Wednesday, 4 January 2012

Cerita Malaysia TIDAK ke Piala Dunia 2014 Part 2

Sambungan dari Cerita Malaysia TIDAK ke Piala Dunia Part 1

Seperti yang dijangka, prediction aku jauh ke laut. Sharbinie tetap diturunkan dan bolos 5 gol. Ismail Faruki (who?) bertindak sebagai attacking midfielder yang sepatutnya menjadi link di antara midfield dengan striker, tetapi he was dreadfully taik dlm match ini. Anonymous throughout the first half. Aku nampak dia time jadi benteng free kick je. Kalau letak Baddrol pun lagi bagus, lebih energy dan urgency.
Tinggal kenangan

Dalam Sukan Sea 2011 baru baru ini, Baddrol membuktikan prestasi cemerlang di posisi Ismail Faruki ini seolah - olah menconteng “In Your Face!” di muka Rajagobal kerana menggugurkan dia daripada kedua dua match vs Singapore ini.

Fakhri Saarani di wing kanan kurang efektif. Dia bermain one dimensional dan tidak memberi defensive cover di depan Mahali. Dia jadi lupa diri, ingat dirinya striker. Sama juga boleh dikatakan kepada Ismail Faruki. Keduanya mengabaikan defensive duties sepanjang game. Safiq dan Amar mengemudi tengah sentiasa dioverrun oleh midfield trio Shahril, Haris & Mustafiq yg lebih energy & strength. Mereka selamba membuat simple triangle passes untuk melepasi centre of midfield kita yg laid back & statik. In which, meninggalkan back four kita terdedah kepada serangan Singapore baik dari tengah, flanks ataupun set piece. Ball watching berleluasa. Main culprit = Ismail Faruki, Fakri Saarani, Amar dan Safiq. Harimau Malaya kena tibai 4 – 1 sebelum half time.

Gol ketiga Singapore. Mustafiq membuat larian sambil dilihat 5 player Malaysia

Gol keempat. Cuba lihat Amar & Safiq ball watching dan Hariss (14) & Jia Yi bypass mereka unmarked.

Rombakan berlaku di half time. Ismailnymous Faruki digantikan dgn Amirulhadi. A clear indication yang taktik Rajagobal menurunkan Ismail tidak menjadi malah backfired. Fakhri berpasangan dengan Safee di depan. Kuna di flank kiri & Amirulhadi di flank kanan sambil tengah Safiq & Amar terus diberi kepercayaan. Belum sempat kita melihat kesan rombakan ini, Safiq dilayangkan kad merah. Mungkin di atas frustration kerana kurangnya mendapat bola (3 vs 2 di midfield) atau pun tensi kena hairdryer treatment dari Rajagobal kerana ball watching. Juga pembuktian bahawa Safiq memang agak kurang defensive qualities.

Rombak lagi. Amirul di tengah bersama Amar. Fakri cover kanan. Amirul patut diberi pujian kerana menghidupkan tengah dengan work rate & energynya. Lagipun, dia masih fresh berbanding midfielders Singapore. Another thing is his adaptability. Dia pernah bermain untuk Malaysia di right back, right wing dan sekarang di tengah pula.

Player Singapore pula red carded menjadikan 10 vs 10. Akhirnya, uneffective Fakhri keluar digantikan Hadi. 6 minit kemudian, Hadi scored. Diikuti dgn gol Safee. 4 – 3. Malaysia kerugian 60 minit dan 4 gol sepanjang beradanya Ismail Faruki & Fakhri Saarani di atas padang. Jika mereka tidak diletakkan dlm kesebelasan utama, mungkin berbeza keputusan perlawanan ini. Mungkin berbeza tajuk post ini.

Perlawanan berakhir 5 – 3.

2nd leg di Bukit Jalil. 90 000 fans turun stadium untuk menyaksikan “kebangkitan” Harimau Malaya. 2 gol defisit dilihat sebagai tidak mustahil. Apatah lagi di tanah tumpah darahku. Rajagobal sendiri mengatakan mereka akan cuba yg terbaik di dalam perlawanan ini.

Akhirnya Khairul Fahmi diberikan kepercayaan menggalas tugas goalie (cukup cukuplah tu dengan Sharbinie). Aidil yg baru sangat pulih dari kecederaan diturunkan bersama Shas di bahagian centreback. Safee & Hadi di bahagian serangan. Ismail Faruki masih diberi kepercayaan untuk mengganti peranan Safiq yang digantung perlawanan. Amar Rohidan menjadi pasangannya di midfield. Amirulhadi di flank kanan dan Kuna di flank kiri. Sayang sekali Baddrol, Ashaari dan Gurusamy memanaskan bangku simpanan.

Kalau aku diberi peluang memilih kesebelasan utama, aku akan pakai 4-3-3. Midfield trio aku letak Amar di bahagian bawah sekali. Diapit Baddrol & Amirul. Amar kerja senang. Short pass kepada 2 midfield tadi atau sideway passes kepada winger kanan Kuna atau kiri Ashaari. 2 midfielder tadi will provide energy & juga pressing di bahagian tengah. Menjadikan central midfield battle yg sengit daripada menyerah longlai seperti di Singapore. Safee menjadi top striker.

Singapore tidak begitu banyak menyerang sepanjang permainan. Mereka fokus kepada maintaining possession di tengah dan defence drop deep utk menidakkan ruang untuk Safee & Hadi. Singapore juga mengamalkan time wasting tactic dan lebih kepada counter attacking. To them, the job was done in Singapore. To make it worse for Malaysia, penggunaan dua central midfielders in Amar & Ismail Faruki was outnumbered berbanding 3 Singapore midfielders. Macam biasa, mereka bermain simple triangle around them, tetapi kali ini, mereka maintain position dan menyerahkan tugas menyerang kepada Duric dan 2 wide forward mereka, Qiu Li & Jia Yi. Menembusi tengah Singapore menjadi lebih sukar.

Ismail Faruki was useless in midfield (again). Selalu hilang bola and starved off the ball. The only player Malaysia yg banyak mendapat bola ialah Amar. Sebagai DM, dia drop deep dan kutip bola dari defence. Tiada midfielder dari Singapore yg rapat dengan Amar. Sing midfielders ingin maintain positioning discipline untuk mengurangkan risiko diserang ketika out of position. Jadi, Amar mendapat a considerable amount of time on the ball dan hantarannya juga kemas. The only problem is, dengan posisi dia yang jauh dari kotak penalti lawan, his ball retention & circulation tidak membahayakan pihak lawan pun.

Walaupun Singapore kurang menyerang, tapi when they did, memang amat berbahaya. Defence kita memang goyang. Shas & Muslim are still young kata Rajagobal. Dah tu berapa ratus established players kat Malaysia ni kau tak pilih pulak? Aidil terpaksa dikeluarkan seawal minit ke 22 kerana injury. Another unnecessary risiko yang diambil oleh Rajagobal. Dia terpaksa mengorbankan satu substitution option dengan membawa masuk Muslim.

Mujur Khairul Fahmi bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya dari Singapore. Seolah olah menconteng “In Your Face!” di muka Rajagobal kerana menggugurkan dia daripada match di Singapore lepas.

A rare opportunity terbit pada minit ke 55, Amar's pass split the midfield, terus ke Kuna yg cut inside. Kuna worked the ball (dan dikasari player Singapore) to the right di mana Safee menunggu. Safee merembat masuk. Play to the whistle sound ref kepada player Singapore yang komplen. Gurusamy dibawa masuk menggantikan Ismail Faruki yg taik dengan harapan boleh inject energy di tengah. Pelik. Kenapa tak pakai Baddrol yg lebih ofensif? Bukankah kita sedang mengejar 1 gol lagi?

Midfield Singapore mula drop deep & memperketat kawalan selepas bolos gol. Walaupun kita enjoy possession in the latter stages, tetapi jentera serangan terus ditaikkan dengan kesukaran mendapatkan ruang between the lines & kesusahan menembusi the midfield trio & back four yang berdisplin.

Minit ke 72, keeper Singapore melancarkan long ball kepada Duric yang flick it on to Jia Yi. Jia Yi coolly finishes off harapan seluruh rakyat Malaysia. As simple as that, kempen WC 2014 Malaysia berakhir. The damage was done at Singapore tempohari dan Malaysia gagal bangkit dari kekalahan itu. If only they keep it tight at Singapore and bash them kat Bukit Jalil.


"I know my players"
“From day one I’ve said our objective is the Asia Cup (2015)." Alasan Rajagobal di atas kegagalan Malaysia di kempen World Cup 2014 ini. Terus menunjukkan kepada rakyat Malaysia yang bukan bodoh bahawa Piala Asia itu lebih penting daripada Piala Dunia.

Wartawan cuba menimbulkan tanda tanya kenapa Khairul Fahmi tidak terpilih beraksi dalam 1st leg match di Singapura.

“When you look throughout the match, you cannot just blame the goalkeepers because we have to collectively take the blame (for the loss)”, Rajagobal beralasan.

No sir. The blame is on you!


Malaysia masih belum pernah layak ke Piala Dunia sejak 40 tahun mencuba.


Kredit kepada CMTKPD dan Lucius Maximus (penulis CMTKPD).
Gambar gambar ihsan CMTKPD, youtube, google, sokernet.com, 1goals.com dan astro arena.

Tuesday, 3 January 2012

Cerita Malaysia TIDAK ke Piala Dunia 2014 Part 1

Seperti yg kawan kawan sedia maklum, aku telah membeli buku “Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia” bagi menghabiskan saki baki 2011. Secara ringkas, buku ini memuatkan kisah 40 tahun perjuangan gagal Harimau Malaya ke Piala Dunia. Padat dengan fakta dan informatif, sesuai untuk penyokong tegar bolasepak negara, juga boleh dijadikan rujukan penting untuk sejarahwan Malaysia.

Selaras dengan tamatnya pembacaan, aku pun rasa terpanggil untuk menaikkan post berkenaan dgn Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia (CMTKPD). Hehehe..

Tetapi, post ini bukanlah satu book review yg mengharumkan nama buku ini atau pun  review yang menjulang kehebatan penulis buku ini. Review sebegitu sudah bersepah di luar sana (and rightly so). Post ini lebih kepada percubaan melihat kegagalan Harimau Malaya on one particular occasion secara lebih terperinci. Kegagalan Malaysia baru baru ini. Gagal ke Piala Dunia 2014.

Kempen ketidaklayakan Piala Dunia 2014 patut diberikan perhatian yg lebih mendalam kerana Harimau Malaya memulakan kempen sebagai Raja Bolasepak Asia Tenggara dengan terkalungnya Emas Sukan Sea 2009 & trofi AFF 2010. Ramai menganggap inilah detik permulaan kebangkitan Harimau Malaya. Ramai yang merasakan inilah saat terbaik untuk kita layak ke Piala Dunia. Reputasi gah sebagai jaguh rantau Asia Tenggara memberikan rakyat Malaysia sebesar besar harapan.

Harapan yang palsu.

Kempen bermula dengan bertemu Taiwan yg berkedudukan ke 40 berbanding Harimau Malaya di tangga 28 seluruh Asia. Atas kertas pun kita sudah menang. Tetapi di atas padang, jangkaan menang selesa sebenarnya meleset. Malah, tak menang pun, seri agregat 4 - 4 dan layak di atas perbezaan gol di tempat lawan.

First leg vs Taiwan, di Stadium Nasional Bukit Jalil. Seawal minit ke 27 Rajagobal merombak permainan dengan membawa masuk Hadi seorang striker, menggantikan Helmi seorang rightback. Amirulhadi pula menjadi right back, Kuna change flank ke kanan, sambil Baddrol bermain as winger kiri. Hadi berpasangan Safee di atas. Ini satu rombakan yg besar. Dengan timing yg sungguh awal, rombakan ini menunjukkan Rajagobal sudah tersilap percaturan first elevennya.

Amirulhadi sebagai rightback menjadi tanda tanya. Kenapa tak memasukkan Mahali? Apa pun, attacking Malaysia kembali bertenaga dan seminit selepas itu gol pertama menyusul. Kedua pemain yang dirombak posisi mereka iaitu Kuna & Hadi membantu dalam jaringan gol Safiq.

Defensively, percaturan meletakkan Amirulhadi di right back membawa padah apabila gol Malaysia bolos berpunca dari a simple throw-in di flank kanan Msia. Akan tetapi, Malaysia tetap membawa bekalan 2-1 ke Taiwan.

Oleh sebab kita ada advantage satu gol dan juga bertandang ke tempat lawan, aku menjangkakan Malaysia bermain dgn 4-5-1 dengan Norshahrul top striker (Safee injured). Sambil kita bertahan dan soak up pressure dari Taiwan, kita boleh melakukan counter attack yg pantas dengan permainan winger & pace Norshahrul. Juga menguatkan central midfield dengan tiga players dan melepaskan Safiq utk dictate play.

Tetapi, jangkaan aku silap kerana aku bukan Rajagobal. Dia tetap mempertaruhkan 4-4-2 dengan 2 top striker (Norshahrul & Hadi) dengan wingers Amirulhadi & Kuna. Tengah dikemudi Safiq & Amar. A very attacking side tetapi vulnerable at the back. Kat tempat lawan pulak tu. Suicidal org putih kata.

Jadi, banyaklah peluang yg terhasil samada utk Taiwan & Malaysia. Awal awal Harimau Malaya tampak garang tapi over time, dengan kelebihan bermain di tempat sendiri, desakan untuk mencari gol serta lack of defensive cover dari midfield kita, Taiwan mengalahkan Malaysia 3 – 2. Tetap Malaysia layak ke pusingan seterusnya dengan perbezaan gol di tempat lawan.

Berbincang dari sudut taktikal, pelan Rajagobal sebenarnya tidak menjadi. Rajagobal mempertaruhkan dua striker untuk mencari gol tetapi kedua striker kita off-form. Banyak peluang disia siakan terutamanya Norshahrul. Dua striker di atas menyebabkan kita lack bodies di bahagian lain, terutamanya midfield. Safiq bertindak sbg playmaker hanya berminat utk menyerang and is lacking in defensive qualities. Amar Rohidan, defensively sound tetapi agak laid back bagi seorang DM yang menggalas tugas untuk cover the whole center by himself. Tiada energy di tengah. Kelibat Baddrol langsung tidak kelihatan.

Jadi, balik ke Malaysia, Rajagobal perlu membaiki banyak kelemahan sebelum bertemu seteru utama di seberang tambak, Singapura. Defence is leaking goals. Tonggak defence, Aidil, mengalami kecederaan. Norshahrul juga injured. Sharbinie was shaky. He is lacking on command of area & communication dengan back four. Ball watching menular ke seluruh team.

Lihat bagaimana satu player Taiwan boleh melepasi 6 player Malaysia.

Chanturu, Safiq dan Amar ball watching. Aidil cuba tackle.

Mahali pula cuba tackle lemah (takut penalti). Shas cuba cover belakang. Eventually, Sharbinie akan dive dan mengasari player itu untuk memberikan penalti kepada Taiwan.

Sebelum game vs Singapore, aku predict yg Khairul Fahmi akan mengambilalih tugas goalkeeper. Muslim tampal tempat Aidil. Menyedari barisan pertahanan yg mudah bocor juga muda (inexperienced, kata Rajagobal), mungkin central mid kita lengkapkan dengan 3 pemain. Guru, Amar dan Safiq. Ini juga langkah precaution kerana kita bermain di tempat lawan dahulu. Kita contain mereka di tanah Singapore, kemudian robek mereka di Bukit Jalil, di depan 90k Harimau Malaya fans nanti. Dengan Guru & Amar menjadi defensive cover di depan pertahanan, Safiq sedikit sebanyak menjadi bebas daripada dibebani defensive work utk dictate tempo game & melancarkan serangan balas. Kuna di flank kiri dan Amirulhadi flank kanan akan provide energy untuk mengkucar kacirkan flank lawan, juga sebagai defensive cover di hadapan full backs. Safee yg kembali dari kecederaan akan tampil sebagai sole striker (Norshahrul pula injured). Mahali perlu lebih berhati hati bila bola di kaki. Dan budaya ball watching perlu dibanteras.

Bersambung ke Part 2

Friday, 30 December 2011

Sukeatiaku End of Year 2011 Awards

Entry ini aku cross-post dari Facebook Notes aku. Aku dah malas nak pakai FB Notes. So, ini FB Notes yg terakhir (!).

Blog ini pula yang akan menyambung keghairahan aku menulis (taip), mostly mengenai dunia bolasepak.

Kalau badminton main pakai kaki, sudah lama aku banyak menulis (taip) pasal badminton juga.

Demi mengekalkan tradisi seperti akhir tahun lepas, berikut ialah senarai penerima Sukeatiaku Award untuk tahun 2011.

Jia Yi scores @ Bukit Jalil (source : Google)


  • Best football moments : Sea Games Final Malaysia vs Indonesia, Barca Man Utd @ UCL Champs Lge Final, Uruguay in Copa America.

  • Taik moments : Harimau Malaya focusing on Asian Cup rather than World Cup. 2nd, Harimau Muda focusing on Sea Games rather than Olympics. John Terry & Luis Suarez racist remarks.

  • Overachievers : Levante.

  • Pin-drop silence goal : Jia Yi goal vs Msia in front of 90k Harimau Malaya fans @ Bukit Jalil (WC Quals).

  • Unbeaten : Sepp Blatter.

  • Shock of the year : Man Utd & Man City out of Champs League.

  • Rogol of the Year (team) : Man Utd down 6 - 1 @ Old Trafford. Second, 8 - 2 defeat of Arsenal

  • Transfer of the Year : Pirlo to Juventus, Demba Ba to Newcastle, Aguero to Man City.

  • Flop of the Year : Fakhri Saarani, Torres, Andy Carroll.

  • Villain of the Year : FAM, Sepp Blatter, Rajagobal, Luis Suarez, John Terry.

  • One man team : Arsenal's RVP.

  • Big Match player : Messi.

Kepada yang tidak menang, boleh cuba lagi tahun hadapan.

Tak sabar nak tunggu tahun baru 2012. Liga Malaysia dah nak start. European transfer window dah nak terbuka. Thierry Henry mungkin main untuk Arsenal. Ancelotti pergi PSG. African Cup of Nations (Egypt 4?). February nanti last 16 UEFA Champs League nak bermula. Habis musim kelab, ada Euro 2012 pulak.

Best!

Selamat Tahun Baru 2012, untuk semua!!

Saturday, 24 December 2011

Justice for Luis Suarez 7?


1) Semasa perlawanan Man Utd vs Liverpool baru baru ini, Luis Suarez dikatakan membuat racist remarks (or slur, abuse or whatever you want to call it) kepada Patrice Evra.

2) Kalau kita boleh recall match tersebut, Patrice Evra was clearly annoyed / bermuka tak puas hati kat Suarez sehinggakan Evra bertindak kasar kepada Suarez dan ref terpaksa meredakan pasangan itu lebih dari satu occasion.

3) Evra was so annoyed sampai dia file official complaint & mengadu kepada media yg Suarez taunt him more than 5 times during the game. Dia juga mengatakan ref juga tahu perkara ini.

4) Suarez juga mengaku tetapi his defence was nama panggilan itu normal back in his country (Uruguay).

5) Selepas perbicaraan membabitkan keterangan dari Evra, ref, linesman & Suarez, FA England slap an 8 game ban + fine kepada Suarez.

6) Liverpool tersentak & unite support Suarez siap pakai baju Justice For Luis Suarez 7 semasa warm up di Wigan.

7) Rakan rakan sepasukan juga senegaraan seperti Gus Poyet mempotretkan Luis sebagai seorang yang tidak racist & berjiwa rakyat majmuk.

8) Malah tidak dinafikan di atas padang, Luis adalah antara forward yang bagus, passionate & berwork rate tinggi. Juga mempunyai confidence, pace & intelligence to take on defenders.

9) Lantak lah engkau player bagus pun, ataupun kau dah biasa panggil macam tu kat tempat engkau ataupun satu kelab backing kau, tak semestinya kau boleh buat sewenang wenangnya kat negeri orang.

10) Bila ada pekerja renovation datang rumah kau yang bukan perokok. Lepas tu pekerja tu selamba pasang rokok depan kau. Apa kita buat? Bila kita sound, boleh pulak dia kata kat rumah dia isap rokok rilek je. Perfectly normal.

11) Kepala hotak pekerja renovation itu.

12) Betul, aku setuju yg Luis Suarez bukan racist. Malah mungkin dia seorang yg berperikemanusiaan & berjiwa lembut. Tetapi, itu tidak bermakna dia innocent.

13) Alasan tidak tahu kenapa tak ambik tahu? Mana pergi managernya? Mana pulak pergi pegawai liason Liverpool utk foreign players? Makan gaji butakah?

14) Ini bukan pasal racial remarks sahaja. Ini pasal respecting the country & culture where you are working in.

15) Aksi players Liverpool memakai baju Justice for Suarez untuk tatapan dunia juga dikesali. Seolah olah kelab ini membenarkan perbuatan ini, samada the racial slur ataupun the disrespect to the local culture. Malah nampak macam lagi sokong & menggalakkan perbuatan "tidak tahu" ini. Shocking and just plain wrong!

16) Dalam pada itu, aku juga bersetuju yang hukuman 8 game ban agak berat. Untuk first timer yg "tak tahu", 5 cukup lah kot provided an official apology from Suarez.

17) Maybe after Luis' appeal & apology ada chance utk dikurangkan ban ini. But then again, maybe ditambah lagi dengan hukuman FA di atas middle finger salute ini kepada Fulham fans.

18) Jangan pulak cakap ini juga normal kat negara kau, aku tendang kang.


19) Aku juga nak tengok samada John Terry jika disabit bersalah, akan dijatuhkan hukuman yg sama dengan Suarez atau tidak? Kalau hukuman Terry lebih ringan, FA England pun gila babi racist jugak.

20) And justice for all..












Gambar koyak tampal ihsan dailymail.co.uk, guardian.co.uk, reuters, EPA dan encik Google.

Tuesday, 20 December 2011

Sila beri Tunjuk Ajar

Salam rakan rakan.

Ayat di atas merasmikan blog ini.

Harap harap ayat mesra di atas memulakan langkah kanan kita dalam perkongsian pendapat pendapat & cerita ceriti di dalam situasi yg terkawal dan di dalam suasana yg positif.

Moga moga, blog ini bukan setakat hangat hangat tahi ayam atau sekadar melepaskan kentut di dalam lif. 

Mudah mudahan pembaca pembaca janganlah kutuk melampau sangat. Hati ini sangat sensitif.

Blog ini adalah spin-off dari kekecewaan saya terhadap Facebook Notes yg selama ini merupakan pain-in-the-ass tiap kali saya nak mempublish notes baru. I hope, memblog di sini akan jadi lebih mudah. 

Ayat pertama yg mesra & post pertama yg penuh harapan.


Sila beri tunjuk ajar.


Dari saya yg lutut gigil dalam memblog.



kredit kepada brader Kamarul yg bukak kan pintu.