Jadi, Tan Sri Annuar Musa digantung 30 bulan. Di atas
kesalahan membuat statement yang negatif ke atas performance skuad kebangsaan
kita yg kian merudum.
Get it? Beliau membuat statement negatif, ke atas
persembahan negatif, skuad kebangsaan kita.
Silap TSAM juga.
Sepatutnya, TSAM membuat statement yang positif ke atas
persembahan negatif skuad kebangsaan kita. Timang-timang dan lambung-lambung. Kemungkinan
besar beliau tidak digantung, malah mungkin akan dicalonkan menjadi successor (pengganti) Presiden FAM kita, Sultan Bola. Timbalan dah tuuu.. (so near, yet so far?)
Cuba lihat Timbalan Presiden sekarang, Tengku Bola. He is
pushing the right buttons. Baginda (Tengku Bola) selalu membuat statement
positif ke atas skuad kebangsaan kita. Walau macamana hampas pun persembahan
skuad kebangsaan kita.
Silap TSAM juga.
Dengan kapasiti beliau sebagai orang bola berpengaruh di
Kelantan dan memegang jawatan Timbalan Presiden FAM ketika itu (sampai semalam),
beliau berkeputusan memakai Facebook dan media untuk menghentam persediaan skuad
kebangsaan.
Apa barang?
Ibarat awek cun depan mata, senyum senyum kat aku. Tapi aku
reverse ke belakang, carik PC yg ada internet dan login FB. Click profile awek tadi pastu send message mintak nombor
telefon. FB account awek tu pun gua dapat daripada tea-lady.
Apa barang weh?
Kalau aku TSAM, aku panggil itu D Rajagobal masuk bilik aku
yang naik habuk kat Wisma FAM tu. Kasi hair-dryer treatment. Pakai hailer tekap
kat telinga dia. Baling boot bola kena sipi sipi kening dia. Hentak meja dengan
skittle. Tonjol bola ke tengah perut. Kasi putih semua rambut D Rajagobal yg
silver silver tu. Baru betul.
Entahlah. Mungkin kerana PRU nak dekat, TSAM cuba untuk menonjolkan
sifat pejuang di mata media terus ke hati rakyat. Aku kata mungkin. Dan itu
cerita lain.
Tapi jangan ingat aku ni pendokong Presiden FAM pulak. Aku
kungfu kick dada nanti. Aku memang TIDAK menyokong apatah lagi mendokong jawatan
Presiden FAM disandang oleh Sultan Bola. Bukan sebab Sultan Bola tu tak pandai
mengurus pasukan bolasepak. Bukan sebab Sultan Bola tiada
pengalaman bermain bola sepak. Bukan.
Sebabnya, apabila seseorang kerabat diraja merendahkan
martabatnya memegang jawatan di dalam organisasi awam spt FAM misalnya, kerabat
diraja itu perlu bersedia untuk diadili, ditegur, ditandingi juga perlu
menghadap kuasa yang lebih tinggi daripada organisasi itu, FIFA contohnya.
Yang aku kesalkan ialah, Sultan Bola bukan sahaja tak
bersedia merendahkan diri baginda, tetapi baginda siap menukar kerusi Presiden
FAM itu menjadi singgahsana Istana. Jawatan Presiden FAM sekarang seolah olah
dianggap sebahagian daripada institusi diraja di mana jawatan tersebut tidak
boleh ditandingi, ditegur ataupun diadili.
Terus, jikalau ada berlaku kebangsatan kerja ataupun
ketidakcekapan berlaku di kalangan orang orang bawahan baginda di FAM, mereka
pakat menyorok di belakang jawatan Presiden FAM itu, yang kini sacred.
Macamana nak tegur apatah lagi tebas lalang lalang yang tak
berguna ini?
Dan lagi, apabila berlakunya kejadian yang memerlukan bantuan
/ kerjasama daripada AFC, FIFA ataupun FA negara - negara lain, Presiden FAM
selaku kepala organisasi tak pandai menghadap dan merendahkan diri meminta
bantuan / kerjasama dan sebagainya.
Rakyat yang menghadap Sultan. Manalah reti Sultan menghadap -
hadap ni?
Aku pun terdengar cerita yang FAM ni punyalah takde duit
sampaikan Sultan Bola ni mengeluarkan duit baginda sendiri untuk menaja program - program FAM, seperti penghantaran skuad Olimpik negara ke Slovakia.
Boleh jadi, Presiden FAM mengekalkan jawatan di atas sebab budi
menaja FAM, dan bukannya dinilai dari segi prestasi kerja dan pencapaian
sebagai organisasi as a whole.
Ampun Tuanku beribu ampun, kami menghormati Tuanku sebagai
Sultan. Tetapi sebagai Presiden FAM, Tuanku menjalankan tugas dengan hampas
sekali.
Tuanku sepatutnya membawa naik nama bolasepak Malaysia
setaraf dengan martabat cemerlang institusi beraja Tuanku bukannya membawa naik
hak istimewa institusi beraja ke dalam bolasepak.