Oink? |
Sehubungan dgn itu, FAM membuat komen bangang.
Dari Utusan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan badan yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memerangi gejala rasuah bola sepak di negara ini, kata Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad.
Beliau sebaliknya berkata, skandal rasuah bola sepak adalah satu kesalahan jenayah dan ia adalah di bawah bidang kuasa siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"FAM hanya boleh menghukum pesalah, sama ada pemain atau jurulatih, apabila mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap pesalah itu,” katanya.
Wahai Tuan Tuan FAM,
Tak semestinya memerangi rasuah bermaksud menghukum sahaja. Banyak lagi cara lain la FAM lembab.
Membuat kempen kesedaran seperti FIFA membuat kempen anti perkauman "Kick Out Racism", educate players, ref, coaches etc, create awareness kepada semua, kelas moral & work ethics kepada pemain pemain, menyediakan saluran yang mudah utk melaporkan rasuah, menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang melaporkan rasuah, bekerjasama dengan SPRM menyediakan pegawai anti-rasuah untuk setiap team bagi membantu & memantau.
Mengelakkan & memberi kesedaran awal awal adalah lebih baik dari dah terkena, baru nak bertindak & menghukum.
Ada tak kau buat cara cara ini wahai FAM bebal?
Lagi komen bangang dari FAM. "Persatuan Bolasepak Negeri sepatutnya memberi maklumat secukupnya mengenai kesalahan memakan rasuah bolasepak menerusi penerangan SPRM negeri negeri."
Sekarang pandai kau taichi kerja ini Persatuan Bolasepak Negeri Negeri dan SPRM negeri negeri.
Kalau FAM menganggap gejala rasuah ini serius, sepatutnya kesedaran dan penyampaian maklumat bermula dari peringkat tertinggi, barulah ia menjadi rasmi dan menyeluruh. Setakat menyerahkan tanggungjawab bulat bulat kepada persatuan negeri menunjukkan bahawa anda pemalas atau pun mengambil mudah gejala ini.
Dah tu, kau selaku induk buat apa? Hukum sahaja?
You never learn do you? Bangang.
sumber : utusan.com.my, google.com