Thursday, 12 January 2012

FAM dilanggar Sang Penyu



Peteh Ganu!
1) Seperti yg boleh dijangka setiap kali di permulaan musim Liga Super  Malaysia, FAM sekali lagi menonjolkan ketidakcekapan mereka dengan kesilapan tarikh pada surat pekeliling yang dihantar kepada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT).

2) Dalam surat pekeliling bertarikh 23 Disember 2011 itu, dinyatakan pada perenggan 4.22, senarai pemain-pemain asing (import) untuk didaftarkan dalam Liga M 2012 hendaklah dikemukakan kepada FAM sebelum 12 tengah hari Jumaat 6 Jan 2012 bagi pasukan Kelantan dan sebelum 12 tengah hari Isnin 9 Jan bagi pasukan Terengganu.

3) Kiranya, pada kefahaman PBSNT, FAM memberikan mereka "keistimewaan" untuk mendaftar pemain import baru selewat lewatnya pada 9 Januari 2012.

4) Gembira bukan kepalang PBSNT membaca surat pekeliling itu. Demi meraikan keistimewaan ini, PBSNT menarik balik pendaftaran Mohamadu Sua Mareh dari Gambia dan memulakan pencarian pemain pemain import baru. Ini secara jelas, menunjukkan Mohamadu Sua Mareh memang bukan pilihan utama mereka sebagai pemain import, ataupun secara kurang jelas, pemain ini tangkap muat sahaja sebab tak cukup (melengahkan) masa dengan dateline FAM yg asal?

5) Sementara pencarian Terengganu Import Idol mereka, little did they know, rupa rupanya FAM sudah tersilap 'teknikal' di dalam surat pekeliling itu.

6) Setelah ternobatnya Francis Dorkey Doe dan Erison Da Silva Santos Carniet sebagai Terengganu Import Idol 2012 sambil tertendang keluarnya Mohamadu Sua Mareh tadi, PBSNT bersiul siul kecil mendaftarkan nama nama idol tersebut kepada FAM pada 4 Januari 2012 (5 hari lebih awal dari dateline).

7) Terkejut beruklah PBSNT bila diketahui dua tonggak tersebut hanya disahkan layak beraksi untuk Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sahaja, bukan Liga M 2012 sekali dengan alasan PBSNT gagal mematuhi pekeliling yang telah dikeluarkan.

8) Mengamuklah PBSNT sambil kelam kabut menelaah kembali surat pekeliling FAM tadi.

9) "Dia (FAM) tidak sebut pun pemain ini (hanya boleh) bermain (mewakili Terengganu) dalam kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), tetapi (yang disebut mereka boleh bermain) dalam Liga M," komplen Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Maafkan typo error kami?
10) Baru menyedari kesilapan teknikal ini, FAM melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad mengakui melakukan kesilapan dan memohon maaf.

11) Dalam dia mengatakan kekesalan terhadap insiden itu dan janjinya untuk berhati hati pada masa depan, dia masih juga bertegas bahawa status kedua-dua pemain import tersebut hanya layak untuk bertanding pada Piala AFC sahaja, bukan di Liga M.

12) Haram jadah FAM ini. Dahlah memang bersalah, sudah meminta maaf, berjanji untuk berhati hati di masa depan, tetapi tidak pula membaiki kesalahan itu.

13) Kalau aku memandu kereta melanggar bontot Pajero di depan, kemudian memohon maaf kepada pemandu Pajero tersebut, berjanji takkan melanggar bontot Pajero itu lagi, adakah masuk akal kalau aku terus blah tanpa membaiki kerosakan bontot Pajero tersebut? Kalau rosaknya sikit dan aku takde duit pun, paling kurang aku akan mohon maaf gila gila, cuba mengambil hati pemandu itu dan reason baik baik dengan dia.

14) Mendengar respon Setiausaha Agung FAM itu, Terengganu strikes back. PBSNT mengancam untuk mengambil tindakan undang undang terhadap FAM dan menimbangkan kemungkinan untuk menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia.

15) FAM juga dikehendaki membayar gantirugi kepada Terengganu yang berbelanja besar untuk mendapatkan dua tonggak import ini.

16) To be fair, PBSNT juga patut dipersalahkan dalam hal ini.

17) Kerenah birokrasi, mismanagement & inefficiency FAM sudah lama terkenal di persada bolasepak kita. PBSNT sepatutnya sudah lali dengan sikap berdolak dalik FAM MANGKUK ini.

18) Pihak pengurusan PBSNT dan juga persatuan bolasepak negeri lain perlu merombak kontrak pemain import untuk menyelamatkan bontot mereka daripada terseret sama tenggelam bersama FAM.

19) Satu klausa dalam kontrak pemain import perlu disertakan yang mengatakan kontrak ini akan terbatal, sekiranya FAM tidak bersetuju dengan pendaftaran pemain import itu di atas apa apa alasan sekalipun. Baik di atas alasan kesilapan tarikh pendaftaran, kelayakan beraksi, keputusan FAM untuk menjalankan MSL (Malaysia Super League) tanpa pemain import pada musim hadapan atau lain lain alasan yang pelik pelik. Tetapi demi menjaga kebajikan pemain tersebut dan menjaga reputasi Persatuan Bolasepak Negeri sebagai majikan berjiwa rakyat, perlulah juga disediakan sejumlah pampasan umpamanya sebulan gaji dan tiket balik ke negara asal.

20) Dengan ini, PBSNT terselamat daripada kerugian terikat lama dengan pemain import tanpa bermain.

21) Tetapi itu hanya menyelesaikan sebahagian kecil daripada masalah ini. Bagaimana pula mereka menghadapi pasukan pasukan lain yang mempunyai competitive advantage berupa pemain import? Itu kerugian lebih besar yang perlu ditangani.



22) Tindakan undang undang ini diharapkan menjadi pembuka jalan bagi persatuan persatuan bolasepak negeri dan kelab untuk bangkit dan bergabung menentang kebangangan & kebongkakkan yang membarah di dalam FAM.

23) Bersatu teguh, memulihkan FAM!

1 comment:

  1. Kesan dari ancaman ini, FAM kasi lanjut tarikh mati pendaftaran pemain import untuk semua pasukan.

    Satu kemenangan utk persatuan bolasepak negeri negeri.

    Satu lagi contoh Fun Fair management dari FAM!

    ReplyDelete