Master Tactician |
Tiada siapa boleh mengagak first eleven Manchester Utd vs
Real Madrid baru-baru ini. Rooney si anak emas Manchester United dan Kagawa yang
mencipta hattrick last week tiada tempat di dalam kesebelasan utama. Valencia yang
disebut-sebut sebagai pemain yang sesuai untuk membanteras Contraeo yang
mengucar-kacirkan Man Utd pada pertemuan lepas, turut tidak diturunkan. Nani
dan Giggs si evergreen yang diturunkan di sayap.
Teka-teki kesebelasan utama Manchester Utd sedikit sebanyak
mengejutkan Mourinho, yang memerlukan gol untuk terus memburu kejuaraan Champs
League. Nani menyerang Arbeloa. Welbeck rapat dengan Xabi Alonso. Giggs cemerlang
membanteras Contraeo, tidak seperti Rooney yang kerap tertidur di dalam first
leg lepas. Cristiano Ronaldo dirantai Rafael. Satu-satunya pemain yang
memperoleh ruang ialah Khedira. Tetapi dia bukanlah pemain kreatif yang boleh
merencana permainan, tugasnya lebih kepada defensive cover dan ball winner.
Tiada masalah untuk Manchester Utd membiarkan Khedira memegang bola.
Manchester Utd
mempelawa pressure daripada Real Madrid sebelum membuat counter attack. Xabi
Alonso kerap melepaskan Welbeck daripada kawalan kerana terpaksa hold tengah
ketika serangan balas Manchester Utd. Mujur Cesar si goalie Real Madrid
bertindak superb ditambah dengan poor finishing daripada Welbeck.
Starting strategi Sir Alex menjadi. Real menguasai
possession tetapi Xabi dan Cristiano Ronaldo tumpul. Serangan balas Manchester
Utd lebih mengancam.
Di Maria pula cedera dan dikeluarkan Mourinho. Kaka menjadi
ganti. Kaka ditempatkan di attacking midfielder sambil Ozil diletakkan di sayap
kanan. Kehilangan Di Maria di sayap kanan dirasai kerana Ozil tidak mempunyai
willingness untuk defend dan work rate seperti kuda. Dengan tiadanya Di Maria, Evra
terbebas dan pengaruh Nani di sayap kiri makin terasa. Gol pertama terhasil
dari low cross Nani.
Selepas kad merah, Mourinho react dengan cepat. Terus
dikeluarkan Arbeloa dan dimasukkan Modric. Khedira bermain sebagai wingback
kanan. Welbeck diletakkan di tempat Nani untuk menjaga Khedira. Xabi terbebas
dari Welbeck dan mula memberi kesan kepada permainan Real. Carrick dan Cleverley
tidak terdaya mempertahankan kawasan tengah vs tiga pemain Real, Kaka, Modric
dan Xabi. Sayangnya Van Persie tidak ditugaskan untuk closedown Xabi. Ruang
yang tadinya diberikan kepada Khedira, kini dinikmati oleh Modric, pemain tengah
yang lebih kreatif dan berbahaya. Gol penyamaan Real dijaringkan Modric.
Betul-betul sebelum gol penyamaan Real, Mourinho yang kini
mempunyai satu lagi subtitution option, sudah berkira-kira untuk memasukkan
Karim Benzema. Tetapi, selepas gol itu, Karim diarahkan ke bangku simpanan
kembali. Wise move.
Gol kedua Real Madrid terhasil daripada low cross Higuain. Dua kali
Higuain attempt membuat low cross. Pertama kali, tiada siapa yang menyambut. De
Gea melepaskan bola ke garisan keluar. Kali kedua Ronaldo menyambut di far post
untuk menghasilkan gol.
Manchester Utd mulai terdesak dan menyerang gung ho tanpa
berfikir tentang defence. Rooney, Ashley Young dan Valencia dicampak masuk. Cesar
bertindak cemerlang. Dan Mourinho bijak memasukkan Pepe menggantikan Ozil. Pepe diletakkan di
fullback kanan dan Khedira menjadi semula ball winner dan defensive cover di
midfield. Usaha itu menguatkan pertahanan Real Madrid sehingga game tamat.
“The best team lost”, kata Mourinho. Starting strategy
Manchester Utd tepat dan serangan mereka nyata lebih mengancam. Tetapi
kebijaksanaan dan kepantasan reaksi Mourinho menggunakan bangku simpanan
memungkinkan Real memenangi perlawanan itu.
The best team lost but the better tactician won.
sumber : beinsport.tv, footyroom, espnfc, google