Tuesday 25 December 2012

Bajet AFF2012




Banyak aku bajet bila Malaysia berjuang dalam AFF Suzuki Cup 2012 lepas.

Aku bajet Malaysia jadi lebih power hasil eksperimen Rajagobal yang telah memperjudikan FIFA ranking Malaysia sampai terseri hambar dengan Hong Kong dan Bangladesh.

Aku bajet Harimau akan mengganas v Singapura, misi balas dendam kepada kekalahan 6-4 (over two legs) pada 2011 yang menyaksikan Malaysia terkeluar daripada layak ke World Cup 2014.

Aku bajet Singapura tunduk respek kepada Harimau Malaya yang mendominasi match, mendabik dada sebagai juara bertahan AFF Suzuki 2010.

Aku bajet Malaysia gaaahhh di tempat sendiri, dan Singapura kecut dikepung ribuan ultras yang menggempitakan sokongan kepada HM.

Aku salah bajet, sebab Malaysia kalah 0 – 3. Dan Singapura mendominasi bola dan menguasai padang.

Ultras Maktras.

Jadi, aku bajet Rajagobal akan meminta maaf ataupun paling busuk pun mengatakan dia tak bajet kalah dengan Singapura.

Aku salah bajet, sebab Rajagobal memang bajet kalah dengan Singapura pun.

"Saya cuma menjangkakan kita kalah dengan keputusan 0-1 atau seri dengan pasukan Singapura," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut. (dipetik dari SinarHarian.com.my).

Hampeh punya coach.

Tapi aku masih menaruh harapan.

Aku bajet Malaysia bangkit seperti di AFF2010 dulu. Dulu pun, Malaysia dilaukkan Indonesia 5-1 sebelum menang the whole thing.

Berbalik kepada AFF2012, Harimau Malaya menang vs Laos (ini aku bajet betul. Hell, satu Malaysia pun bajet betul yang nih!). Dan mengalahkan Indonesia, finalis AFF2010 2 – 0. Nampak gaya macam betul-betul bangkit ala AFF2010.

Tetapi Malaysia tersangkut v Thai. Seri di KL dan kalah di Bangkok. Kedua-dua leg Thai mendominasi perlawanan. Sang (bekas) juara yang mengejar bayang - bayang.

Salah bajet lagi.

Aku bajet FAM akan amuk dan memecat Rajagobal. Secara logika bolalogis, seseorang coach boleh dikekalkan asalkan pasukan kendaliannya ada progress (kemajuan). Melihat kepada prestasi sekarang, prestasi Harimau Malaya adalah pada tahap menurun. Tiada progress.

2010 menang AFF. 2012 semifinalist.

2011 kalah kepada Singapura 4-6 di kelayakan WC2014, di Bukit Jalil seri 1-1. 2012 pun kalah kepada Singapura, di Bukit Jalil 0-3 (AFF2012).

2010 FIFA ranking 144. 2012 FIFA ranking 158.

Tetapi, bajet aku salah sekali lagi. FAM khabarnya mengekalkan Rajagobal untuk Piala Asia 2015.

Mangkuk hayun.

Wednesday 27 June 2012

EURO 2012 SEMIFINAL : Iberia Derby

Portugal and Spain attack sides.


Portugal thru flanks, Spain dominate middle field.
Secara terang lagi bersuluh, Portugal akan menyalurkan serangan melalui bahagian sayap. Right winger, Nani merupakan Portugal’s chief creator dengan 2 assists dan 13 key passes. Sementara left winger, C Ronaldo merupakan ancaman utama Portugal dengan 3 gol dan 30 shots on target.

Spain lebih berteraskan ball possession through the middle. Dengan Silva dan Iniesta come inside dari flank masing masing juga Fabregas come short, kemungkinan besar akan berlaku congestion di bahagian tengah padang. Jadi, Alba (salah satu pemain terbaik Spain pada Euro 2012), akan menjadi width dan running option untuk Spain menembusi pertahanan di bahagian kiri. Arbeloa di fullback kanan lebih konservatif.
Silva merupakan chief creator dengan 3 assist dan Xavi mempunyai 18 key passes. Xabi menjadi ancaman utama dengan 2 gol dan 9 shots on target. Fabregas dan Torres turut menyumbang 2 gol.


Battle all over the pitch.
Arbeloa v C Ronaldo – Arbeloa akan diminta supaya lebih fokus pada pertahanan untuk mengekang gerakan C Ronaldo. Ini sesuai dengan cara permainan Arbeloa yang agak konservatif. Mampukah Arbeloa mengekang C Ronaldo 90 minit? Itu menjadi persoalan.

Alba Iniesta vs Pereira Nani – Ultra attacking Alba perlu disekat dan Nani agak suspect dalam defensive duties. Iniesta yang selalu floating berpeluang menarik Pereira out of position, membenarkan Alba one on one vs Nani. Dalam masa yang sama, Alba akan meninggalkan jauh posisinya dan mungkin Nani with speed boleh memecahkan pertahanan Spain dengan quick counter attack.
Busquets Xabi Xavi v Meireles Veloso Moutinho – Since Portugal lebih fokus ke flanks dan counter attack, midfield trio Portugal ini mungkin akan kurang memegang bola terus menggalas tugas untuk pressing dan marking trio Spain. Tetapi dengan Silva, Iniesta dan Fabregas turut menyumbang tenaga di tengah, mungkin midfield Portugal will be outnumbered jika centrebacks, dan fullbacks are relunctant to follow these three players into the mid field. Pepe perlu lebih aktif step up mengikut Fabregas sementara Bruno cover belakang. Juga Pereira dan Contraeo have to be willing and comfortable bermain di tengah padang supaya tidak meninggalkan Silva dan Iniesta unmarked.


Prediction gua.
Since Spain mempunyai masalah untuk menterjemah penguasaan bola kepada gol, Portugal akan membenarkan Spain mendominasi bola dan hit Spain on the counter attack dengan quick passes kepada pemain sayap yang mempunyai pace dan trickery juga eye for goal.

Portugal’s disiplin, defence dan shape perlu dikekalkan sepanjang match which is very difficult and near impossible bila berhadapan dengan Spain yang mempunyai hi technical & hi sync players in every position. They can wear the opponents down sebelum Portugal hilang fokus dan runtuh.
Barisan Kemungkinan

gambar & sumber : whoscored.com, thehardtackle.com

Wednesday 23 May 2012

Chelsea membawa bus parade masuk padang Munich!


Tutup sudah bolasepak kelab Eropah season 2012 dengan satu lagi majestic defensive performance by Chelsea. Blocking 21 shots daripada serangan Bayern.


Bayern menang 20 corner kicks berbanding Chelsea yang memperoleh satu (1) corner kick. Tetapi satu satunya corner kick Chelsea itu menghasilkan gol tandukan Drogba.


Table menunjukkan Chelsea tak memerlukan penguasaan bola yang banyak dan passing success rate yang power untuk menang Champs League. Malah, Chelsea stats merupakan yang terendah berbanding first loser, Bayern dan semifinalists Real dan Barcelona.


Shots on goal pun tak sebanyak team - team terkalah kepada Chelsea. Memberi pengajaran bahawa tak perlu serang bertali arus pun untuk menang.
Cuma penguasaan bola udara sahaja dikuasai oleh Chelsea dengan diterajui oleh strong target man di depan, Drogba dan the mean central defence, Terry, Luiz, Cahill dan Ivanonic.
Tahniah Chelsea! Champions of Europe.

sumber & gambar : AP, whoscored.com, fourfourtwo.

Thursday 19 April 2012

Chelsea menang bergaya (defensively) vs Barca



Sebenarnya, satu serangan counter sudah cukup untuk mengalahkan Barcelona. Lampard curi bola Messi dan pakai Ramires burst di flank kiri yang tidak dikawal kerana Alves duduk di atas out of position.

Itu sahaja.

Apart from the goal, ini yang Chelsea buat sepanjang match :-
Barca gagal menembusi kotak penalti Chelsea
1) Parkir bas melintang depan kotak penalti.

2) Menyerahkan penguasaan bola kepada pasukan pelawat.

Action Zone menunjukkan Barca berkampung di sebelah Chelsea

3) Memberi penguasaan padang Stamford Bridge kepada Barcelona.

4) Mengamalkan tackling, long ball dan memakai Drogba’s aerial prowess. Tetapi serang tepat (gol) sekali sahaja.



Apa pun, a win is a win.
Tahniah kepada pertahanan Chelsea yang bekerja keras membanteras serangan bertali arus. Syabas juga kepada midfield tengah Chelsea (Mikel, Lampard, Meireles) yang berdisplin positioning secara defensive.
Let’s see if Chelsea can pull off another Inter in the return leg.

gambar : whoscored.com, fourfourtwo.com

Friday 13 April 2012

Kisah Udin & FIFA ranking

Azzuddin: Tak perlu panik isu ranking
12 April 2012

PETALING JAYA -- Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad meminta semua pihak supaya tidak panik dengan ranking skuad kebangsaan menjunam ke tahap paling buruk sejak Januari dengan berada pada kedudukan ke-156 dunia.
Graf Malaysia di dalam FIFA ranking dari 1993 - 2012

Wahai Setiausaha Agung FAM, proses kemerosotan bukan bermula sejak Januari 2012.
Kita terjunam sejak 1993 lagi.

Sejarah ranking Malaysia


Pada 1993, Malaysia gah di tangga 79. Kini, pada tahun 2012, Malaysia blah ke tangga 156. Kemerosotan secara konstant itulah yang patut dirisaukan.
Senarai (ranking) terbaru itu menyaksikan skuad Harimau Malaya berada pada kedudukan lebih rendah berbanding negara kurang maju seperti Bangladesh (152) dan Nepal (146).

Ranking terkini Malaysia berbanding Nepal, Bangladesh dan lain lain.


Beliau berkata lagi, kemerosotan dalam senarai terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu adalah bersifat teknikal dan bukan menjadi kayu ukur sebenar mutu skuad kebangsaan.
"Kita tidak perlu cepat menekan butang panik dengan apa yang berlaku kerana ia disebabkan oleh faktor skuad kebangsaan kurang menyertai pertandingan persahabatan, dan bukannya sebab pasukan kita tidak bagus," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Kurangnya perlawananan maka turunlah ranking? Meh kita check fixtures & results Bangladesh. Kalau ikut kata Azzudin, for sure Bangladesh lebih banyak perlawanan berbanding Malaysia untuk membolehkan Bangladesh melangkaui Malaysia.
Bangladesh matches
Dari Julai 2011 Bangladesh bermain di dalam enam (6) matches. Tahun 2012, tiada friendlies (!)


Malaysia matches
Dari July 2011, Malaysia bermain 7 games. Jelas, Malaysia bermain lebih satu match berbanding Bangladesh.


Nota : Jangan tak tahu yang friendlies dengan FA tempatan (Kelantan, Selangor dll) dan perjuangan Emas Sea Games sememangnya tidak pernah diikhtiraf FIFA.


Jadi, apakah perbezaan di antara Bangladesh berbanding Malaysia sampai pasukan itu melonjak naik melangkah kita?
Bangladesh menang 1 dan seri 2 kali di dalam 6 games itu. Sementara Harimau Malaya seri 3 dan kalah 4 (menang 0).



"Kita tidak perlu cepat menekan butang panik dengan apa yang berlaku kerana ia disebabkan oleh faktor skuad kebangsaan kurang menyertai pertandingan persahabatan, dan bukannya sebab pasukan kita tidak bagus," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini.
Seriously bukan sebab pasukan kita tidak bagus? A winless streak in 7 games tu bagus?


Teknikal lah sangat..



Azzudin is delusional.
Dan FAM is in denial.



sumber : sinarharian.com.my, FIFA.com

Thursday 5 April 2012

Kesilapan Tan Sri Annuar Musa



Jadi, Tan Sri Annuar Musa digantung 30 bulan. Di atas kesalahan membuat statement yang negatif ke atas performance skuad kebangsaan kita yg kian merudum.

Get it? Beliau membuat statement negatif, ke atas persembahan negatif, skuad kebangsaan kita.

Silap TSAM juga.

Sepatutnya, TSAM membuat statement yang positif ke atas persembahan negatif skuad kebangsaan kita. Timang-timang dan lambung-lambung. Kemungkinan besar beliau tidak digantung, malah mungkin akan dicalonkan menjadi successor (pengganti) Presiden FAM kita, Sultan Bola.  Timbalan dah tuuu.. (so near, yet so far?)

Cuba lihat Timbalan Presiden sekarang, Tengku Bola. He is pushing the right buttons. Baginda (Tengku Bola) selalu membuat statement positif ke atas skuad kebangsaan kita. Walau macamana hampas pun persembahan skuad kebangsaan kita.

Silap TSAM juga.

Dengan kapasiti beliau sebagai orang bola berpengaruh di Kelantan dan memegang jawatan Timbalan Presiden FAM ketika itu (sampai semalam), beliau berkeputusan memakai Facebook dan media untuk menghentam persediaan skuad kebangsaan.

Apa barang?

Ibarat awek cun depan mata, senyum senyum kat aku. Tapi aku reverse ke belakang, carik PC yg ada internet dan login FB. Click profile awek tadi pastu send message mintak nombor telefon. FB account awek tu pun gua dapat daripada tea-lady.

Apa barang weh?

Kalau aku TSAM, aku panggil itu D Rajagobal masuk bilik aku yang naik habuk kat Wisma FAM tu. Kasi hair-dryer treatment. Pakai hailer tekap kat telinga dia. Baling boot bola kena sipi sipi kening dia. Hentak meja dengan skittle. Tonjol bola ke tengah perut. Kasi putih semua rambut D Rajagobal yg silver silver tu. Baru betul.

Entahlah. Mungkin kerana PRU nak dekat, TSAM cuba untuk menonjolkan sifat pejuang di mata media terus ke hati rakyat. Aku kata mungkin. Dan itu cerita lain.



Tapi jangan ingat aku ni pendokong Presiden FAM pulak. Aku kungfu kick dada nanti. Aku memang TIDAK menyokong apatah lagi mendokong jawatan Presiden FAM disandang oleh Sultan Bola. Bukan sebab Sultan Bola tu tak pandai mengurus pasukan bolasepak. Bukan sebab Sultan Bola tiada pengalaman bermain bola sepak. Bukan.

Sebabnya, apabila seseorang kerabat diraja merendahkan martabatnya memegang jawatan di dalam organisasi awam spt FAM misalnya, kerabat diraja itu perlu bersedia untuk diadili, ditegur, ditandingi juga perlu menghadap kuasa yang lebih tinggi daripada organisasi itu, FIFA contohnya.

Yang aku kesalkan ialah, Sultan Bola bukan sahaja tak bersedia merendahkan diri baginda, tetapi baginda siap menukar kerusi Presiden FAM itu menjadi singgahsana Istana. Jawatan Presiden FAM sekarang seolah olah dianggap sebahagian daripada institusi diraja di mana jawatan tersebut tidak boleh ditandingi, ditegur ataupun diadili.

Terus, jikalau ada berlaku kebangsatan kerja ataupun ketidakcekapan berlaku di kalangan orang orang bawahan baginda di FAM, mereka pakat menyorok di belakang jawatan Presiden FAM itu, yang kini sacred.

Macamana nak tegur apatah lagi tebas lalang lalang yang tak berguna ini?

Dan lagi, apabila berlakunya kejadian yang memerlukan bantuan / kerjasama daripada AFC, FIFA ataupun FA negara - negara lain, Presiden FAM selaku kepala organisasi tak pandai menghadap dan merendahkan diri meminta bantuan / kerjasama dan sebagainya.

Rakyat yang menghadap Sultan. Manalah reti Sultan menghadap - hadap ni?

Aku pun terdengar cerita yang FAM ni punyalah takde duit sampaikan Sultan Bola ni mengeluarkan duit baginda sendiri untuk menaja program - program FAM, seperti penghantaran skuad Olimpik negara ke Slovakia.

Boleh jadi, Presiden FAM mengekalkan jawatan di atas sebab budi menaja FAM, dan bukannya dinilai dari segi prestasi kerja dan pencapaian sebagai organisasi as a whole.

Ampun Tuanku beribu ampun, kami menghormati Tuanku sebagai Sultan. Tetapi sebagai Presiden FAM, Tuanku menjalankan tugas dengan hampas sekali.

Tuanku sepatutnya membawa naik nama bolasepak Malaysia setaraf dengan martabat cemerlang institusi beraja Tuanku bukannya membawa naik hak istimewa institusi beraja ke dalam bolasepak.

Tuesday 27 March 2012

Preview Champs League QuarterFinals 1


APOEL v Real Madrid

Surprise minnows, APOEL menerima kunjungan gergasi Real Madrid. David akan membuat kejutan atau Goliath breezes through?


Mengikut stats APOEL (kiri) menyerang hampir seimbang di kedua sayap. Sayap kiri diutamakan dgn Manduca menjadi key player dgn 3 gol dan 1 assist. Sayangnya Manduca digantung daripada bermain di dalam perlawanan ini dan kehilangannya mungkin memberi impak yg besar kepada kepermainan APOEL. Tetapi kita boleh expect  Charalambides di sayap kanan (highest assister – 4 & key pass - 10) untuk mengumpan striker Ailton (3 gol).

Real Madrid is well-focused on the left side dgn Ronaldo bermula di sayap sebelum cut inside dengan menjaringkan 6 gol (RM highest) dan satu assist, sambil dibantu oleh overlapping Marcelo. Di kanan, Kaka (2nd highest assist – 3) diberi lesen untuk bergerak ke tengah dan membantu Ozil (highest key pass – 21) dalam mencipta peluang. Fullback kanan Arbeloa lebih konservatif ketika menyerang. All rounder Benzema (score 5 assist 5 key pass 18) mengepalai serangan.

Xabi Alonso digantung bermain di dalam perlawanan ini, dan expect his long passing range (highest - 67) dan 90% passing success rate (RM highest)  to be missed.

Defensively, since team APOEL berasaskan counter attack, midfield difokuskan utk merampas bola daripada memegang possession. Stats APOEL def midfielder Nuno Morais (19 tackles, 14 interceptions) jauh mengatasi the nearest Real player, Khedira (9 tackles, 11 interceptions).



Benfica v Chelsea



The only Portuguese team bertemu the only English team dalam Champs League QuaterFinals match ini. Unbeaten at home, Benfica ada sedikit kelebihan berbanding dengan Chelsea. Match ini mungkin akan berkisar kepada satu side padang sahaja. Bahagian kanan Benfica 40% of attacks v bahagian kiri Chelsea (41% of attacks).

Creativity Gaitan (Benfica most assists – 5) di mid kanan dan Aimar selaku central attacking midfielder (Benfica highest key passer – 14) diberi kepercayaan untuk menghidangkan peluang gol untuk peledak Benfica, Oscar Cardozo (most goals – 4 and most shots – 21). Right fullback, Pereira joins the attack dan pernah menjaringkan 2 gol dan membuat 5 successful crosses, ketiga terbanyak selepas Aimar dan Gaitan.

Di kiri Chelsea, Mata, di antara key creator (2 assists & 87% pass success rate) dlm Chelsea dengan highest key passes – 17 dan 13 successful crosses akan mengambil kesempatan sepenuhnya di atas kehebatan tandukan Drogba (4 gol) yang memenangi 17 aerial duel iaitu stats tertinggi dalam Champs League. Mata akan dibantu Lampard dalam create chances (2 assists dan 14 key passes – Chelsea’s second highest selepas Mata). Ashley Cole sebagai full back kiri akan membantu serangan dengan lariannya.

Possession adalah key plan untuk Benfica menjadikan kedua midfield mereka Axel Witsel & Javi Garcia kerap pass & go (avg 46 passes per game - highest) dan bermain kemas (avg 87% pass success rate). Essien & Meireless pula mempunyai avg 42 passes per game dan 85% avg pass success rate, menunjukkan Chelsea bermain lebih direct.

Ramires will do the dirty work (23 tackles & 13 interceptions - highest) sementara midfield Benfica lebih all rounder dan lebih bersih dengan Axel & Javi sekali lagi highest di dalam tackling 16 tackles & 19 interceptions.

Walaupun bermain bit part (3 games sahaja) Oriel Romeu berjaya mengumpul stats terbaik sebagai all rounder midfielder. Highest avg passes per game : 62.7 (next is Javi dgn 48.5), highest pass success rate : 95% (next is Javi 90%),  highest tackling : 4 (next is Ramires 3.8) dan avg interception : 5.3 (next is Javi 3). Matteo should let him play.


sumber & gambar : whoscored.com, thesun.co.uk

Tuesday 6 March 2012

Trigger-happy Abramovich?

Who's Next?

Semenjak Roman Abramovich memampu-milik Chelsea pada pertengahan Jun 2003, kelab bolasepak tersebut telah mempunyai lapan (8) manager. Claudio Ranieri, Jose Mourinho, Avram Grant, Phil Scolari, Guus Hiddink, Carlo Ancelotti, Andre Villas-Boas dan kini R D Matteo telah silih berganti dalam 9 tahun.
Tidak hairanlah pihak media, Chelsea fans dan kesemua peminat bolasepak sedunia amnya mengecop Roman Abramovich ini seorang yang trigger-happy dan super-ambitious. Semua diceraikan tanpa sempat hendak melengkapkan projek trofi mereka.  Setiap manager (kecuali satu) ditalakkan serta merta selepas gagal memenangi Premiership title. Jose “The Special One” Mourinho sahaja yg special sikit. Itu pun, dia berpisah selepas 2 - 3 minggu masuk season baru. Some say Roman is ruthless, some say he’s ridiculous. Betulkah tanggapan ini?

Aku rasa dengan menyelami pemikiran owner Chelsea ini amat berbaloi jika kita kaji dengan bantuan visual aids (graph) membandingkan win ratio & form vs Big 3 bagi setiap ex-manager di bawah era Abramovich. Mungkin graf ini boleh memberikan gambaran sebenar kerakusan taikun minyak ini.

Untuk win ratio, aku memetik stats dari The Sun (Tuesday March 6 2012) yg menunjukkan peratus kemenangan perlawanan sepanjang di bawah pengurusan mereka. Untuk form vs Big 3, aku kumpulkan keputusan perlawanan latest di antara Chelsea vs Man Utd, Liverpool & Arsenal di Stamford Bridge. Sistem markah sama sahaja. Menang 3 mata. Seri 1 mata dan kalah tiada mata.

Here's a graph plotting win ratio against form vs Big 3.

Daripada graf, kita boleh melihat kedudukan Avram & Hiddink jauh lebih tinggi daripada kelompok manager lain. Avram dengan 67% win ratio sementara Hiddink 73%. Avram juga membawa Chelsea ke Final Champs League manakala Guus' Chelsea hampir melangkah ke Champs League Final jika tidak kerana beberapa keputusan kontroversi dari pengadil (vs Barca). Masih ingat lagi Drogba shout to the camera “This is a disgrace!”?
Form vs the Big 3, Avram dan Hiddink masing masing menang 2 dan seri satu. Kita boleh nampak dan akui bahawa Guus Hiddink dan Avram Grant sedang dalam form terbaik sebelum ditamatkan perkhidmatan. Jadi, adakah mereka ini mangsa ketidakadilan Abramovich?

Seperti yang sedia maklum, kedua - duanya merupakan short term replacements dan mereka mengetahui awal awal lagi bahawa khidmat mereka akan ditamatkan di akhir kempen. Hiddink digantikan atas sebab komitmennya dengan Rusia sementara Avram digantikan dengan manager yang bertauliah bertaraf World Cup winner (Scolari). Avram juga belum mempunyai UEFA coaching license ketika melatih Chelsea. Tidak timbul ketidakadilan atau kekejaman Abramovich dalam hal ini.


Di bawah Avram & Hiddink (dalam graf), Jose “The Special One” Mourinho menjadi pengurus paling berjaya di Chelsea dengan mengumpulkan 6 trofi dalam masa dua tahun. Dia mengumpulkan 67% kemenangan sepanjang tenure di Chelsea. Form menentang Big 3 menang satu, seri dua kali sambil mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri. Form dia boleh dikatakan agak terbaik sebelum keluar dari Chelsea. Adakah Mourinho mangsa terburu buru Abramovich?


The Special One.
Sebenarnya, Mourinho menamatkan khidmatnya dengan Chelsea atas dasar persetujuan bersama. Perebutan kuasa dan hubungan dingin dengan pengarah pengarah di Chelsea (terutamanya Avram Grant dan Frank Arnesen) dilihat sebagai alasan utama. Mungkin Abramovich melakukan kesilapan dengan mengizinkan Mourinho’s resignation, tetapi pengunduran The Special One dilihat lebih kepada perletakan jawatan berbanding pemecatan. Abramovich tidak memecat Mourinho.



The Tinkerman.
Ranieri pula “diwarisi” daripada ownership terdahulu. Still, Roman memberikan peluang kepada ‘The Tinkerman’ untuk mengemudi pasukan Chelsea dengan £120 juta transfer cash. Dengan transfer cash sebanyak itu, expectation was high tetapi Chelsea’s form cuma average sahaja dengan Ranieri mengumpulkan 54% kemenangan dan cuma menang satu vs Man Utd tetapi kalah kepada Liverpool dan Arsenal di Stamford Bridge. Walaupun Chelsea berjaya menjadi runners up kepada the Invincible Arsenal dan merupakan semifinalists Champs League, Abramovich tetap menceraikan Ranieri.
Memandangkan Ranieri bukan pilihan original Abramovich dan pemecatannya pula diikuti dengan kejayaan Mourinho menjulang Chelsea dengan 6 trofi dlm 2 tahun, Abramovich telah melakukan tindakan (pemecatan) yang betul.


Felipão.
Setelah era Mourinho dan Avram Grant meletakkan Chelsea sebaris dengan kelab kelab elit seluruh Eropah, harapan menggunung digalas oleh Scolari selaku World Cup winner untuk meneruskan kegemilangan Chelsea. Kempen dimulai baik. Tetapi Scolari hanya berjaya mengumpul 56% win ratio, tidak segah Mourinho atau Avram. Kekalahan kepada Liverpool dan Arsenal juga seri dengan Man Utd di Stamford Bridge juga memburukkan keadaan. Scolari dipecat selepas kalah kepada Liverpool dan seri dengan Hull City. Alasan yg diberikan ialah persembahan hambar pasukan di waktu kemuncak kempen. Tetapi, di sebalik alasan itu, dilaporkan berlakunya pergolakan di bilik persalinan yang sudah memberikan kesan negatif kepada pemain pemain dan persembahan pasukan secara keseluruhannya.
Mungkin pengambilan Scolari ialah satu kesilapan. Tetapi pemecatannya juga merupakan tindakan yang betul.


Carletto.
Dengan reputasi sebagai pemenang Champs League sebanyak 2 kali, Carlo Ancelotti diberi mandat untuk mengurus pasukan Chelsea. Dalam season pertama, Ancelotti deliver Chelsea’s first ever double (Premier League dan FA Cup).  Ancelotti mengumpul 61% win ratio. Menang vs Arsenal tetapi kalah kepada Man Utd dan Liverpool di Stamford Bridge. Chelsea masih belum kebal di Stamford Bridge seperti di bawah era Mourinho. Pada penghujung musim kedua, form Chelsea agak merudum dengan kekalahan kepada Man Utd, Everton dan seri di Newcasle. Tiada trofi dibawa pulang ke Chelsea. Ancelotti dipecat setelah tamat musim kedua bersama Chelsea.
Mungkin ramai yang menyangka inilah keputusan pemecatan yg tidak adil. Tetapi, Ancelotti dibawa masuk kerana reputasinya sebagai pemenang Champs League 2 kali dan 3 kali finalis. Tetapi di Chelsea, dia sudah tersangkut dua kali di quarterfinals. Ranieri, Mourinho, Grant dan Hiddink semua at least layak ke semifinals.

Chelsea di bawah Ancelotti juga dilihat tiada progress dari segi perancangan jangka masa panjang. Seperti di Milan, Ancelotti bergantung kepada tenaga veteran dan tidak membawa masuk pemain muda atau pun pemain baru. Sturridge diketepikan sementara rangka dari zaman Mourinho lagi masih digunapakai. Chelsea seperti stagnant dan tiada kemajuan.  Pemecatan Ancelotti adalah langkah Abramovich untuk cuba memberikan nafas baru kepada Chelsea.

The Group One?
Seorang pengurus muda yang memenangi 4 kejohanan utama dalam satu musim bersama Porto, Andre Villas Boas dilantik untuk menganjak Chelsea ke masa depan yang cemerlang.
AVB mula merangka perancangan jangka panjang untuk Chelsea. AVB ialah pengurus pertama Chelsea yang cuba untuk mengubah cara dan shape Chelsea semenjak era Mourinho. Petr Cech-John Terry-Lampard-Drogba merupakan key line-up dari zaman Mourinho 2004 sampai era Ancelotti 2011. Kini, Terry, Lampard dan Drogba mula disemi-retiredkan. Anelka & Alex dijual. Luiz, Ramires dan Sturridge mula mendapat tempat. Cahill, Mata & Romeu dibeli.

Perangkaan jangka panjang AVB patut dipuji dan diberikan peluang. Tetapi, dia seolah olah mengabaikan short-term team performance sekarang. Kuman di seberang tambak nampak, anak di rumah mati kelaparan.
Graf menunjukkan AVB  mendapat kedudukan terburuk di kalangan past managers. Win ratio hanya sebanyak 49% dan tidak pernah menang against the Big 3 di Stamford Bridge. Kekalahan terbaru kepada Wes Brom, Everton dan Napoli membayangkan mara bahaya bukan sahaja kepada AVB tetapi kepada masa depan Chelsea sekali. Chelsea mulai ketinggalan ke belakang dalam kedudukan liga dan juga di dalam Champs League progress. Desas desus kemelut di bilik persalinan dengan tiadanya respect between veteran players dengan AVB (since the players tak dapat masa bermain sangat) juga tidak membantu.

Isnin 5 Mac 2012, AVB dipecat.


Berpandukan kepada graf di atas, hanya empat (4) pengurus di kedudukan tercorot mengalami pemecatan tiba tiba dari Abramovich.  Garis biru di dalam graf tersebut boleh dijadikan panduan jelas mengenai beberapa kriteria yang perlu dititikberatkan sebagai pengurus Chelsea.  Win ratio % perlu lebih tinggi daripada 65% dan form vs Big 3 perlu lebih dari 4 mata, bermakna at least perlu ada satu menang dan seri untuk ketiga tiga game di Stamford Bridge.
Walaupun Abramovich mempunyai reputasi sebagai seorang yg trigger-happy, terburu buru, gelojoh, ruthless ataupun ridiculous dalam kes kes pemecatan ini, kebanyakan keputusan pemecatan boleh dikatakan tepat.
Keputusan perlantikan sahaja yang perlu diperbaiki lagi.


Beberapa point dalam graf untuk diambil kira  / aku kira cincai :-

- Form aku kira ni exclude League Cup encounters (Piala cikai utk turunkan fringe players).
- Aku ada juga masukkan Champs League encounter kalau aku rasa sesuai dan juga FA Cup matches (semi final & final sahaja)
- Oleh sbb Guss Hiddink's stint pendek sangat, Chelsea dia tak pernah lawan Man Utd so aku ambil Arsenal dua kali dan kedua dua pertemuan di Emirates

- Man City dikira sayur lagi di era terbelakang ini, jadi team itu tidak termasuk dalam Big 3 (4).
- Dan lain lain yang aku fikir sesuai.
sumber : soccernet.com, espn.com, wikipedia.org & google.com
gambar ihsan : gettyimages, bbc.co.uk, google

Thursday 23 February 2012

1Johor?


Duli Yang Teramat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail ibni Tuanku Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Selepas perlantikan, baginda membayangkan negeri Johor yang sekarang ini mempunyai empat (4) pasukan bola sepak yg berentap di dalam kancah Liga Malaysia iaitu Johor FA, Johor FC, Majlis Bandaraya Johor Baharu FC (MBJB) dan Majlis Perbandaran (MP) Muar akan hanya mempunyai satu pasukan sahaja selepas ini.

Titah baginda, "Saya (Beta) tidak faham mengapa kita perlu membahagikan keupayaan kita. Kita sepatutnya mengembleng semua kekuatan terhadap satu pasukan sahaja, dengan hanya satu pasukan negeri sahaja yang bertanding."
Tersentak dengan penyataan ini, aku pun terpanggil untuk create blog post setelah sekian lama di dalam hiatus tanda protes terhadap gejala rasuah bolasepak di Malaysia.


DTM TMJ,
Pada pendapat patik, penyatuan kesemua pasukan ini kepada sebuah pasukan bukanlah jalan terbaik untuk memperkasakan negeri Johor di persada bola sepak Malaysia.

Takkan hanya kerana Johor FA bermain secara hampas, segala susah payah dan perjuangan kelab kelab terutamanya Johor FC bakal terkubur?
Agak tidak adil untuk kelab tersebut yang dibangunkan secara persendirian, bertatih dari bawah dan kini kaya dengan sejarah dibubarkan. Untuk pengetahuan DTM, Johor FC pernah menjadi juara Liga Premier, juara Liga FAM dan quarterfinalist Piala Malaysia.

Setakat yang diketahui, Johor FC juga tiada masalah kewangan, politik dan pentadbiran seperti yang melanda Johor FA.
Mengembleng semua tenaga dan fokus pada satu pasukan juga agak suicidal. Bak kata orang orang putih,  Don’t put all your eggs in one basket.

Takut takut yang dikejar tak dapat, telur dalam satu satunya bakul keciciran.

sumber : sinarharian.com.my, wikipedia, sokernet.blogspot.com, google.

Friday 20 January 2012

Apakah tindakan FAM bila rasuah melanda lagi?

Oink?

Perlis kalah 2 - 7 kepada MP Muar pada aksi pertama Liga Perdana 9 Januari lepas. 9 (SEMBILAN) pemain Perlis disyaki terbabit dalam menerima rasuah untuk mengatur perlawanan itu. Dengar dengar sampai 100k!

Sehubungan dgn itu, FAM membuat komen bangang.

Dari Utusan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan badan yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memerangi gejala rasuah bola sepak di negara ini, kata Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad.

Beliau sebaliknya berkata, skandal rasuah bola sepak adalah satu kesalahan jenayah dan ia adalah di bawah bidang kuasa siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


"FAM hanya boleh menghukum pesalah, sama ada pemain atau jurulatih, apabila mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap pesalah itu,” katanya.

Wahai Tuan Tuan FAM,


Tak semestinya memerangi rasuah bermaksud menghukum sahaja. Banyak lagi cara lain la FAM lembab.

Membuat kempen kesedaran seperti FIFA membuat kempen anti perkauman "Kick Out Racism", educate players, ref, coaches etc, create awareness kepada semua, kelas moral & work ethics kepada pemain pemain, menyediakan saluran yang mudah utk melaporkan rasuah, menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang melaporkan rasuah, bekerjasama dengan SPRM menyediakan pegawai anti-rasuah untuk setiap team bagi membantu & memantau.

Mengelakkan & memberi kesedaran awal awal adalah lebih baik dari dah terkena, baru nak bertindak & menghukum.

Ada tak kau buat cara cara ini wahai FAM bebal?

Lagi komen bangang dari FAM. "Persatuan Bolasepak Negeri sepatutnya memberi maklumat secukupnya mengenai kesalahan memakan rasuah bolasepak menerusi penerangan SPRM negeri negeri."

Sekarang pandai kau taichi kerja ini Persatuan Bolasepak Negeri Negeri dan SPRM negeri negeri.

Kalau FAM menganggap gejala rasuah ini serius, sepatutnya kesedaran dan penyampaian maklumat bermula dari peringkat tertinggi, barulah ia menjadi rasmi dan menyeluruh. Setakat menyerahkan tanggungjawab bulat bulat kepada persatuan negeri menunjukkan bahawa anda pemalas atau pun mengambil mudah gejala ini.

Dah tu, kau selaku induk buat apa? Hukum sahaja?

You never learn do you? Bangang.

sumber : utusan.com.my, google.com

Monday 16 January 2012

Jangan Main Main dengan Swansea City!




A frequent top 4 team kalah kepada pendatang baru EPL.

Cerita Arsenal kalah mengejut kepada Swansea City kini hangat diperkatakan orang. Ramai yang menggaru kepala tidak percaya terutamanya Arsenal fans. The fans & haters senada mengutuk kekalahan mengejut ini. Ramai menyalahkan ketiadaan ramai key defensive players. Ramai juga beranggapan ini cumalah satu small bump on the road. One hit wonder. Seperti kalah - sayurnya Man Utd di tangan Blackburn. Dan itu, cerita lain.

Tetapi tahukah anda, Swansea City ini agak hebat cara permainan mereka? Dari segi penguasaan bola, Swansea City berada dalam top 15 seluruh Eropah yang dipenuhi dengan heavyweights Champs Lge dan Europa Cup di antaranya juara juara liga (Barcelona, AC Milan, Lille dan Man Utd) , Real Madrid, Roma juga Otai EPL Arsenal, Man City, Liverpool dan Tottenham. Satu pencapaian yg amat amat dibanggakan lebih lebih lagi untuk sebuah team newcomer ke EPL.

Ball possession seluruh Eropah

Tambahan lagi, dari segi pass completion rate, Swansea  berada dalam kelompok top 6, bersama pendahulu pendahulu liga Eropah masakini Barca, Bayern, Man City. Selamba melompat tiruk Man Utd, Inter, Arsenal dan AC Milan.
Pass Success Rate seluruh Eropah

Sebenarnya aku tak tengok pun match Swansea City vs Arsenal ini (hehehe). Tapi mengikut statistik, Swansea mengawal 55% possession berbanding Arsenal. Juga menghasilkan 570 passes berbanding 460 passes daripada Arsenal.
Match Stat Swansea vs Arsenal


 

Satu lagi ke-OTAI-an Swansea City. Mengikut statistik kategori individu, Swansea City defensive midfielder, Leon Britton merupakan second most successful passer seantero Eropah, memecahkan dominasi Barcelona (Thiago, Keita dan Xavi) di dalam top 5. Dia juga lebih banyak turun padang berbanding dengan player yang lain.

Pass Success Rate Individu seluruh Eropah

 
Dengan kemenangan Swansea City ke atas Arsenal, Swansea City boleh mendabik dada dengan merampas gelaran “English Barca” daripada Arsenal.

sumber : whoscored.com, guardian.co.uk, soccernet.com

Thursday 12 January 2012

FAM dilanggar Sang Penyu



Peteh Ganu!
1) Seperti yg boleh dijangka setiap kali di permulaan musim Liga Super  Malaysia, FAM sekali lagi menonjolkan ketidakcekapan mereka dengan kesilapan tarikh pada surat pekeliling yang dihantar kepada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT).

2) Dalam surat pekeliling bertarikh 23 Disember 2011 itu, dinyatakan pada perenggan 4.22, senarai pemain-pemain asing (import) untuk didaftarkan dalam Liga M 2012 hendaklah dikemukakan kepada FAM sebelum 12 tengah hari Jumaat 6 Jan 2012 bagi pasukan Kelantan dan sebelum 12 tengah hari Isnin 9 Jan bagi pasukan Terengganu.

3) Kiranya, pada kefahaman PBSNT, FAM memberikan mereka "keistimewaan" untuk mendaftar pemain import baru selewat lewatnya pada 9 Januari 2012.

4) Gembira bukan kepalang PBSNT membaca surat pekeliling itu. Demi meraikan keistimewaan ini, PBSNT menarik balik pendaftaran Mohamadu Sua Mareh dari Gambia dan memulakan pencarian pemain pemain import baru. Ini secara jelas, menunjukkan Mohamadu Sua Mareh memang bukan pilihan utama mereka sebagai pemain import, ataupun secara kurang jelas, pemain ini tangkap muat sahaja sebab tak cukup (melengahkan) masa dengan dateline FAM yg asal?

5) Sementara pencarian Terengganu Import Idol mereka, little did they know, rupa rupanya FAM sudah tersilap 'teknikal' di dalam surat pekeliling itu.

6) Setelah ternobatnya Francis Dorkey Doe dan Erison Da Silva Santos Carniet sebagai Terengganu Import Idol 2012 sambil tertendang keluarnya Mohamadu Sua Mareh tadi, PBSNT bersiul siul kecil mendaftarkan nama nama idol tersebut kepada FAM pada 4 Januari 2012 (5 hari lebih awal dari dateline).

7) Terkejut beruklah PBSNT bila diketahui dua tonggak tersebut hanya disahkan layak beraksi untuk Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sahaja, bukan Liga M 2012 sekali dengan alasan PBSNT gagal mematuhi pekeliling yang telah dikeluarkan.

8) Mengamuklah PBSNT sambil kelam kabut menelaah kembali surat pekeliling FAM tadi.

9) "Dia (FAM) tidak sebut pun pemain ini (hanya boleh) bermain (mewakili Terengganu) dalam kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), tetapi (yang disebut mereka boleh bermain) dalam Liga M," komplen Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Maafkan typo error kami?
10) Baru menyedari kesilapan teknikal ini, FAM melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad mengakui melakukan kesilapan dan memohon maaf.

11) Dalam dia mengatakan kekesalan terhadap insiden itu dan janjinya untuk berhati hati pada masa depan, dia masih juga bertegas bahawa status kedua-dua pemain import tersebut hanya layak untuk bertanding pada Piala AFC sahaja, bukan di Liga M.

12) Haram jadah FAM ini. Dahlah memang bersalah, sudah meminta maaf, berjanji untuk berhati hati di masa depan, tetapi tidak pula membaiki kesalahan itu.

13) Kalau aku memandu kereta melanggar bontot Pajero di depan, kemudian memohon maaf kepada pemandu Pajero tersebut, berjanji takkan melanggar bontot Pajero itu lagi, adakah masuk akal kalau aku terus blah tanpa membaiki kerosakan bontot Pajero tersebut? Kalau rosaknya sikit dan aku takde duit pun, paling kurang aku akan mohon maaf gila gila, cuba mengambil hati pemandu itu dan reason baik baik dengan dia.

14) Mendengar respon Setiausaha Agung FAM itu, Terengganu strikes back. PBSNT mengancam untuk mengambil tindakan undang undang terhadap FAM dan menimbangkan kemungkinan untuk menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia.

15) FAM juga dikehendaki membayar gantirugi kepada Terengganu yang berbelanja besar untuk mendapatkan dua tonggak import ini.

16) To be fair, PBSNT juga patut dipersalahkan dalam hal ini.

17) Kerenah birokrasi, mismanagement & inefficiency FAM sudah lama terkenal di persada bolasepak kita. PBSNT sepatutnya sudah lali dengan sikap berdolak dalik FAM MANGKUK ini.

18) Pihak pengurusan PBSNT dan juga persatuan bolasepak negeri lain perlu merombak kontrak pemain import untuk menyelamatkan bontot mereka daripada terseret sama tenggelam bersama FAM.

19) Satu klausa dalam kontrak pemain import perlu disertakan yang mengatakan kontrak ini akan terbatal, sekiranya FAM tidak bersetuju dengan pendaftaran pemain import itu di atas apa apa alasan sekalipun. Baik di atas alasan kesilapan tarikh pendaftaran, kelayakan beraksi, keputusan FAM untuk menjalankan MSL (Malaysia Super League) tanpa pemain import pada musim hadapan atau lain lain alasan yang pelik pelik. Tetapi demi menjaga kebajikan pemain tersebut dan menjaga reputasi Persatuan Bolasepak Negeri sebagai majikan berjiwa rakyat, perlulah juga disediakan sejumlah pampasan umpamanya sebulan gaji dan tiket balik ke negara asal.

20) Dengan ini, PBSNT terselamat daripada kerugian terikat lama dengan pemain import tanpa bermain.

21) Tetapi itu hanya menyelesaikan sebahagian kecil daripada masalah ini. Bagaimana pula mereka menghadapi pasukan pasukan lain yang mempunyai competitive advantage berupa pemain import? Itu kerugian lebih besar yang perlu ditangani.



22) Tindakan undang undang ini diharapkan menjadi pembuka jalan bagi persatuan persatuan bolasepak negeri dan kelab untuk bangkit dan bergabung menentang kebangangan & kebongkakkan yang membarah di dalam FAM.

23) Bersatu teguh, memulihkan FAM!