Thursday, 28 February 2013

Tiki taka di takuk lama?

Barcelona 1 - 3 Real Madrid
26 February 2013
(Nou Camp, Barcelona)

Sementara orang rumah aku tengok Nora Elena, aku ingat nak update blog. Niat di hati nak ulas lebih mendalam pasal match El-Clasico Copa del Rey Semifinal second leg malam semalam. Malam Barca kena tapau dengan Real Madrid kat Nou Camp (lagi). Tapi cerita sama aje dengan Milan v Barca Champs League tempohari. Barca gila possession tapi penetration tarak. Real selesa defending dengan midfield close down dengan superb. Real counter pakai Cristiano Ronaldo. Habis cerita. 

Aku pun tak faham kenapa Roura tak kekalkan David Villa di depan seperti vs Depor baru-baru ini. Masa lawan Depor, David Villa occupy centrebacks, jadi Messi bermain in the hole bebas bikin onar. Malam tadi, dia sole striker / false nine. Ramos close down, Xabi tutup ruang serta Varane standby. Macamana nak hidup? Dah kena 2 baru masuk Villa, time tu Real sudah drop deep dan close shop. Real score pulak tu lagi sebijik. Tamat riwayat.

Congested midfield Iniesta (8) + Fabregas (4) + Xavi (6) + Busquets (16)

Seperti dalam gambar, aku rasa gameplay Iniesta dan Fabregas terlalu sama sampai tak ngam bersama. Keduanya dari kiri cut inside, pegang bola jauh dari kotak penalti dan malas run from deep. Nampak dari game v Milan lagi. Dah keduanya berkumpul satu tempat, jadi sempit. Senang player Real nak mark. Xavi dan Busquets lagi kat tengah tu, jadi congested pulak. Nak-nak Messi drop deep join mid. Sarat.

Patut sorang cut inside, satu stretch play. Sorang pegang bola, sorang lari penetrate defence. Sorang lagi boleh jaga belakang cantas counter attack. Sorang boleh occupy centrebacks lawan. 

Dulu zaman Pep, Messi false nine, Villa meluru masuk dari kiri. Pedro stretch kanan. Kawasan permainan expanded dan banyak ruang antara player boleh dieksploitasi. Real kena 0-5. Tapi itu dulu. Dulu lah. Sekarang lain.

Season lepas, Real bertemu Barca sebanyak enam (6) kali. Milan pula jumpa Barca sebanyak empat (4) kali. Tahun ini, Allegri dan Mourinho telah belajar dari pengalaman & kesilapan, terus membentuk kepermainan yang berkesan membendung Barca. Barca pula masih stuck dengan tiki-takanya.

Pernah aku dengar dari siapa aku tak ingat, Barca tahu bermain satu cara sahaja. Tiada plan B. Tiki-taka or die.

Now you die.

sumber : whoscored, google, espnfc

Friday, 22 February 2013

Gangster Milan


AC Milan 2 : 0 Barcelona
20 February 2013 
(San Siro, Milan)

AC Milan menang 2-0 vs Barcelona di dalam perlawanan first leg last 16 Champs League baru-baru ini. Kemenangan itu telah memberikan kejutan kepada pelbagai pihak. Apa yang istimewa sangat pasukan ini sehingga boleh menewaskan jagoan passmasters dari Catalan itu? Apa yang hebat sangat pasukan ini sehingga mengalahkan pasukan favorites yang dibarisi tiga pemain terbaik FIFA iaitu Messi, Iniesta dan Xavi?
Mana mau lari, Messi?

Apabila kita melihat perlawanan itu, ternyata kepermainan AC Milan lebih berkisar kepada efisiensi daripada skill. Tiga shots on target, tidak mendominasi bola malahan sukar untuk melihat Milan memegang bola dengan lama. Tetapi, apabila bola di kaki para pemain AC Milan, mereka cepat melakukan serangan dan selepas itu, kembali kepada bentuk asal. Rigid dan berdisiplin.

Faktor utama kekentalan AC Milan pada malam itu ialah barisan midfield pasukan itu. Rata-rata mereka tidak dikenali dengan keupayaan kreatif merangka serangan, mahupun skillful merencana permainan. Kebanyakan mereka defensive minded midfielders, terkenal dengan aggressiveness, work rate yang tinggi, combative dan bertenaga.

Mana mau lari, Xavi?

Ambrosini merupakan pemain yang mempunyai tackling stats tertinggi di dalam kejohanan Champs League musim ini, mengalahkan para centrebacks dan fullbacks. Purata per game, enam tackle dihasilkan oleh beliau. Allegri nampaknya menggemari Ambrosini. Beliau dikekalkan sementara pemain bertaraf bintang seperti Ronaldinho, Pirlo dan lain-lain dijual oleh Allegri.

Mana mau lari, Iniesta?
Muntari juga bukan pemain yang kreatif. Seperti Ambrosini, Muntari ialah seorang pemain yang combative dan berdisplin. Semasa vs Barcelona, beliau ditugaskan mengawal Xavi dan menjalankan tugasnya dengan baik. Sebagai direct opposition Xavi, Muntari bertindak bijak dengan running from deep sebelum menjaringkan gol kedua Milan, dengan Xavi tertarik ke kawasan yang aktif dengan bola.

Boateng yang selalunya bermain sebagai advanced midfielder, tidak mempunyai kepermainan kreatif dan skillful yang selalunya dikaitkan dengan pemain yang bermain di posisi tersebut. Sebaliknya beliau terkenal dengan kepermainan yang agresif dan bertenaga.


Malah, keagresifan beliaulah yang menamatkan karier antarabangsa Micheal Ballack dengan menghadiahkan ankle breaker.
Mana mau lari, Messi? (double cover, power sangat)

Jadi semua mata beralih kepada Montolivo untuk menjadi Milan’s creative spark di midfield. Betul, vision dan passingnya boleh dikatakan setaraf dengan creative midfielder di pasukan lain tetapi keupayaan defensif Montolivo turut mendapat perhatian. Di dalam kejohanan Champs League musim ini, beliau mempunyai tackling stats keempat tertinggi bagi seorang midfielder dengan purata 4.4 tackles per game dan ketujuh interception dengan 3.8 per game.

Dengan empat defensive-minded midfielders di dalam kesebelasan utama, AC Milan yang menang pada malam itu merupakan pasukan yang jauh berbeza dengan pasukan AC Milan yang menguasai arena 2000-an dulu, di mana pasukan AC Milan penuh dengan attacking midfielders dan creative playmakers. Kesebelasan utama AC Milan pada zaman itu wajib dibarisi sekurang-kurangnya tiga playmaker / attacking midfielder. Di sinilah bermula zaman kegemilangan midfield trio Pirlo, Seedorf dan Rui Costa kemudian Pirlo, Seedorf dan Kaka.

Setelah Allegri mengambil-alih tampuk pimpinan Milan, creative dan attacking midfielders semakin kurang mendapat tempat di dalam kesebelasan utama AC Milan. Sedikit demi sedikit mereka terhakis dan terus pupus setelah pemergian Ronaldinho, Pirlo dan Aquilani. Allegri mula membuat koleksi dengan pembelian / pengekalan Nocerino,
Nigel De Jong (yang terkenal sebagai pematah kaki Hatem Ben Arfa) dan juga Flamini (ex-defensive midfielder Arsenal).

Kecenderungan Allegri ini telah menukar AC Milan yang dulunya, pasukan yang bermain expansive passing game & penuh flair kepada sebuah jentera berpaksikan kepermainan direct passing game, combative dan bertenaga. Tiada lagi creative playmaker dan attacking midfielder di dalam pasukan AC Milan. AC Milan kini dikuasai gangster defensive minded midfielders.

sumber : google, guardian.co.uk, soccernet.com, bleacher report, espnfc.






Friday, 15 February 2013

Rooney hampir menempah maut Manchester Utd

Valentine's date with Contraeo

Real Madrid 1 : 1 Manchester Utd
13 February 2013
(Santiago Bernabeu, Madrid) 

Keputusan Sir Alex meletakkan Rooney di sayap kanan hampir membawa Man Utd ke liang lahad apabila direct opposition Rooney iaitu Contraeo dua kali meloloskan diri dan hampir menjaringkan gol. Gol penyamaan Real Madrid juga berpunca daripada hantaran lintang Di Maria yang tidak diclose-down dengan kadar segera oleh Rooney.

Exhibit 1 : Rooney bertindak suicidal apabila tertarik kepada skil Ronaldo sehingga meninggalkan Contraeo keseorangan di dalam kotak penalti (dalam bulatan). Untuk pengetahuan umum, Phil Jones telah ditugaskan oleh Sir Alex untuk double mark Ronaldo sepanjang game, jadi C Ronaldo sebenarnya sudah well covered. 

Percubaan Contraeo selepas itu terkena tiang.


Exhibit 2 : Untuk gol penyamaan hasil tandukan Ronaldo, Rooney terlewat untuk close down Di Maria, terus memberi ruang kepada Di Maria menghantar goal assist. Boleh juga dilihat jauh nun di sana, C Ronaldo yang power header berposisi one-on-one dengan Evra. Keputusan bijak Mourinho swap position Di Maria dengan Ronaldo.



Exhibit 3 : Kelihatan Rooney berada di hadapan Contraeo (perhatikan pasangan pemain ditandakan dengan noktah hitam) sebelum bola dilintangkan.


Exhibit 4 : Rooney terlambat react (ball watching) dan dipotong Contraeo. Rooney mula-mula macam nak kejar tetapi kemudiannya cuba beralih arah. Barangkali cuba untuk lari jauh-jauh dari tempat kejadian. Gaya Gangnam De Gea menyelamatkan keadaan.

Apapun, perlawanan berakhir dengan 1 : 1. Dengan berbekalkan satu away goal, Man Utd dilihat mempunyai kelebihan apabila bermain di tempat sendiri dan Real Madrid terpaksa menukar corak kegemaran untuk counter attack kepada corak probing mencari gol. Man Utd pula yang akan menunggu peluang untuk counter attack.

Berbalik kepada Rooney pagi tadi. Tidak dinafikan Rooney agak instrumental di bahagian serangan Man Utd. Corner kicknya tepat ke kepala Welbeck menghasilkan gol, dan beberapa lagi percubaan berbahaya ke gawang Real Madrid turut melibatkan Rooney.

Rooney OK, cuma posisi beliau yang perlu dirombak.

Kalau kekantoian Rooney menggalas defensive duties seorang sayap dapat dikesan oleh aku, apatah lagi di bawah mikroskop José Mário dos Santos Mourinho Félix.

Sir Alex, you have been warned!

kredit : footyroom, dailymail uk, google, youtube

Tuesday, 5 February 2013

Beza Messi dengan Nazmi Faiz




    
    Nazmi Faiz diberitakan balik bermain di Malaysia selepas baru sahaja bermain 6 bulan bersama Beira Mar di liga Portugal.

    Khabarnya, alasan Nazmi Faiz balik ke Malaysia ialah Beira Mar dilanda masalah kewangan gara gara Europe Financial Crisis. Gajinya dikatakan dalam lingkungan 500 Euro sebulan dan ia tak mencukupi. Dia terpaksa keluar rumah sewa dan menumpang rumah rakan sepasukan.


    Jadi, aku call lah Messi selaku pemain terhebat dunia, berborak bertanya khabar sambil cuba mendapatkan pandangan dia tentang kesusahan yang dialami oleh Nazmi Faiz ini. Ini komen dia.


I used to serve tea at a shop to support my football training - Lionel Messi



Peh! 



    Bagi aku, sayang sungguh  sudah dapat peluang bermain di luar Malaysia, Eropah lagi tu, tetapi tak sanggup berkorban lebih sikit. Tak mahu mencuba untuk adapt untuk hidup dan bermain di sana.


    Nazmi tanpa berlengah lagi terus balik Malaysia jadi jaguh kampung bergaji besar daripada cuba berusaha keras membuktikan dia berbakat besar di Eropah.


    Satu lagi produk yang gagal? Sama-sama kita lihat.