Wednesday, 6 March 2013

The best team lost?



Master Tactician



   Tiada siapa boleh mengagak first eleven Manchester Utd vs Real Madrid baru-baru ini. Rooney si anak emas Manchester United dan Kagawa yang mencipta hattrick last week tiada tempat di dalam kesebelasan utama. Valencia yang disebut-sebut sebagai pemain yang sesuai untuk membanteras Contraeo yang mengucar-kacirkan Man Utd pada pertemuan lepas, turut tidak diturunkan. Nani dan Giggs si evergreen yang diturunkan di sayap.

   Teka-teki kesebelasan utama Manchester Utd sedikit sebanyak mengejutkan Mourinho, yang memerlukan gol untuk terus memburu kejuaraan Champs League. Nani menyerang Arbeloa. Welbeck rapat dengan Xabi Alonso. Giggs cemerlang membanteras Contraeo, tidak seperti Rooney yang kerap tertidur di dalam first leg lepas. Cristiano Ronaldo dirantai Rafael. Satu-satunya pemain yang memperoleh ruang ialah Khedira. Tetapi dia bukanlah pemain kreatif yang boleh merencana permainan, tugasnya lebih kepada defensive cover dan ball winner. Tiada masalah untuk Manchester Utd membiarkan Khedira memegang bola.


   Manchester Utd mempelawa pressure daripada Real Madrid sebelum membuat counter attack. Xabi Alonso kerap melepaskan Welbeck daripada kawalan kerana terpaksa hold tengah ketika serangan balas Manchester Utd. Mujur Cesar si goalie Real Madrid bertindak superb ditambah dengan poor finishing daripada Welbeck.


   Starting strategi Sir Alex menjadi. Real menguasai possession tetapi Xabi dan Cristiano Ronaldo tumpul. Serangan balas Manchester Utd lebih mengancam.


   Di Maria pula cedera dan dikeluarkan Mourinho. Kaka menjadi ganti. Kaka ditempatkan di attacking midfielder sambil Ozil diletakkan di sayap kanan. Kehilangan Di Maria di sayap kanan dirasai kerana Ozil tidak mempunyai willingness untuk defend dan work rate seperti kuda. Dengan tiadanya Di Maria, Evra terbebas dan pengaruh Nani di sayap kiri makin terasa. Gol pertama terhasil dari low cross Nani.


   Selepas kad merah, Mourinho react dengan cepat. Terus dikeluarkan Arbeloa dan dimasukkan Modric. Khedira bermain sebagai wingback kanan. Welbeck diletakkan di tempat Nani untuk menjaga Khedira. Xabi terbebas dari Welbeck dan mula memberi kesan kepada permainan Real. Carrick dan Cleverley tidak terdaya mempertahankan kawasan tengah vs tiga pemain Real, Kaka, Modric dan Xabi. Sayangnya Van Persie tidak ditugaskan untuk closedown Xabi. Ruang yang tadinya diberikan kepada Khedira, kini dinikmati oleh Modric, pemain tengah yang lebih kreatif dan berbahaya. Gol penyamaan Real dijaringkan Modric.


   Betul-betul sebelum gol penyamaan Real, Mourinho yang kini mempunyai satu lagi subtitution option, sudah berkira-kira untuk memasukkan Karim Benzema. Tetapi, selepas gol itu, Karim diarahkan ke bangku simpanan kembali. Wise move.


   Gol kedua Real Madrid terhasil daripada low cross Higuain. Dua kali Higuain attempt membuat low cross. Pertama kali, tiada siapa yang menyambut. De Gea melepaskan bola ke garisan keluar. Kali kedua Ronaldo menyambut di far post untuk menghasilkan gol.


   Manchester Utd mulai terdesak dan menyerang gung ho tanpa berfikir tentang defence. Rooney, Ashley Young dan Valencia dicampak masuk. Cesar bertindak cemerlang. Dan Mourinho bijak memasukkan Pepe menggantikan Ozil. Pepe diletakkan di fullback kanan dan Khedira menjadi semula ball winner dan defensive cover di midfield. Usaha itu menguatkan pertahanan Real Madrid sehingga game tamat.


   “The best team lost”, kata Mourinho. Starting strategy Manchester Utd tepat dan serangan mereka nyata lebih mengancam. Tetapi kebijaksanaan dan kepantasan reaksi Mourinho menggunakan bangku simpanan memungkinkan Real memenangi perlawanan itu.


   The best team lost but the better tactician won.


sumber : beinsport.tv, footyroom, espnfc, google

No comments:

Post a Comment