Tuesday, 3 January 2012

Cerita Malaysia TIDAK ke Piala Dunia 2014 Part 1

Seperti yg kawan kawan sedia maklum, aku telah membeli buku “Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia” bagi menghabiskan saki baki 2011. Secara ringkas, buku ini memuatkan kisah 40 tahun perjuangan gagal Harimau Malaya ke Piala Dunia. Padat dengan fakta dan informatif, sesuai untuk penyokong tegar bolasepak negara, juga boleh dijadikan rujukan penting untuk sejarahwan Malaysia.

Selaras dengan tamatnya pembacaan, aku pun rasa terpanggil untuk menaikkan post berkenaan dgn Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia (CMTKPD). Hehehe..

Tetapi, post ini bukanlah satu book review yg mengharumkan nama buku ini atau pun  review yang menjulang kehebatan penulis buku ini. Review sebegitu sudah bersepah di luar sana (and rightly so). Post ini lebih kepada percubaan melihat kegagalan Harimau Malaya on one particular occasion secara lebih terperinci. Kegagalan Malaysia baru baru ini. Gagal ke Piala Dunia 2014.

Kempen ketidaklayakan Piala Dunia 2014 patut diberikan perhatian yg lebih mendalam kerana Harimau Malaya memulakan kempen sebagai Raja Bolasepak Asia Tenggara dengan terkalungnya Emas Sukan Sea 2009 & trofi AFF 2010. Ramai menganggap inilah detik permulaan kebangkitan Harimau Malaya. Ramai yang merasakan inilah saat terbaik untuk kita layak ke Piala Dunia. Reputasi gah sebagai jaguh rantau Asia Tenggara memberikan rakyat Malaysia sebesar besar harapan.

Harapan yang palsu.

Kempen bermula dengan bertemu Taiwan yg berkedudukan ke 40 berbanding Harimau Malaya di tangga 28 seluruh Asia. Atas kertas pun kita sudah menang. Tetapi di atas padang, jangkaan menang selesa sebenarnya meleset. Malah, tak menang pun, seri agregat 4 - 4 dan layak di atas perbezaan gol di tempat lawan.

First leg vs Taiwan, di Stadium Nasional Bukit Jalil. Seawal minit ke 27 Rajagobal merombak permainan dengan membawa masuk Hadi seorang striker, menggantikan Helmi seorang rightback. Amirulhadi pula menjadi right back, Kuna change flank ke kanan, sambil Baddrol bermain as winger kiri. Hadi berpasangan Safee di atas. Ini satu rombakan yg besar. Dengan timing yg sungguh awal, rombakan ini menunjukkan Rajagobal sudah tersilap percaturan first elevennya.

Amirulhadi sebagai rightback menjadi tanda tanya. Kenapa tak memasukkan Mahali? Apa pun, attacking Malaysia kembali bertenaga dan seminit selepas itu gol pertama menyusul. Kedua pemain yang dirombak posisi mereka iaitu Kuna & Hadi membantu dalam jaringan gol Safiq.

Defensively, percaturan meletakkan Amirulhadi di right back membawa padah apabila gol Malaysia bolos berpunca dari a simple throw-in di flank kanan Msia. Akan tetapi, Malaysia tetap membawa bekalan 2-1 ke Taiwan.

Oleh sebab kita ada advantage satu gol dan juga bertandang ke tempat lawan, aku menjangkakan Malaysia bermain dgn 4-5-1 dengan Norshahrul top striker (Safee injured). Sambil kita bertahan dan soak up pressure dari Taiwan, kita boleh melakukan counter attack yg pantas dengan permainan winger & pace Norshahrul. Juga menguatkan central midfield dengan tiga players dan melepaskan Safiq utk dictate play.

Tetapi, jangkaan aku silap kerana aku bukan Rajagobal. Dia tetap mempertaruhkan 4-4-2 dengan 2 top striker (Norshahrul & Hadi) dengan wingers Amirulhadi & Kuna. Tengah dikemudi Safiq & Amar. A very attacking side tetapi vulnerable at the back. Kat tempat lawan pulak tu. Suicidal org putih kata.

Jadi, banyaklah peluang yg terhasil samada utk Taiwan & Malaysia. Awal awal Harimau Malaya tampak garang tapi over time, dengan kelebihan bermain di tempat sendiri, desakan untuk mencari gol serta lack of defensive cover dari midfield kita, Taiwan mengalahkan Malaysia 3 – 2. Tetap Malaysia layak ke pusingan seterusnya dengan perbezaan gol di tempat lawan.

Berbincang dari sudut taktikal, pelan Rajagobal sebenarnya tidak menjadi. Rajagobal mempertaruhkan dua striker untuk mencari gol tetapi kedua striker kita off-form. Banyak peluang disia siakan terutamanya Norshahrul. Dua striker di atas menyebabkan kita lack bodies di bahagian lain, terutamanya midfield. Safiq bertindak sbg playmaker hanya berminat utk menyerang and is lacking in defensive qualities. Amar Rohidan, defensively sound tetapi agak laid back bagi seorang DM yang menggalas tugas untuk cover the whole center by himself. Tiada energy di tengah. Kelibat Baddrol langsung tidak kelihatan.

Jadi, balik ke Malaysia, Rajagobal perlu membaiki banyak kelemahan sebelum bertemu seteru utama di seberang tambak, Singapura. Defence is leaking goals. Tonggak defence, Aidil, mengalami kecederaan. Norshahrul juga injured. Sharbinie was shaky. He is lacking on command of area & communication dengan back four. Ball watching menular ke seluruh team.

Lihat bagaimana satu player Taiwan boleh melepasi 6 player Malaysia.

Chanturu, Safiq dan Amar ball watching. Aidil cuba tackle.

Mahali pula cuba tackle lemah (takut penalti). Shas cuba cover belakang. Eventually, Sharbinie akan dive dan mengasari player itu untuk memberikan penalti kepada Taiwan.

Sebelum game vs Singapore, aku predict yg Khairul Fahmi akan mengambilalih tugas goalkeeper. Muslim tampal tempat Aidil. Menyedari barisan pertahanan yg mudah bocor juga muda (inexperienced, kata Rajagobal), mungkin central mid kita lengkapkan dengan 3 pemain. Guru, Amar dan Safiq. Ini juga langkah precaution kerana kita bermain di tempat lawan dahulu. Kita contain mereka di tanah Singapore, kemudian robek mereka di Bukit Jalil, di depan 90k Harimau Malaya fans nanti. Dengan Guru & Amar menjadi defensive cover di depan pertahanan, Safiq sedikit sebanyak menjadi bebas daripada dibebani defensive work utk dictate tempo game & melancarkan serangan balas. Kuna di flank kiri dan Amirulhadi flank kanan akan provide energy untuk mengkucar kacirkan flank lawan, juga sebagai defensive cover di hadapan full backs. Safee yg kembali dari kecederaan akan tampil sebagai sole striker (Norshahrul pula injured). Mahali perlu lebih berhati hati bila bola di kaki. Dan budaya ball watching perlu dibanteras.

Bersambung ke Part 2

2 comments:

  1. Bagus sebagai bahan ulangkaji. Tactically Harimau Malaya mmg hampas tebu. Tp yg penting belajar dr kesilapan. Masih menunggu corrective action from FAM.

    ReplyDelete
  2. Right after kekalahan kepada Singapore di Bukit Jalil, ada dengar cerita FAM nk provide technical director utk team HM ini. Utk memberi tactical assistance kpd Rjgobal.

    Tapi ntah.. Senyap pulak..

    ReplyDelete