Pada akhir game, Bayern tidak cuba pun berlawan ball possession
dengan Barcelona. Tetapi Bayern memberi tumpuan untuk mengambil kesempatan ke atas kelemahan-kelemahan Barcelona dalam mencapai pembelasahan 4-0.
Kelemahan Barcelona
yang pertama : Height disadvantage
Bayern memenangi 100% aerial duel di dalam kotak penalti Barca. |
Dante taruk Alves |
Alves in particular, memang tidak terkenal dengan keupayaan
untuk deal with aerial balls. Kelemahan beliau ini dieksploitasi oleh Bayern. Dante
diarahkan berpasang dengan Alves dan beberapa kali Dante berjaya memenangi bola
udara. Salah satu menghasilkan gol pertama. Robben membuat hantaran silang
kepada Dante yang mudah melepasi Alves, menanduk bola ke arah Muller untuk
menjaringkan gol.
Muller hantam Alves |
Kelemahan Barca yang kedua : Counter attack
Alba baling Robben |
Alba yang sering dirogol, jelas kelihatan tensi dan ketika hujung perlawanan, bertindak membaling bola ke muka Robben sebelum dihadiahkan kad kuning.
Selepas ketinggalan 2-0, pada second half, Barca mula
melipatgandakan usaha mencari gol. Barca mula bermain secara high defensive
line dan mengarahkan pemain – pemain untuk push forward. Malah, Pique mula
bermain sebagai centre forward (target man). Ini membuka ruang yang lebih besar
kepada Bayern untuk counter attack. Robben dan Ribery, yang pada first half
terikat dengan defensive duties mula mengorak larian deras. Kemasukan Gustavo
membebaskan Bastian daripada defensive duties, dan mula memberi kesan dengan mencorakkan counter
attack. Muller bekerja keras menjadi distraction dan menjadi overload option di
kedua flank.
Gol ketiga bermula dengan Bastian membawa bola. Ketiadaan
Pique (menjadi target man) dan larian Muller mengelirukan Alba, menarik Alba
masuk ke kawasan tengah. Bastian menghantar bola ke Robben di flank kanan.
Bodycheck Muller ke atas Alba membebaskan Robben untuk score gol ketiga.
Gol keempat terhasil dari counter attack di flank kiri
dengan Ribery dan Alaba combined. Muller menghabiskan gerakan.
Muller
Memang Muller tidak mempunyai kepermainan kreatif atau kebijaksanaan positioning seperti Kroos. Tetapi work rate dan positioning yang berdisplin membuatkan beliau menyerlah di dalam match ini. Man of the Match. Defensively, Muller dengan rajin close down Busquets, penting di dalam midfield battle. Persembahan defensif Bastian dan Javi juga harus dipuji. Mereka bertiga berjaya menangani dengan berkesan passmasters trio Busquets, Xavi, Iniesta.

Ketika menyerang, Muller rajin bertukar posisi, cuba get
involved dengan permainan samada sebagai decoy, overload ataupun pass option. Gol
pertama, Muller menyambut tandukan Dante di sebelah kanan. Gol kedua, Muller
melonjakkan diri menanduk di sebelah kiri. Gol ketiga, Muller menarik Alba ke
dalam sebelum bodycheck Alba, memberi ruang kepada Robben. Gol keempat, Muller
mencari ruang di hadapan Alba untuk menjaringkan gol.
Not pretty, tapi efektif.
Messi
Aku rasa Messi masih unfit. Beliau tenggelam di dalam match ini, membawa bersama Barcelona karam bersama. Ini menguatkan lagi dakwaan Barcelona sebagai one man team.
Aku rasa Messi masih unfit. Beliau tenggelam di dalam match ini, membawa bersama Barcelona karam bersama. Ini menguatkan lagi dakwaan Barcelona sebagai one man team.
Penutup
Rata-rata peminat (termasuk aku) menjangkakan pertembungan
sengit merebut possession di antara dua pasukan yang berorientasikan possession
football. Dan berkisar kepada midfield battle, passing dan pressing. Tetapi
sangkaan itu salah. Bayern tidak cuba merebut possession dengan Barcelona.
Barca completed 608 passes manakala Bayern cuma membuat 217 passes. Bayern lebih
berminat untuk mengeksploitasi kelemahan-kelemahan Barcelona.
Eksploitasi baik punya!
sumber : espnfc, footyroom.com, google, fourfourtwo
Eksploitasi baik punya!
sumber : espnfc, footyroom.com, google, fourfourtwo