madrid terhasil daripada low cross Higuain. Dua kali Higuain attempt membuat low cross. Pertama kali, tiada siapa yang menyambut. De Gea melepaskan bola ke garisan keluar. Kali kedua Ronaldo menyambut di far post untuk menghasilkan gol.


   Manchester Utd mulai terdesak dan menyerang gung ho tanpa berfikir tentang defence. Rooney, Ashley Young dan Valencia dicampak masuk. Cesar bertindak cemerlang. Dan Mourinho bijak memasukkan Pepe menggantikan Ozil. Pepe diletakkan di fullback kanan dan Khedira menjadi semula ball winner dan defensive cover di midfield. Usaha itu menguatkan pertahanan Real Madrid sehingga game tamat.


   “The best team lost”, kata Mourinho. Starting strategy Manchester Utd tepat dan serangan mereka nyata lebih mengancam. Tetapi kebijaksanaan dan kepantasan reaksi Mourinho menggunakan bangku simpanan memungkinkan Real memenangi perlawanan itu.


   The best team lost but the better tactician won.


sumber : beinsport.tv, footyroom, espnfc, google

Thursday, 28 February 2013

Tiki taka di takuk lama?

Barcelona 1 - 3 Real Madrid
26 February 2013
(Nou Camp, Barcelona)

Sementara orang rumah aku tengok Nora Elena, aku ingat nak update blog. Niat di hati nak ulas lebih mendalam pasal match El-Clasico Copa del Rey Semifinal second leg malam semalam. Malam Barca kena tapau dengan Real Madrid kat Nou Camp (lagi). Tapi cerita sama aje dengan Milan v Barca Champs League tempohari. Barca gila possession tapi penetration tarak. Real selesa defending dengan midfield close down dengan superb. Real counter pakai Cristiano Ronaldo. Habis cerita. 

Aku pun tak faham kenapa Roura tak kekalkan David Villa di depan seperti vs Depor baru-baru ini. Masa lawan Depor, David Villa occupy centrebacks, jadi Messi bermain in the hole bebas bikin onar. Malam tadi, dia sole striker / false nine. Ramos close down, Xabi tutup ruang serta Varane standby. Macamana nak hidup? Dah kena 2 baru masuk Villa, time tu Real sudah drop deep dan close shop. Real score pulak tu lagi sebijik. Tamat riwayat.

Congested midfield Iniesta (8) + Fabregas (4) + Xavi (6) + Busquets (16)

Seperti dalam gambar, aku rasa gameplay Iniesta dan Fabregas terlalu sama sampai tak ngam bersama. Keduanya dari kiri cut inside, pegang bola jauh dari kotak penalti dan malas run from deep. Nampak dari game v Milan lagi. Dah keduanya berkumpul satu tempat, jadi sempit. Senang player Real nak mark. Xavi dan Busquets lagi kat tengah tu, jadi congested pulak. Nak-nak Messi drop deep join mid. Sarat.

Patut sorang cut inside, satu stretch play. Sorang pegang bola, sorang lari penetrate defence. Sorang lagi boleh jaga belakang cantas counter attack. Sorang boleh occupy centrebacks lawan. 

Dulu zaman Pep, Messi false nine, Villa meluru masuk dari kiri. Pedro stretch kanan. Kawasan permainan expanded dan banyak ruang antara player boleh dieksploitasi. Real kena 0-5. Tapi itu dulu. Dulu lah. Sekarang lain.

Season lepas, Real bertemu Barca sebanyak enam (6) kali. Milan pula jumpa Barca sebanyak empat (4) kali. Tahun ini, Allegri dan Mourinho telah belajar dari pengalaman & kesilapan, terus membentuk kepermainan yang berkesan membendung Barca. Barca pula masih stuck dengan tiki-takanya.

Pernah aku dengar dari siapa aku tak ingat, Barca tahu bermain satu cara sahaja. Tiada plan B. Tiki-taka or die.

Now you die.

sumber : whoscored, google, espnfc

Friday, 15 February 2013

Rooney hampir menempah maut Manchester Utd

Valentine's date with Contraeo

Real Madrid 1 : 1 Manchester Utd
13 February 2013
(Santiago Bernabeu, Madrid) 

Keputusan Sir Alex meletakkan Rooney di sayap kanan hampir membawa Man Utd ke liang lahad apabila direct opposition Rooney iaitu Contraeo dua kali meloloskan diri dan hampir menjaringkan gol. Gol penyamaan Real Madrid juga berpunca daripada hantaran lintang Di Maria yang tidak diclose-down dengan kadar segera oleh Rooney.

Exhibit 1 : Rooney bertindak suicidal apabila tertarik kepada skil Ronaldo sehingga meninggalkan Contraeo keseorangan di dalam kotak penalti (dalam bulatan). Untuk pengetahuan umum, Phil Jones telah ditugaskan oleh Sir Alex untuk double mark Ronaldo sepanjang game, jadi C Ronaldo sebenarnya sudah well covered. 

Percubaan Contraeo selepas itu terkena tiang.


Exhibit 2 : Untuk gol penyamaan hasil tandukan Ronaldo, Rooney terlewat untuk close down Di Maria, terus memberi ruang kepada Di Maria menghantar goal assist. Boleh juga dilihat jauh nun di sana, C Ronaldo yang power header berposisi one-on-one dengan Evra. Keputusan bijak Mourinho swap position Di Maria dengan Ronaldo.



Exhibit 3 : Kelihatan Rooney berada di hadapan Contraeo (perhatikan pasangan pemain ditandakan dengan noktah hitam) sebelum bola dilintangkan.


Exhibit 4 : Rooney terlambat react (ball watching) dan dipotong Contraeo. Rooney mula-mula macam nak kejar tetapi kemudiannya cuba beralih arah. Barangkali cuba untuk lari jauh-jauh dari tempat kejadian. Gaya Gangnam De Gea menyelamatkan keadaan.

Apapun, perlawanan berakhir dengan 1 : 1. Dengan berbekalkan satu away goal, Man Utd dilihat mempunyai kelebihan apabila bermain di tempat sendiri dan Real Madrid terpaksa menukar corak kegemaran untuk counter attack kepada corak probing mencari gol. Man Utd pula yang akan menunggu peluang untuk counter attack.

Berbalik kepada Rooney pagi tadi. Tidak dinafikan Rooney agak instrumental di bahagian serangan Man Utd. Corner kicknya tepat ke kepala Welbeck menghasilkan gol, dan beberapa lagi percubaan berbahaya ke gawang Real Madrid turut melibatkan Rooney.

Rooney OK, cuma posisi beliau yang perlu dirombak.

Kalau kekantoian Rooney menggalas defensive duties seorang sayap dapat dikesan oleh aku, apatah lagi di bawah mikroskop José Mário dos Santos Mourinho Félix.

Sir Alex, you have been warned!

kredit : footyroom, dailymail uk, google, youtube

Friday, 11 January 2013

2012 : The Calm Down goal celebration

Mengabadikan saat bolasepak yang tak dapat aku lupakan sepanjang tahun 2012.





18 bulan terdahulu, Real Madrid kena titik 5-0 di Nou Camp. Match yang mempamerkan tiki-taka at its best dan merupakan di antara El-Clasico terbaik untuk Barca fans.

          Secara psikologi, ia merupakan satu tamparan hebat kepada Real Madrid. Dan semenjak itu, Real Madrid kelihatan goyah apabila berhadapan dengan Barca. Mourinho mula mengamalkan taktik defensif dan kadang-kadang kasar bila tibanya El-Clasico. Tetapi, Barca masih mengekalkan superiority ke atas Real Madrid. Barca mendominasi arena La-Liga dan Real Madrid hanya berjaya setakat second best sahaja.

          Tetapi pada 21/4/12, Real Madrid melangkah bergaya ke Nou Camp sebagai pendahulu liga. Dan Barca memerlukan kemenangan untuk mengejar Real.

          Mesut Ozil yang sering diketepikan setiap kali El Clasico (untuk digantikan dengan defensive player) kali ini diletakkan berganding dengan Cristiano, menunjukkan keyakinan Real Madrid untuk menyerang, bukan lagi bertahan.

          Ozil yang terkenal dengan kehebatan mencari ruang, melepasi kawalan pertahanan untuk menerima bola sebelum menghantar through ball, melepasi Barca defence tepat ke dalam larian Cristiano Ronaldo. Cristiano mengakhiri serangan dengan “Calm Down” goal celebration.

          Hari itu, Cristiano Ronaldo, Mourinho & Real Madrid seal the La Liga crown dengan menundukkan their arch rival, Barcelona di halaman mereka sendiri, Nou Camp.

          Sweet revenge.



sumber : google, youtube, soccernet.com, espn