Friday, 15 February 2013

Rooney hampir menempah maut Manchester Utd

Valentine's date with Contraeo

Real Madrid 1 : 1 Manchester Utd
13 February 2013
(Santiago Bernabeu, Madrid) 

Keputusan Sir Alex meletakkan Rooney di sayap kanan hampir membawa Man Utd ke liang lahad apabila direct opposition Rooney iaitu Contraeo dua kali meloloskan diri dan hampir menjaringkan gol. Gol penyamaan Real Madrid juga berpunca daripada hantaran lintang Di Maria yang tidak diclose-down dengan kadar segera oleh Rooney.

Exhibit 1 : Rooney bertindak suicidal apabila tertarik kepada skil Ronaldo sehingga meninggalkan Contraeo keseorangan di dalam kotak penalti (dalam bulatan). Untuk pengetahuan umum, Phil Jones telah ditugaskan oleh Sir Alex untuk double mark Ronaldo sepanjang game, jadi C Ronaldo sebenarnya sudah well covered. 

Percubaan Contraeo selepas itu terkena tiang.


Exhibit 2 : Untuk gol penyamaan hasil tandukan Ronaldo, Rooney terlewat untuk close down Di Maria, terus memberi ruang kepada Di Maria menghantar goal assist. Boleh juga dilihat jauh nun di sana, C Ronaldo yang power header berposisi one-on-one dengan Evra. Keputusan bijak Mourinho swap position Di Maria dengan Ronaldo.



Exhibit 3 : Kelihatan Rooney berada di hadapan Contraeo (perhatikan pasangan pemain ditandakan dengan noktah hitam) sebelum bola dilintangkan.


Exhibit 4 : Rooney terlambat react (ball watching) dan dipotong Contraeo. Rooney mula-mula macam nak kejar tetapi kemudiannya cuba beralih arah. Barangkali cuba untuk lari jauh-jauh dari tempat kejadian. Gaya Gangnam De Gea menyelamatkan keadaan.

Apapun, perlawanan berakhir dengan 1 : 1. Dengan berbekalkan satu away goal, Man Utd dilihat mempunyai kelebihan apabila bermain di tempat sendiri dan Real Madrid terpaksa menukar corak kegemaran untuk counter attack kepada corak probing mencari gol. Man Utd pula yang akan menunggu peluang untuk counter attack.

Berbalik kepada Rooney pagi tadi. Tidak dinafikan Rooney agak instrumental di bahagian serangan Man Utd. Corner kicknya tepat ke kepala Welbeck menghasilkan gol, dan beberapa lagi percubaan berbahaya ke gawang Real Madrid turut melibatkan Rooney.

Rooney OK, cuma posisi beliau yang perlu dirombak.

Kalau kekantoian Rooney menggalas defensive duties seorang sayap dapat dikesan oleh aku, apatah lagi di bawah mikroskop José Mário dos Santos Mourinho Félix.

Sir Alex, you have been warned!

kredit : footyroom, dailymail uk, google, youtube

Tuesday, 5 February 2013

Beza Messi dengan Nazmi Faiz




    
    Nazmi Faiz diberitakan balik bermain di Malaysia selepas baru sahaja bermain 6 bulan bersama Beira Mar di liga Portugal.

    Khabarnya, alasan Nazmi Faiz balik ke Malaysia ialah Beira Mar dilanda masalah kewangan gara gara Europe Financial Crisis. Gajinya dikatakan dalam lingkungan 500 Euro sebulan dan ia tak mencukupi. Dia terpaksa keluar rumah sewa dan menumpang rumah rakan sepasukan.


    Jadi, aku call lah Messi selaku pemain terhebat dunia, berborak bertanya khabar sambil cuba mendapatkan pandangan dia tentang kesusahan yang dialami oleh Nazmi Faiz ini. Ini komen dia.


I used to serve tea at a shop to support my football training - Lionel Messi



Peh! 



    Bagi aku, sayang sungguh  sudah dapat peluang bermain di luar Malaysia, Eropah lagi tu, tetapi tak sanggup berkorban lebih sikit. Tak mahu mencuba untuk adapt untuk hidup dan bermain di sana.


    Nazmi tanpa berlengah lagi terus balik Malaysia jadi jaguh kampung bergaji besar daripada cuba berusaha keras membuktikan dia berbakat besar di Eropah.


    Satu lagi produk yang gagal? Sama-sama kita lihat.

Thursday, 17 January 2013

2012 : Drogba’s last kick for Chelsea

Mengabadikan saat bolasepak yang tak dapat aku lupakan sepanjang tahun 2012



               

                Bagi aku, perjalanan Chelsea memenangi European Champs League 2012 agak gila dan dramatik. Setelah Villas Boas dibuang di atas prestasi Chelsea yang makin merudum, Roberto Di Matteo menggalas tugas pertama yang berat, iaitu to turnaround  keputusan 1-3 v Napoli. Even the first half an hour Napoli was superior.Kemudian, muncul Drogba di kotak penalti menanduk masuk gol pertama, melawan arus dominasi Napoli.

                Bermula dari situ, Chelsea bangkit. Chelsea memaksa perlawanan ke extra time sebelum memenangi perlawanan 5-4 (agg).

                Chelsea bertemu Barcelona di semi-final. Chelsea bermain defensive (park bus) dan Barca dominates 72% of possession. Chelsea layak ke akhir dengan Messi miss penalty, John Terry red carded, Chelsea bermain 10 orang selama 50 minit dan misfiring Torres scores the winning goal. 

                It gets even better. Final against Bayern kat Munich, without Captain Terry and trailing 0-1 sampai minit ke-88, Drogba tampil menyelamatkan Chelsea dengan menanduk masuk satu-satunya corner kick Chelsea untuk gol penyamaan.

                Sebelum 2012, Chelsea and especially Drogba sering dikecewakan di dalam kempen Champs League. Pada 2008 final, Drogba dibuang padang sebelum sepakan penalti bermula vs Man Utd. John Terry yang menembak bulan, tidak sepatutnya mengambil penalti jika Drogba masih berada di padang. Pada 2009, Drogba mengamuk di atas kekalahan kepada Barcelona, dengan menuduh pengadil bias kepada Barca. “This is a disgrace!” kata Drogba jelas di depan kamera. 2010 pula, Drogba dibuang padang ketika Chelsea kalah v Inter.

                Even pada extra time Final 2012 ini, Drogba hampir terduduk lagi apabila dia mengasari Ribery di dalam kotak penalti Chelsea. Pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Bayern. Gila tak gila, Robben, of all people, gagal menyempurnakan penalti tersebut.

Pemburuan Chelsea untuk memenangi Champs League pertama sampai ke penghujung apabila Drogba mengakhiri kariernya bersama Chelsea dengan tendangan yang paling penting dalam sejarah Chelsea.

Truly a legend.


sumber : google, youtube, soccernet.com, espn

Wednesday, 16 January 2013

2012 : Spain steps up to win Euro 2012

Mengabadikan saat bolasepak yang tak dapat aku lupakan sepanjang tahun 2012




Rata-rata peminat bolasepak sedunia frust apabila Spain, selaku favorites dan juara dunia hanya mampu menyajikan empat gol (1 penalti) sahaja bertemu heavyweights Europe, Croatia, Italy, France dan Portugal. Dengan confirmed ball possession 60% setiap match, ramai mengharapkan free flow attacking football (dan banyak gol) from Spain.

Ramai berpendapat Spain terlalu menghargai ball possession dan bermain secara cautious dengan melebihkan backpasses & sideway passes. Kurangnya forward passes ataupun forward runs with speed. Torres sebagai top striker pun masih belum recover form sejak sebelum World Cup 08 lagi. And to be fair, pihak lawan Spain pun bermain secara defensive (park bus) dan compact. Ini menyukarkan lagi gerakan serangan Spain. Spain tiada idea dan kepermainan mereka menjadi semakin bosan.

Italy pula melakukan kejutan apabila seri dengan Spain, melangkah bergaya ke Final dengan mengalahkan favorites Germany dan Pirlo mendominasi match v England. Ada yang berpendapat Italy mampu mengalahkan Spain di Final jika stick dengan strategi di dalam match against Spain ketika di group stage.

Tetapi, Spain merubah kepermainan dengan drastik ketika di Final. Tiba–tiba tempo permainan Spain menjadi lebih laju, para pemain kerap melakukan forward runs dan midfielders kini mempunyai forward passing options. Italy terkejut. Dan the rest of the world menyaksikan performance terbaik Spain di Euro 2012.

Jordi Alba’s gol merumuskan perubahan drastik Spain dengan his penetrating run, a wonderful forward through pass from Xavi and a clinical finish. 

Spain crushed Italy 4-0 in that Final.


sumber : google, youtube, soccernet.com, espn