Tuesday, 15 January 2013

2012 : Sergio Aguero ends EPL thriller

Mengabadikan saat bolasepak yang tak dapat aku lupakan sepanjang tahun 2012



                Tugas Man City pada hari terakhir EPL season 2011/12 tampak mudah. Menang at home stadium v QPR and the title is theirs. Man City mempunyai rekod cemerlang di Etihad Stadium dan QPR mempunyai keputusan terburuk on away record. Kacang. Nak lagi mudah, dalam match itu, Joey Barton pula dibuang padang meninggalkan QPR dengan 10 pemain.

                Unbelievably, Man City ketinggalan 1-2 menghampiri full time. Pemain Man Utd sudah berkira-kira untuk celebrate the title di Sunderland. Even the Man Utd fans sudah mula bersorak dan bertepuk tangan menganticipate kejuaraan EPL. 

And then came the best part, Dzeko sempat menyamakan kedudukan pada masa kecederaan dan Man City melancarkan satu serangan terakhir. Balotelli desperately melorongkan bola sebelum terjatuh dan Sergio Aguero terus membuat pecutan, mengelak tackle defender dan dengan sepakan terakhir perlawanan, merembat deras gol kemenangan. 

Man City berpesta sakan meraikan 1st EPL title in 44 years. QPR players ikut berpesta apabila mendapat tahu mereka terselamat daripada penyingkiran ke Divisyen 1. Man Utd keluar dari Stadium Of Lights with heads in hands, heartbroken.

Unbelievable.


sumber : google, youtube, soccernet.com, espn

Monday, 14 January 2013

2012 : Balotelli’s Hulk goal celebration

Mengabadikan saat bolasepak yang tak dapat aku lupakan sepanjang tahun 2012




Semasa di Man City, Balotelli menyumbang 17 gol tetapi digantung 13 perlawanan. Dengan reputasinya sebagai seorang yang unpredictable, pemilihan Bad Boy Balotelli oleh Prandelli ke dalam skuad Italy Euro 2012 merupakan satu pertaruhan yang besar. Tiada siapa tahu, sama ada Balotelli akan menjadi hero atau villain untuk Italy.


Segalanya terjawab apabila Euro 2012 berjalan baik untuk Balotelli dan kemuncak prestasinya tiba apabila membenam favorites Germany dengan dua gol di semifinal.


Long through ball dari Montolivo mencari Balotelli yang merembat deras ke penjuru gol merupakan antara gol terbaik tournament. Tetapi the Hulk celebration selepas gol itu merupakan satu detik yang ikonik, menjadi lambang kemegahan kepada Italia faithfuls dan diadaptasikan dalam FIFA 13.


sumber : google, youtube, soccernet.com, espn

Sunday, 13 January 2013

2012 : Falcao did it again

Mengabadikan saat bolasepak yang tak dapat aku lupakan sepanjang tahun 2012





Falcao yang baru menyertai Atletico Madrid, melangkah ke Europa Final ini buat kali kedua berturut-turut. Kali pertama, dia membantu favorites Porto menjulang Europa Cup dengan menanduk masuk satu-satunya gol v Braga. A classic target man’s goal.

Tetapi pada kali ini, Athletic Bilbao was overwhelming favorites. Bilbao bermain possession football, short passing and pressing ala Barcelona. Bilbao telah menundukkan Sporting, Schalke dan Man Utd sebelum melangkah ke Final. Atletico Madrid was the underdog.

As it turns out, Falcao was the difference, scoring two spectacular goals. 1st goal, Falcao mengencing defender dengan turning ke kaki kiri sebelum merembat jarak dekat. 2nd goal, was the goal of the tournament (IMO), Falcao acah defender sampai tergelincir di sebelah kanan, sebelum curl bola dengan kaki kiri ngam-ngam masuk ke penjuru gol. 

         In-form (36 goals in 49 games) and scoring in both Finals, Falcao kini dilihat sebagai di antara Europe’s best central strikers, if not the best.


sumber : google, youtube, soccernet.com, espn

Friday, 11 January 2013

2012 : Pirlo's Panenka

Mengabadikan saat bolasepak yang tak dapat aku lupakan sepanjang tahun 2012




AC Milan berkeputusan untuk tidak menyambung kontrak Pirlo pada awal season 11/12. Dengan umur yang makin meningkat, ramai berpendapat, ini merupakan penutupan tirai ke atas karier salah seorang deep lying playmaker terbaik dalam generasi masakini. Banyak pasukan meletakkan ball winner / destroyer di posisi yang Pirlo bermain, menyebabkan pemain seperti Pirlo ini semakin pupus dan tidak mendapat tempat.

Akan tetapi Conte bukan sahaja memberikan tempat di dalam skuad Juventus, tetapi Conte built his squad around Pirlo. Pirlo membalas kepercayaan dengan prestasi yang terbaik, menjulang  Serie A, unbeaten.

Di Euro 2012, Pirlo merupakan antara pemain terbaik kejohanan. Dia mendominasi midfield dan semua gerakan menyerang Italy perlu melalui Pirlo. Semasa v England (quarterfinals), Pirlo mengawal rentak kedua pasukan dengan selamba tetapi barisan penyerang Italy gagal memanfaatkan satu pun hantaran Pirlo. Perlawanan itu akhirnya ditentukan dengan sepakan penalti.

Italy ketinggalan satu gol penalti sebelum Pirlo steps up. Joe Hart membuat muka, konfiden dan cuba bermacam gaya untuk mempengaruhi Pirlo. Pirlo memulakan larian dan dengan bersahaja menyungkit bola perlahan ke arah gol sambil Joe Hart yang sudah commit ke kanan gol, tergolek melihat bola melantun masuk.

Bagi aku, Panenka Pirlo was a psychological blow, bukan sahaja kepada Joe Hart tetapi kepada seluruh skuad England. Selepas penalti Pirlo,  Ashley Young dan Ashley Cole gagal menyempurnakan sepakan penalti. Dan Diamanti wraps it up for Italy.


sumber : google, youtube, soccernet.com, espn

2012 : The Calm Down goal celebration

Mengabadikan saat bolasepak yang tak dapat aku lupakan sepanjang tahun 2012.





18 bulan terdahulu, Real Madrid kena titik 5-0 di Nou Camp. Match yang mempamerkan tiki-taka at its best dan merupakan di antara El-Clasico terbaik untuk Barca fans.

          Secara psikologi, ia merupakan satu tamparan hebat kepada Real Madrid. Dan semenjak itu, Real Madrid kelihatan goyah apabila berhadapan dengan Barca. Mourinho mula mengamalkan taktik defensif dan kadang-kadang kasar bila tibanya El-Clasico. Tetapi, Barca masih mengekalkan superiority ke atas Real Madrid. Barca mendominasi arena La-Liga dan Real Madrid hanya berjaya setakat second best sahaja.

          Tetapi pada 21/4/12, Real Madrid melangkah bergaya ke Nou Camp sebagai pendahulu liga. Dan Barca memerlukan kemenangan untuk mengejar Real.

          Mesut Ozil yang sering diketepikan setiap kali El Clasico (untuk digantikan dengan defensive player) kali ini diletakkan berganding dengan Cristiano, menunjukkan keyakinan Real Madrid untuk menyerang, bukan lagi bertahan.

          Ozil yang terkenal dengan kehebatan mencari ruang, melepasi kawalan pertahanan untuk menerima bola sebelum menghantar through ball, melepasi Barca defence tepat ke dalam larian Cristiano Ronaldo. Cristiano mengakhiri serangan dengan “Calm Down” goal celebration.

          Hari itu, Cristiano Ronaldo, Mourinho & Real Madrid seal the La Liga crown dengan menundukkan their arch rival, Barcelona di halaman mereka sendiri, Nou Camp.

          Sweet revenge.



sumber : google, youtube, soccernet.com, espn

Tuesday, 25 December 2012

Bajet AFF2012




Banyak aku bajet bila Malaysia berjuang dalam AFF Suzuki Cup 2012 lepas.

Aku bajet Malaysia jadi lebih power hasil eksperimen Rajagobal yang telah memperjudikan FIFA ranking Malaysia sampai terseri hambar dengan Hong Kong dan Bangladesh.

Aku bajet Harimau akan mengganas v Singapura, misi balas dendam kepada kekalahan 6-4 (over two legs) pada 2011 yang menyaksikan Malaysia terkeluar daripada layak ke World Cup 2014.

Aku bajet Singapura tunduk respek kepada Harimau Malaya yang mendominasi match, mendabik dada sebagai juara bertahan AFF Suzuki 2010.

Aku bajet Malaysia gaaahhh di tempat sendiri, dan Singapura kecut dikepung ribuan ultras yang menggempitakan sokongan kepada HM.

Aku salah bajet, sebab Malaysia kalah 0 – 3. Dan Singapura mendominasi bola dan menguasai padang.

Ultras Maktras.

Jadi, aku bajet Rajagobal akan meminta maaf ataupun paling busuk pun mengatakan dia tak bajet kalah dengan Singapura.

Aku salah bajet, sebab Rajagobal memang bajet kalah dengan Singapura pun.

"Saya cuma menjangkakan kita kalah dengan keputusan 0-1 atau seri dengan pasukan Singapura," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut. (dipetik dari SinarHarian.com.my).

Hampeh punya coach.

Tapi aku masih menaruh harapan.

Aku bajet Malaysia bangkit seperti di AFF2010 dulu. Dulu pun, Malaysia dilaukkan Indonesia 5-1 sebelum menang the whole thing.

Berbalik kepada AFF2012, Harimau Malaya menang vs Laos (ini aku bajet betul. Hell, satu Malaysia pun bajet betul yang nih!). Dan mengalahkan Indonesia, finalis AFF2010 2 – 0. Nampak gaya macam betul-betul bangkit ala AFF2010.

Tetapi Malaysia tersangkut v Thai. Seri di KL dan kalah di Bangkok. Kedua-dua leg Thai mendominasi perlawanan. Sang (bekas) juara yang mengejar bayang - bayang.

Salah bajet lagi.

Aku bajet FAM akan amuk dan memecat Rajagobal. Secara logika bolalogis, seseorang coach boleh dikekalkan asalkan pasukan kendaliannya ada progress (kemajuan). Melihat kepada prestasi sekarang, prestasi Harimau Malaya adalah pada tahap menurun. Tiada progress.

2010 menang AFF. 2012 semifinalist.

2011 kalah kepada Singapura 4-6 di kelayakan WC2014, di Bukit Jalil seri 1-1. 2012 pun kalah kepada Singapura, di Bukit Jalil 0-3 (AFF2012).

2010 FIFA ranking 144. 2012 FIFA ranking 158.

Tetapi, bajet aku salah sekali lagi. FAM khabarnya mengekalkan Rajagobal untuk Piala Asia 2015.

Mangkuk hayun.