Aku bajet Malaysia jadi lebih power hasil eksperimen
Rajagobal yang telah memperjudikan FIFA ranking Malaysia sampai terseri hambar
dengan Hong Kong dan Bangladesh.
Aku bajet Harimau akan mengganas v Singapura, misi balas
dendam kepada kekalahan 6-4 (over two legs) pada 2011 yang menyaksikan Malaysia
terkeluar daripada layak ke World Cup 2014.
Aku bajet Singapura tunduk respek kepada Harimau Malaya yang
mendominasi match, mendabik dada sebagai juara bertahan AFF Suzuki 2010.
Aku bajet Malaysia gaaahhh di tempat sendiri, dan Singapura
kecut dikepung ribuan ultras yang menggempitakan sokongan kepada HM.
Aku salah bajet, sebab Malaysia kalah 0 – 3. Dan Singapura
mendominasi bola dan menguasai padang.
Ultras Maktras.
Jadi, aku bajet Rajagobal akan meminta maaf ataupun paling
busuk pun mengatakan dia tak bajet kalah dengan Singapura.
Aku salah bajet, sebab Rajagobal memang bajet kalah dengan
Singapura pun.
"Saya cuma menjangkakan kita kalah dengan keputusan 0-1 atau seri dengan pasukan Singapura," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut. (dipetik dari SinarHarian.com.my).
"Saya cuma menjangkakan kita kalah dengan keputusan 0-1 atau seri dengan pasukan Singapura," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut. (dipetik dari SinarHarian.com.my).
Hampeh punya coach.
Tapi aku masih menaruh harapan.
Aku bajet Malaysia bangkit seperti di AFF2010 dulu. Dulu pun,
Malaysia dilaukkan Indonesia 5-1 sebelum menang the whole thing.
Berbalik kepada AFF2012, Harimau Malaya menang vs Laos (ini aku bajet betul.
Hell, satu Malaysia pun bajet betul yang nih!). Dan mengalahkan Indonesia,
finalis AFF2010 2 – 0. Nampak gaya macam betul-betul bangkit ala AFF2010.
Tetapi Malaysia tersangkut v Thai. Seri di KL dan kalah di
Bangkok. Kedua-dua leg Thai mendominasi perlawanan. Sang (bekas) juara yang
mengejar bayang - bayang.
Salah bajet lagi.
Aku bajet FAM akan amuk dan memecat Rajagobal. Secara logika
bolalogis, seseorang coach boleh dikekalkan asalkan pasukan kendaliannya ada
progress (kemajuan). Melihat kepada prestasi sekarang, prestasi Harimau Malaya
adalah pada tahap menurun. Tiada progress.
2010 menang AFF. 2012 semifinalist.
2011 kalah kepada Singapura 4-6 di kelayakan WC2014, di
Bukit Jalil seri 1-1. 2012 pun kalah kepada Singapura, di Bukit Jalil 0-3
(AFF2012).
2010 FIFA ranking 144. 2012 FIFA ranking 158.
Tetapi, bajet aku salah sekali lagi. FAM khabarnya
mengekalkan Rajagobal untuk Piala Asia 2015.
Mangkuk hayun.