Thursday, 5 April 2012

Kesilapan Tan Sri Annuar Musa



Jadi, Tan Sri Annuar Musa digantung 30 bulan. Di atas kesalahan membuat statement yang negatif ke atas performance skuad kebangsaan kita yg kian merudum.

Get it? Beliau membuat statement negatif, ke atas persembahan negatif, skuad kebangsaan kita.

Silap TSAM juga.

Sepatutnya, TSAM membuat statement yang positif ke atas persembahan negatif skuad kebangsaan kita. Timang-timang dan lambung-lambung. Kemungkinan besar beliau tidak digantung, malah mungkin akan dicalonkan menjadi successor (pengganti) Presiden FAM kita, Sultan Bola.  Timbalan dah tuuu.. (so near, yet so far?)

Cuba lihat Timbalan Presiden sekarang, Tengku Bola. He is pushing the right buttons. Baginda (Tengku Bola) selalu membuat statement positif ke atas skuad kebangsaan kita. Walau macamana hampas pun persembahan skuad kebangsaan kita.

Silap TSAM juga.

Dengan kapasiti beliau sebagai orang bola berpengaruh di Kelantan dan memegang jawatan Timbalan Presiden FAM ketika itu (sampai semalam), beliau berkeputusan memakai Facebook dan media untuk menghentam persediaan skuad kebangsaan.

Apa barang?

Ibarat awek cun depan mata, senyum senyum kat aku. Tapi aku reverse ke belakang, carik PC yg ada internet dan login FB. Click profile awek tadi pastu send message mintak nombor telefon. FB account awek tu pun gua dapat daripada tea-lady.

Apa barang weh?

Kalau aku TSAM, aku panggil itu D Rajagobal masuk bilik aku yang naik habuk kat Wisma FAM tu. Kasi hair-dryer treatment. Pakai hailer tekap kat telinga dia. Baling boot bola kena sipi sipi kening dia. Hentak meja dengan skittle. Tonjol bola ke tengah perut. Kasi putih semua rambut D Rajagobal yg silver silver tu. Baru betul.

Entahlah. Mungkin kerana PRU nak dekat, TSAM cuba untuk menonjolkan sifat pejuang di mata media terus ke hati rakyat. Aku kata mungkin. Dan itu cerita lain.



Tapi jangan ingat aku ni pendokong Presiden FAM pulak. Aku kungfu kick dada nanti. Aku memang TIDAK menyokong apatah lagi mendokong jawatan Presiden FAM disandang oleh Sultan Bola. Bukan sebab Sultan Bola tu tak pandai mengurus pasukan bolasepak. Bukan sebab Sultan Bola tiada pengalaman bermain bola sepak. Bukan.

Sebabnya, apabila seseorang kerabat diraja merendahkan martabatnya memegang jawatan di dalam organisasi awam spt FAM misalnya, kerabat diraja itu perlu bersedia untuk diadili, ditegur, ditandingi juga perlu menghadap kuasa yang lebih tinggi daripada organisasi itu, FIFA contohnya.

Yang aku kesalkan ialah, Sultan Bola bukan sahaja tak bersedia merendahkan diri baginda, tetapi baginda siap menukar kerusi Presiden FAM itu menjadi singgahsana Istana. Jawatan Presiden FAM sekarang seolah olah dianggap sebahagian daripada institusi diraja di mana jawatan tersebut tidak boleh ditandingi, ditegur ataupun diadili.

Terus, jikalau ada berlaku kebangsatan kerja ataupun ketidakcekapan berlaku di kalangan orang orang bawahan baginda di FAM, mereka pakat menyorok di belakang jawatan Presiden FAM itu, yang kini sacred.

Macamana nak tegur apatah lagi tebas lalang lalang yang tak berguna ini?

Dan lagi, apabila berlakunya kejadian yang memerlukan bantuan / kerjasama daripada AFC, FIFA ataupun FA negara - negara lain, Presiden FAM selaku kepala organisasi tak pandai menghadap dan merendahkan diri meminta bantuan / kerjasama dan sebagainya.

Rakyat yang menghadap Sultan. Manalah reti Sultan menghadap - hadap ni?

Aku pun terdengar cerita yang FAM ni punyalah takde duit sampaikan Sultan Bola ni mengeluarkan duit baginda sendiri untuk menaja program - program FAM, seperti penghantaran skuad Olimpik negara ke Slovakia.

Boleh jadi, Presiden FAM mengekalkan jawatan di atas sebab budi menaja FAM, dan bukannya dinilai dari segi prestasi kerja dan pencapaian sebagai organisasi as a whole.

Ampun Tuanku beribu ampun, kami menghormati Tuanku sebagai Sultan. Tetapi sebagai Presiden FAM, Tuanku menjalankan tugas dengan hampas sekali.

Tuanku sepatutnya membawa naik nama bolasepak Malaysia setaraf dengan martabat cemerlang institusi beraja Tuanku bukannya membawa naik hak istimewa institusi beraja ke dalam bolasepak.

No comments:

Post a Comment