2013 Confederations Cup Winners |
Brazil membenam Spain 3-0 terus menjulang Confederations Cup
2013. Mari mengupas 10 fakta yang mungkin boleh dijadikan penjelasan (alasan) terjadinya keputusan ini.
1) Fatigue. Jelas kelihatan pasukan Spain kepenatan di dalam
match ini. Lawan Uruguay & Nigeria, pressing dan support runs tip-top.
Lawan Italy, pressing sudah mula tidak konsisten. Defence mudah membawa keluar
bola ke tengah padang. Italy mengambil kesempatan mengheret Spain bermain 120
minit plus penalties, malah mungkin mampu memenangi semifinal itu. Spain juga
menempuh Final ini kurang one day rest
berbanding para pemain Brazil. Ditambah pula dengan cuaca panas dan lembap
sepanjang tahun di Brazil.
2) Semangat tuan rumah. Brazil bermain begitu bersemangat di
tanah Brazil. Bila muzik lagu kebangsaan Brazil dah lama berhenti, mereka +
seluruh stadium terus sambung menyanyikan national anthem dengan bersemangat.
Gegak gempita suasana stadium. Berdiri bulu roma aku tengok. Sebagai tuan
rumah, Brazil tiada masalah dengan cuaca dan memperoleh kuasa pemain ke-12.
3) Permulaan hi tempo Brazil. Mungkin tonik didorong semangat
pemain ke-12, sepanjang Confed Cup tournament ini, Brazil gemar memulakan match
dengan hi tempo. Pressing jauh ke kawasan lawan, hi defensive line, close down
gila babi dan direct attacks – selalunya melalui flanks (Neymar & Hulk).
Dan tabiat ini nampaknya berkesan apabila Brazil berjaya memperoleh gol pada
awal permainan vs Jepun, Mexico dan Spain.
4) Double pivot Brazil. Dengan meletakkan dua functional
ball winners di midfield, Paulinho & Gustavo, Brazil berjaya mengekang
Spain’s tiki taka secara fizikal dan agresif. Oscar juga berdisplin
defensively. Dengan midfield Spain dihambat, Spain sering fumble, samada
dispossessed takpun misplaced passes. Javi Martinez si ball winner yang
meranapkan tiki-taka Barca ketika mewakili Bayern dibiarkan sejuk di bangku
simpanan Spain.
5) Alba vs Hulk. Peranan Alba untuk mengekalkan width dan
direct running di flank kiri amat penting untuk Spain. Tetapi defensive
qualities Alba sering menjadi persoalan. Ketika vs Italy, Prandelli sering mengarahkan
Maggio dan Candera menguji Alba. Italy
beberapa kali berjaya menembus pertahanan
di kawasan flank dikawal Alba. Pada final vs Brazil, Mata pula bermain selaku
narrow left midfielder, dibenarkan drift inside membantu midfield. Masalahnya,
Mata kurang berminat untuk membantu Alba ketika diserang. Beberapa kali Hulk
memenangi bola udara vs Alba, dan salah satunya membuahkan hantaran silang untuk
gol pertama Brazil. Dengan kualiti Hulk dan tiadanya bantuan defensif dari
sayap, sepanjang perlawanan, Alba tidak naik ke atas untuk memberikan width
kepada Spain dan ini menyempitkan passing range Spain. Pada second half dan 3 nil down, Navas
menggantikan Mata. Pedro bertukar flank ke kiri, dan bekerjasama dengan Alba
untuk membanteras Hulk dan Alves. Ketika itu, barulah Alba mulai terbebas untuk
membantu serangan. Malangnya sudah terlambaaaat.
6) Busquets out of position. Knock on effect bila Mata malas
defend ialah Busquets terpaksa mengambil alih. Bila Busquet tertarik kepada
Hulk, Oscar terbiar kosong di hadapan defence Spain dan mengassist Neymar untuk
gol kedua.
7) Thiago Silva + Luiz vs Torres. Torres ni lone striker. Pastu
dah lama off form. Thiago Silva dan David Luiz bergilir-gilir mengawal ketat
pergerakan Torres. Usaha bersama Thiago & Luiz berjaya frustrate Torres di
atas. Satu-satunya peluang terbaik Spain timbul apabila Thiago tertarik ke
tengah padang mengikut Torres, membiarkan Luiz menjaga seluruh central defence
seorang diri. Mujur Luiz menampan bola placing Pedro keluar dari gawang gol. Sayang
sekali, usaha penarikan central defender keluar posisi ini tidak dilakukan
secara berterusan oleh Torres dan Spain. Fabregas yang boleh bertindak sebagai
false nine dan mungkin berupaya menarik central defenders keluar posisi secara
rutin, dibiarkan sejuk di bangku simpanan.
8) Fred. Fred ni bukan tipikal no.9 Brazil. Fred bukan
powerful macam Adriano. Bukan skilful macam Ronaldo gemuk. Bukan laju macam
Romario. Kerja Fred ni simple je. Menjadi long pass option di bahagian atas, hold
up ball dan pass bola untuk para midfielders merencana serangan. Kerja target
man. Dan beliau melakukan kerja ini dengan berkesan.
9) Neymar. Neymar ni menjadi live wire sepanjang game vs
Spain. Beliau merogol Arbeloa sehingga dikeluarkan pada second half. Pique kena
red card kerana mengasari Neymar. Menjaringkan gol kedua Brazil dan gol ketiga
hasil dummy Neymar.
10) Missed penalty. Ramos miss penalty dan Pique red card.
Game over.
p/s : Looking forward, Scolari nampaknya sudah settled dengan pilihan pemain dan shape Brazil. Sepanjang tournament, starting eleven pilihan beliau adalah sama. Satu-satunya exception ialah ketika vs Italy, Paulinho diletakkan di bangku simpanan kerana baru pulih kecederaan. Itu pun, beliau masuk ke padang dan menjaringkan gol.
Keeper Julio Cesar bertindak cemerlang. Thiago Silva dan Luiz sudah mula serasi di central defence. Marcelo dan Alves mula mengukuhkan tempat di full back. Double pivot di midfield sebagai defensive cover (Paulinho dan Luis Gustavo). Oscar free role sebagai functional advanced midfielder, seperti Muller di Bayern Munich on the road to be the European Champion. Neymar dan Hulk sebagai wide forward dan diberikan creative freedom. Fred sebagai functional target man.
sumber : footyroom, espnfc, google.