Friday 22 February 2013

Gangster Milan


AC Milan 2 : 0 Barcelona
20 February 2013 
(San Siro, Milan)

AC Milan menang 2-0 vs Barcelona di dalam perlawanan first leg last 16 Champs League baru-baru ini. Kemenangan itu telah memberikan kejutan kepada pelbagai pihak. Apa yang istimewa sangat pasukan ini sehingga boleh menewaskan jagoan passmasters dari Catalan itu? Apa yang hebat sangat pasukan ini sehingga mengalahkan pasukan favorites yang dibarisi tiga pemain terbaik FIFA iaitu Messi, Iniesta dan Xavi?
Mana mau lari, Messi?

Apabila kita melihat perlawanan itu, ternyata kepermainan AC Milan lebih berkisar kepada efisiensi daripada skill. Tiga shots on target, tidak mendominasi bola malahan sukar untuk melihat Milan memegang bola dengan lama. Tetapi, apabila bola di kaki para pemain AC Milan, mereka cepat melakukan serangan dan selepas itu, kembali kepada bentuk asal. Rigid dan berdisiplin.

Faktor utama kekentalan AC Milan pada malam itu ialah barisan midfield pasukan itu. Rata-rata mereka tidak dikenali dengan keupayaan kreatif merangka serangan, mahupun skillful merencana permainan. Kebanyakan mereka defensive minded midfielders, terkenal dengan aggressiveness, work rate yang tinggi, combative dan bertenaga.

Mana mau lari, Xavi?

Ambrosini merupakan pemain yang mempunyai tackling stats tertinggi di dalam kejohanan Champs League musim ini, mengalahkan para centrebacks dan fullbacks. Purata per game, enam tackle dihasilkan oleh beliau. Allegri nampaknya menggemari Ambrosini. Beliau dikekalkan sementara pemain bertaraf bintang seperti Ronaldinho, Pirlo dan lain-lain dijual oleh Allegri.

Mana mau lari, Iniesta?
Muntari juga bukan pemain yang kreatif. Seperti Ambrosini, Muntari ialah seorang pemain yang combative dan berdisplin. Semasa vs Barcelona, beliau ditugaskan mengawal Xavi dan menjalankan tugasnya dengan baik. Sebagai direct opposition Xavi, Muntari bertindak bijak dengan running from deep sebelum menjaringkan gol kedua Milan, dengan Xavi tertarik ke kawasan yang aktif dengan bola.

Boateng yang selalunya bermain sebagai advanced midfielder, tidak mempunyai kepermainan kreatif dan skillful yang selalunya dikaitkan dengan pemain yang bermain di posisi tersebut. Sebaliknya beliau terkenal dengan kepermainan yang agresif dan bertenaga.


Malah, keagresifan beliaulah yang menamatkan karier antarabangsa Micheal Ballack dengan menghadiahkan ankle breaker.
Mana mau lari, Messi? (double cover, power sangat)

Jadi semua mata beralih kepada Montolivo untuk menjadi Milan’s creative spark di midfield. Betul, vision dan passingnya boleh dikatakan setaraf dengan creative midfielder di pasukan lain tetapi keupayaan defensif Montolivo turut mendapat perhatian. Di dalam kejohanan Champs League musim ini, beliau mempunyai tackling stats keempat tertinggi bagi seorang midfielder dengan purata 4.4 tackles per game dan ketujuh interception dengan 3.8 per game.

Dengan empat defensive-minded midfielders di dalam kesebelasan utama, AC Milan yang menang pada malam itu merupakan pasukan yang jauh berbeza dengan pasukan AC Milan yang menguasai arena 2000-an dulu, di mana pasukan AC Milan penuh dengan attacking midfielders dan creative playmakers. Kesebelasan utama AC Milan pada zaman itu wajib dibarisi sekurang-kurangnya tiga playmaker / attacking midfielder. Di sinilah bermula zaman kegemilangan midfield trio Pirlo, Seedorf dan Rui Costa kemudian Pirlo, Seedorf dan Kaka.

Setelah Allegri mengambil-alih tampuk pimpinan Milan, creative dan attacking midfielders semakin kurang mendapat tempat di dalam kesebelasan utama AC Milan. Sedikit demi sedikit mereka terhakis dan terus pupus setelah pemergian Ronaldinho, Pirlo dan Aquilani. Allegri mula membuat koleksi dengan pembelian / pengekalan Nocerino,
Nigel De Jong (yang terkenal sebagai pematah kaki Hatem Ben Arfa) dan juga Flamini (ex-defensive midfielder Arsenal).

Kecenderungan Allegri ini telah menukar AC Milan yang dulunya, pasukan yang bermain expansive passing game & penuh flair kepada sebuah jentera berpaksikan kepermainan direct passing game, combative dan bertenaga. Tiada lagi creative playmaker dan attacking midfielder di dalam pasukan AC Milan. AC Milan kini dikuasai gangster defensive minded midfielders.

sumber : google, guardian.co.uk, soccernet.com, bleacher report, espnfc.






No comments:

Post a Comment