Valentine's date with Contraeo |
Real Madrid 1 : 1 Manchester Utd
13 February 2013
(Santiago Bernabeu, Madrid)
Keputusan Sir Alex meletakkan Rooney di sayap kanan hampir membawa Man Utd ke liang lahad apabila direct opposition Rooney iaitu Contraeo dua kali meloloskan diri dan hampir menjaringkan gol. Gol penyamaan Real Madrid juga berpunca daripada hantaran lintang Di Maria yang tidak diclose-down dengan kadar segera oleh Rooney.
Keputusan Sir Alex meletakkan Rooney di sayap kanan hampir membawa Man Utd ke liang lahad apabila direct opposition Rooney iaitu Contraeo dua kali meloloskan diri dan hampir menjaringkan gol. Gol penyamaan Real Madrid juga berpunca daripada hantaran lintang Di Maria yang tidak diclose-down dengan kadar segera oleh Rooney.
Exhibit 1 : Rooney bertindak suicidal apabila tertarik
kepada skil Ronaldo sehingga meninggalkan Contraeo keseorangan di dalam kotak
penalti (dalam bulatan). Untuk pengetahuan umum, Phil Jones telah ditugaskan oleh
Sir Alex untuk double mark Ronaldo sepanjang game, jadi C Ronaldo sebenarnya
sudah well covered.
Percubaan Contraeo selepas itu terkena tiang.
Exhibit
2 : Untuk gol penyamaan hasil tandukan Ronaldo, Rooney terlewat untuk close
down Di Maria, terus memberi ruang kepada Di Maria menghantar goal assist.
Boleh juga dilihat jauh nun di sana, C Ronaldo yang power header berposisi one-on-one
dengan Evra. Keputusan bijak Mourinho swap position Di Maria dengan Ronaldo.
Exhibit 3 : Kelihatan Rooney berada di hadapan Contraeo
(perhatikan pasangan pemain ditandakan dengan noktah hitam) sebelum bola
dilintangkan.
Exhibit 4 : Rooney terlambat react (ball watching) dan dipotong
Contraeo. Rooney mula-mula macam nak kejar tetapi kemudiannya cuba beralih arah.
Barangkali cuba untuk lari jauh-jauh dari tempat kejadian. Gaya Gangnam De Gea
menyelamatkan keadaan.
Apapun, perlawanan berakhir dengan 1 : 1. Dengan berbekalkan satu away goal, Man Utd dilihat mempunyai kelebihan apabila bermain di tempat sendiri dan Real Madrid terpaksa menukar corak kegemaran untuk counter attack kepada corak probing mencari gol. Man Utd pula yang akan menunggu peluang untuk counter attack.
Berbalik kepada Rooney pagi tadi. Tidak dinafikan Rooney agak instrumental di bahagian serangan Man Utd. Corner kicknya tepat ke kepala Welbeck menghasilkan gol, dan beberapa lagi percubaan berbahaya ke gawang Real Madrid turut melibatkan Rooney.
Rooney OK, cuma posisi beliau yang perlu dirombak.
Kalau kekantoian Rooney menggalas defensive duties seorang sayap dapat dikesan oleh aku, apatah lagi di bawah mikroskop José Mário dos Santos Mourinho Félix.
Sir Alex, you have been warned!
kredit : footyroom, dailymail uk, google, youtube
No comments:
Post a Comment