Sunday, 20 October 2013

Farewell, Mr. Metsu.



Abdullah 'Bruno' Metsu

Perlawanan pembukaan World Cup 2002 di Korea & Japan menemukan Perancis, juara bertahan World Cup 1998 dan juara Euro 2000 dengan Senegal, wakil dari benua Afrika. Aku ingat lagi ketika itu aku duduk di hostel universiti yang rupanya sebuah tingkat atas rumah kedai yang dibahagi dengan divider nak dijadikan bilik-bilik. Ada sebuah TV saja yang berfungsi di antara bilik-bilik tersebut. Jadi kami pun berhimpit di dalam satu-satunya bilik berTV itu untuk menyaksikan perlawanan ini. Siapa pun tak nak terlepas tengok game nih. Maklumlah game pembukaan Piala Dunia. Dan perlawanan yang menemukan team penakluk dunia sudah 4 tahun vs an unknown team, Senegal. Dan tiada seorang pun menjangkakan Senegal akan mengalahkan Perancis.

Terpampang di kaca TV senarai nama pemain di dalam pasukan Senegal. Setiap nama begitu asing buat kami ketika itu. Siapa El-Hadji Diouf, Papa Bouba Diop, Salif Diao dan Aliou Cisse, Khalilou Fadiga ini? Memang tak kenal. Perancis dan Senegal seakan-akan mempunyai pertalian istimewa. Hampir majoriti pemain Senegal bermain di Ligue 1, Perancis. Patrick Viera, pemain tengah berkaliber pasukan Perancis berasal dari Senegal. Dan jurulatih Senegal, Bruno Metsu juga warga Perancis. Belum terkenal ketika itu.

Berbanding dengan kemasyuran pemain-pemain Perancis, tak payah letak nama di TV pun kami dah kenal. Siap tahu posisi mana mereka bermain. Barthez GK, Thuram dan Lizarazu FB, Desailly dan Lebouef CB, Petit dan Viera MC. Wiltord dan Djorkaeff WM terus Thierry Henry dan Trezeguet sebagai Forward. Setiap pemain Perancis ketika itu bermain di top tier clubs di dalam liga-liga dunia. Majoriti sebagai key players.  Tersedia seorang pemain ternama di setiap posisi. Sebagai sebuah pasukan, Perancis sudah menjadi World Champion pada 1998 kemudian follow up dengan Europe Champion tahun 2000. Hebat tak hebat. Kami, bukan, seluruh dunia yakin Perancis akan dominate match dan menang bergaya lawan Senegal malam itu walaupun ketiadaan hero Perancis Zidane dan juga Pires. Kehilangan duo itu mungkin mengurangkan daya kreativiti pasukan Perancis tetapi Perancis masih ada Henry, Trezeguet, Viera dan Petit. Dugarry dan Cisse pun bersedia di bangku simpanan. Bukan sahaja kami tidak menerima kekalahan Perancis sebagai satu kemungkinan, malah kami siap menjangka siapa score dua dulu. Trezeguet ke Henry?

Malah, Metsu sendiri mengiyakan kehebatan Perancis di pre-match conference."They have the best team, made up of the best players. They are really exceptional, and don’t seem to have any weaknesses. At the top, most teams have one, two or three superb players, but France has a whole team full of superb players. I honestly do not see who could beat them." 

Senegal pula, walaupun tidak dikenali ramai ketika itu, bukan selemah yang disangkakan. Di African Cup of Nations 2002, mereka mara ke Final tetapi kalah penalti kepada Cameroon.  Dan itulah yang terjadi pada perlawanan menentang Perancis malam itu. Memang tak selemah yang disangkakan.  Bermain secara defensif dan berdisplin, Senegal tampak tidak gentar menentang Perancis.

Di tengah, Salif Diao, Diop dan Alio Cisse close down pemain tengah Perancis dengan segera dan secara agresif. Beberapa kali Perancis dispossessed di kawasan tengah padang. Senegal bermain secara direct, setiap kali mendapat bola terus dilorongkan kepada Diouf yang sentiasa mencari ruang di poket kiri dan kanan Perancis. Persembahan El-Hadji Diouf menonjol pada malam itu. Bermain selaku sole striker, El-Hadji bermain through the channels, menarik centrebacks Lebouef dan Desailly keluar dari posisi. Dengan Diouf bersilat di flanks, support pula tiba dengan midfield runners khususnya, Salif Diao dan Diop masuk ke kotak penalti. Dan ketika menentang Perancis, Diop muncul wira dangan menjaringkan satu-satunya gol yang mencipta sejarah buat Senegal dan mengejutkan dunia.



Meriah sakan rakyat Senegal meraih gol dan kemenangan pada malam itu. Sampaikan Presiden Senegal mengisytiharkan cuti kebangsaan pada hari keesokannya.Walaupun dengan semua sambutan itu, Metsu, tidak ikut sama bersorak, mungkin menghormati negara kelahiran beliau, tetapi beliau juga tidak kelihatan terkejut. Aura konfiden Metsu tidak dapat disembunyikan di sebalik sambutan kemenangan Senegal malam itu.

Perlawanan kedua Senegal vs Denmark, membuktikan lagi kebijaksanaan taktikal Metsu. Ketinggalan 0-1, Metsu memasukkan dua striker – Souleyman Camara dan Henri Camara - di half time. Dan keduanya memainkan peranan penting dalam gol penyamaan pada minit 51. Henri Camara membuat clean tackle di bahagian defence kanan, dan bola terus dibawa direct ke flank kiri dengan one touch football.  Souleyman Camara melakukan decoy run dan membuka ruang untuk Fadiga melorongkan thru pass untuk Diao. Satu lagi gol daripada midfield yang run from deep. Template yang sama digunakan ketika vs Perancis, defensive - direct passing - support thru midfield runner. Gol ini adalah di antara counter attack team gol terbaik pernah disaksikan di World Cup.


Senegal hanya memerlukan seri menentang Uruguay di perlawanan terakhir di dalam kumpulan A untuk layak ke stage seterusnya. Tetapi jika Senegal tewas, mereka mungkin akan tersingkir keluar dari World Cup. Dengan Uruguay memerlukan kemenangan untuk mara ke pusingan seterusnya, Uruguay memulakan perlawanan dengan menyerang.  Senegal selesa bertahan dan bermain secara counter attack. Sampai halftime, Senegal leading 3-0. Defensive-direct-midfield runs. Dua gol hasil daripada Diop, yang meluru from deep, yet again.

Dua pertukaran pemain di half time oleh Pua membangkitkan semangat comeback Uruguay. Uruguay menyerang secara bertali-arus dan akhirnya membuahkan hasil. Kedua pemain yang baru diganti masuk, Morales dan Forlan menjaringkan gol. Permainan Senegal mulai tertekan dan akhirnya tekanan itu mengakibatkan penalti kick kepada Uruguay. Recoba menyamakan kedudukan dari penalty spot. Morales, target man Uruguay, melepaskan peluang keemasan – free header di depan gol - di minit terakhir perlawanan. Dramatik, dan rezeki Senegal layak ke last 16.



Dramatik terus menjadi tema untuk Senegal. Ketika vs Sweden di last 16,perlawanan berkesudahan 1-1. Zlatan Ibrahimovic, Diop, Anders Svensson, Diouf mempunyai peluang menjaringkan gol tetapi ditidakkan dengan kecemerlangan penjaga gol pasukan masing-masing dan keputusan ofsaid.  Golden goal di extra time menyaksikan Sweden dan Senegal saling serang menyerang. Sweden mendapat peluang terbaik melalui Svensson. Malangnya, rembatan Svensson setelah membuat Zidane turn terkena tiang. Akhirnya, Henri Camara follow up first goal dengan golden goal yang cantik. Back heel pass tepat ke larian Camara yang terus beat defence sebelum melorongkan bola di luar jangkauan penjaga gol Sweden. Gegak gempita stadium meraikan Senegal ke suku akhir Piala Dunia.



Suku akhir merupakan stage paling jauh wakil dari Afrika pernah layak di World Cup. Bertemu Turki, Senegal dilihat sebagai favorites untuk layak ke semifinal dan mencatat sejarah sulung. Malangnya, Turki menjaringkan golden goal setelah game berkesudahan 0-0.  Turki bermain compact dan dibarisi bintang yang baru nak up seperti Emre, Hasan Sas, Davala, Rustu dan Alpay. Ilhan Mansiz si supersub yang menjaringkan the golden goal.

               

                Jadi, Senegal terkeluar daripada World Cup. Tetapi mereka tetap diraikan kerana berjaya menyamai rekod wakil Afrika layak ke suku akhir. Diraikan kerana mencatatkan kejutan terbesar dengan mengalahkan defending World Champion di perlawanan pembukaan World Cup. Diraikan kerana menghasilkan beberapa perlawanan yang menarik dan dramatik sepanjang perjuangan di dalam World Cup 2002.

                Dengan kecemerlangan Senegal di World Cup 2002, ramai menjangkakan barisan pemain Senegal akan mulai menguasai persada liga-liga Eropah. Ramai juga membuat tanggapan yang Senegal akan mulai menguasai dunia bolasepak Afrika dan menjadi favorites di World Cup yang akan datang. Malangnya, Metsu meninggalkan Senegal untuk meneruskan kerjaya di Timur Tengah dan Senegal tidak pernah layak ke World Cup selepas 2002. Walaupun ramai pemain Senegal mula dikenali dan disunting ke kelab-kelab ternama sekitar Eropah, tiada seorang pun yang berjaya menyambung kecemerlangan mereka di World Cup 2002. Ini menampakkan dengan jelas kewibawaan Bruno Metsu membentuk pasukan Senegal ini yang terbukti banyak kekurangan selepas ketiadaan beliau.

                Pada 14 Oktober 2013, Abdullah ‘Bruno’ Metsu pergi menyahut seruan Ilahi. "More than a coach, he was a big brother to us," kata Souleyman Camara memberikan penghormatan terakhir. Kisah perjuangan Senegal  sepanjang  World Cup 2002 memberikan 1001 kenangan kepada dunia bolasepak.Terima kasih kerana memberikan memori itu, Abdullah ‘Bruno’ Metsu. 


Al-fatihah. 

 

sumber : espnfc.com, wikipedia.com, google.com, youtube.com

Tuesday, 24 September 2013

10 points buat Moyes


David Moyes

Ramai Man Utd fans & haters bersependapat bahawa Moyes, pengurus Man Utd patut dipecat setelah team itu kalah 1-4 kepada Man City di Etihad Stadium baru baru ini. Kalah 1-4 kepada musuh berjiran sukar diterima. Vs Liverpool sebelum ini pun kalah menguatkan lagi hujah mereka. Seteru utama tu.  “Next in line” kata semua setelah berita Paolo Di Canio dipecat daripada Sunderland. 

Tapi aku rasa Moyes perlu diberi masa. Peluang dan ruang. Berikut adalah beberapa checkpoints yang mungkin dapat menyelamatkan Moyes daripada terus dibedil maki nista. Mana tahu, boleh menyelamatkan Moyes daripada dipecat oleh fans kebanyakan di tanah Malaysia.

1) Sebenarnya kan, pengurus baru seperti Moyes memerlukan masa untuk mengeset kepermainan dan taktikal amalannya kepada para pemainnya. Semua orang tahu. Yang tak tahu mungkin tak pandai main bola. Jose Mourinho pun tahu.


“The easiest thing is for a manager to arrive in a club and not change, to go in same direction. Or to keep something and buy a couple of players better than what previously.”


If you want to do something different, there is a period where – I understand that, if the results are not good, people will question your direction you go – but its up to me to determine where we’re going.”


Jadi, semua perubahan memerlukan masa. Masa untuk Moyes stamp his playing style kepada players dan masa untuk players adapt dengan style itu. Lebih lebih lagi, Man Utd tak pernah berubah manager dah 20 tahun lebih dengan Sir Alex memegang tampuk dari 80-an lagi. Jadi lagi sukar untuk Moyes shake things up. Susah but not impossible. Just need more time.

2) Pembelian Fellaini cuba menunjukkan perubahan yang dimaksudkan. Menambah steel di midfield Manchester Utd sambil meningkatkan aerial strength. Carrick terbebas sedikit daripada defensive responsibilites dan boleh dictate game dengan lebih berkesan. Dan Rooney, as a part of the midfield triangle or withdrawn striker lebih bebas mencari ruang dan mencipta peluang. Ketika setpiece seperti corner kick misalnya, Fellaini juga boleh dijadikan target selain dari Vidic dan RVP.

3) Percubaan membeli Fabregas dan Thiago mungkin memberi maksud untuk menambah creativity di bahagian midfield untuk mencipta peluang gol. Apabila RVP injured, kemungkinan Rooney akan mengepalai serangan sambil Thiago / Fabregas menggalas tugas creator. Malangnya, bidaan membeli  kedua pemain itu gagal dan melihat kepada kekalahan di Etihad Stadium baru-baru ini, dengan tiadanya RVP, Rooney lah yang create dan dia juga nak kena finish. Macamana tu?

4) Welbeck, Young dan Valencia punyalah out of form. Membawak dari last season lagi, Valencia dan Welbeck masih belum pulih daripada dip of form. Young pula terkena hentakan psikologi gara-gara diving anticsnya. Samada mereka buck up or Moyes boleh cuba tukar posisi pemain seperti Coleman di Everton. Dari winger turun ke right back. Susah-susah jual je Januari nanti. Young tu patut jual je.

5) Kagawa dan Nani pula out of favor, sedangkan Kagawa memang boleh pegi jadi creator di dalam match vs Man City tempohari. Nani pula dengan trickery dan kedua kaki hidup mungkin boleh memberi nafas baru kepada permainan sayap Manchester Utd. Keputusan untuk tidak menurunkan pemain-pemain ini mungkin ada kaitan dengan perubahan style permainan tadi. Seperti di Chelsea, Mourinho juga tak favor Juan Mata sedangkan Mata merupakan pemain yang amat menyerlah ketika season lepas. 


“It's part of a process with him, too. It is one thing to play with Ramires and Oscar closing down opponents on each side, and Mata as a No 10 behind a striker with his clever assists, clever passes and fantastic actions because he has great talent. But it is another thing to adapt to the way we want to play. In this moment, Oscar is my No 10 and, if anyone tells me Oscar has not been Chelsea's best player this season, I'd have to disagree. I have to prove to the fans that I am good. Now [Mata] must do the same."


Hopefully ketiga-tiga player ini Kagawa, Nani dan Mata boleh adapt dengan playing style manager masing-masing untuk kebaikan mereka dan fans secara amnya. Time will tell.

6) Kalahnya Man Utd kepada Man City, away dan Liverpool, away. Seri dengan Chelsea. Keputusan ini tak teruk mana pun. Bagi aku kalah kepada Big Four / Five untuk manager baru yang step up macam Moyes nih memang dijangka. Anything else is a bonus. Yang penting fixtures away ke Liverpool dan Man City dah lepas. Vs Chelsea di home juga dapat kutip satu mata. Tinggal Arsenal dan Totenham sahaja belum jumpa. Ketika ini, pengutipan 3 mata di kelab selain Big Four / Five adalah rutin. Wigan (Charity Shield), Swansea dan Crystal Palace dikalahkan. Dan selepas ini, lima game vs kelab bawahan sebelum jumpa Arsenal mungkin memberi mata maksimum 15 mata. Smooth sailing sampai game Arsenal (kot?).
 

7) Big Four/ Five  tadi pula sudah ada yang kalah kepada kelab bawahan. Chelsea kepada Everton. Arsenal kepada Aston. Man City kepada Cardiff. Liverpool kepada Southampton. Man Utd dan Tottenham sahaja yang belum kalah kepada kelab-kelab bawahan. Kalau Man Utd dapat maintain 100% record vs kelab-kelab bawahan dan at least meraih seri dengan Big Four / Five selepas ini, tak mustahil Man Utd boleh pergi jauh dalam BPL musim ini.

8) Di antara manager-manager the Big Four/ Five, Arsene Wenger dilihat mempunyai kelebihan dari segi pengalaman dan extensive knowledge di dalam BPL musim ini. Beliau pernah memenangi BPL beberapa kali sebelum ini. Beliau sudah lama berentap di dalam BPL dan masih kekal lama di Arsenal. Di Chelsea, Mourinho mungkin ada experience memenangi BPL dan menerajui Chelsea sebelum ini tetapi seperti Moyes, beliau tengah struggle dengan pembentukan Chelsea mengikut acuan beliau tersendiri. Moyes juga mempunyai kelebihan dengan mengepalai Everton dalam tempoh yang agak lama di dalam BPL. Sekarang diberi peluang untuk step up dan membentuk Man Utd. Brendan Rodgers masih boleh dianggap baru. Ini musim ketiga (rasanya) di BPL. Pembelian ramai pemain baru set him back untuk adapt the new players kepada style dia. Keadaan sama juga boleh dikatakan untuk AVB di Tottenham. Pellegrini pula betul-betul baru dengan suasana BPL. Masa akan menunjukkan adakah pengalaman ini berguna sepanjang tempoh BPL berlangsung. Masa akan membuktikan siapa yang akan crack dulu dan siapa yang akhirnya triumph di akhir garisan.

9) Player muda seperti Fabio, Rafael, Jones, Buttner, Evans, Januzaj dan Zaha patut diberi peluang untuk bermain. Kagawa dan Nani juga patut diletakkan di kesebelasan utama. Sudah-sudahlah pakai veteran bermain. Vidic, Rio, Giggs patut dah jadi bit part players dah ni.

10) Jangkaan aku Arsenal akan menang BPL musim ini. Diikuti rapat Chelsea dan Man City. Tottenham round up top four. Man Utd? Lain kalilah!


sumber : espnfc.com, whoscored.com, google.com

Tuesday, 2 July 2013

10 fakta kenapa Brazil menang vs Spain di Final Confederations Cup 2013


2013 Confederations Cup Winners




Brazil membenam Spain 3-0 terus menjulang Confederations Cup 2013. Mari mengupas 10 fakta yang mungkin boleh dijadikan penjelasan (alasan) terjadinya keputusan ini.

1) Fatigue. Jelas kelihatan pasukan Spain kepenatan di dalam match ini. Lawan Uruguay & Nigeria, pressing dan support runs tip-top. Lawan Italy, pressing sudah mula tidak konsisten. Defence mudah membawa keluar bola ke tengah padang. Italy mengambil kesempatan mengheret Spain bermain 120 minit plus penalties, malah mungkin mampu memenangi semifinal itu. Spain juga menempuh Final  ini kurang one day rest berbanding para pemain Brazil. Ditambah pula dengan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun di Brazil.


2) Semangat tuan rumah. Brazil bermain begitu bersemangat di tanah Brazil. Bila muzik lagu kebangsaan Brazil dah lama berhenti, mereka + seluruh stadium terus sambung menyanyikan national anthem dengan bersemangat. Gegak gempita suasana stadium. Berdiri bulu roma aku tengok. Sebagai tuan rumah, Brazil tiada masalah dengan cuaca dan memperoleh kuasa pemain ke-12.


3) Permulaan hi tempo Brazil. Mungkin tonik didorong semangat pemain ke-12, sepanjang Confed Cup tournament ini, Brazil gemar memulakan match dengan hi tempo. Pressing jauh ke kawasan lawan, hi defensive line, close down gila babi dan direct attacks – selalunya melalui flanks (Neymar & Hulk). Dan tabiat ini nampaknya berkesan apabila Brazil berjaya memperoleh gol pada awal permainan vs Jepun, Mexico dan Spain.


4) Double pivot Brazil. Dengan meletakkan dua functional ball winners di midfield, Paulinho & Gustavo, Brazil berjaya mengekang Spain’s tiki taka secara fizikal dan agresif. Oscar juga berdisplin defensively. Dengan midfield Spain dihambat, Spain sering fumble, samada dispossessed takpun misplaced passes. Javi Martinez si ball winner yang meranapkan tiki-taka Barca ketika mewakili Bayern dibiarkan sejuk di bangku simpanan Spain.


5) Alba vs Hulk. Peranan Alba untuk mengekalkan width dan direct running di flank kiri amat penting untuk Spain. Tetapi defensive qualities Alba sering menjadi persoalan. Ketika vs Italy, Prandelli sering mengarahkan Maggio dan Candera menguji Alba.  Italy beberapa kali  berjaya menembus pertahanan di kawasan flank dikawal Alba. Pada final vs Brazil, Mata pula bermain selaku narrow left midfielder, dibenarkan drift inside membantu midfield. Masalahnya, Mata kurang berminat untuk membantu Alba ketika diserang. Beberapa kali Hulk memenangi bola udara vs Alba, dan salah satunya membuahkan hantaran silang untuk gol pertama Brazil. Dengan kualiti Hulk dan tiadanya bantuan defensif dari sayap, sepanjang perlawanan, Alba tidak naik ke atas untuk memberikan width kepada Spain dan ini menyempitkan passing range Spain.  Pada second half dan 3 nil down, Navas menggantikan Mata. Pedro bertukar flank ke kiri, dan bekerjasama dengan Alba untuk membanteras Hulk dan Alves. Ketika itu, barulah Alba mulai terbebas untuk membantu serangan. Malangnya sudah terlambaaaat.


6) Busquets out of position. Knock on effect bila Mata malas defend ialah Busquets terpaksa mengambil alih. Bila Busquet tertarik kepada Hulk, Oscar terbiar kosong di hadapan defence Spain dan mengassist Neymar untuk gol kedua.


7) Thiago Silva + Luiz vs Torres. Torres ni lone striker. Pastu dah lama off form. Thiago Silva dan David Luiz bergilir-gilir mengawal ketat pergerakan Torres. Usaha bersama Thiago & Luiz berjaya frustrate Torres di atas. Satu-satunya peluang terbaik Spain timbul apabila Thiago tertarik ke tengah padang mengikut Torres, membiarkan Luiz menjaga seluruh central defence seorang diri. Mujur Luiz menampan bola placing Pedro keluar dari gawang gol. Sayang sekali, usaha penarikan central defender keluar posisi ini tidak dilakukan secara berterusan oleh Torres dan Spain. Fabregas yang boleh bertindak sebagai false nine dan mungkin berupaya menarik central defenders keluar posisi secara rutin, dibiarkan sejuk di bangku simpanan.


8) Fred. Fred ni bukan tipikal no.9 Brazil. Fred bukan powerful macam Adriano. Bukan skilful macam Ronaldo gemuk. Bukan laju macam Romario. Kerja Fred ni simple je. Menjadi long pass option di bahagian atas, hold up ball dan pass bola untuk para midfielders merencana serangan. Kerja target man. Dan beliau melakukan kerja ini dengan berkesan.


9) Neymar. Neymar ni menjadi live wire sepanjang game vs Spain. Beliau merogol Arbeloa sehingga dikeluarkan pada second half. Pique kena red card kerana mengasari Neymar. Menjaringkan gol kedua Brazil dan gol ketiga hasil dummy Neymar.


10) Missed penalty. Ramos miss penalty dan Pique red card. Game over.


p/s : Looking forward, Scolari nampaknya sudah settled dengan pilihan pemain dan shape Brazil. Sepanjang tournament, starting eleven pilihan beliau adalah sama. Satu-satunya exception ialah ketika vs Italy, Paulinho diletakkan di bangku simpanan kerana baru pulih kecederaan. Itu pun, beliau masuk ke padang dan menjaringkan gol. 

Keeper Julio Cesar bertindak cemerlang. Thiago Silva dan Luiz sudah mula serasi di central defence. Marcelo dan Alves mula mengukuhkan tempat di full back. Double pivot di midfield sebagai defensive cover (Paulinho dan Luis Gustavo). Oscar free role sebagai functional advanced midfielder, seperti Muller di Bayern Munich on the road to be the European Champion. Neymar dan Hulk sebagai wide forward dan diberikan creative freedom. Fred sebagai functional target man.


sumber : footyroom, espnfc, google.
 

Wednesday, 24 April 2013

Bayern On Fire, Barca Under Water.



Pada akhir game, Bayern tidak cuba pun berlawan ball possession dengan Barcelona. Tetapi Bayern memberi tumpuan untuk mengambil kesempatan ke atas kelemahan-kelemahan Barcelona dalam mencapai pembelasahan 4-0.

 Kelemahan Barcelona yang pertama : Height disadvantage

Bayern memenangi 100% aerial duel di dalam kotak penalti Barca.
Barcelona secara jelas mempunyai kekurangan aerial ability (ketinggian). Pique dan Busquets sahaja yang boleh diharap. Bartra mempunyai ketinggian tetapi kurang berpengalaman. Dengan Dante, Boateng, Gomez, Muller dan Martinez kesemuanya menyerang ketika di setpiece, Barcelona menghadapi masalah besar. Bayern pula dihadiahkan Barca 11 corner kick sepanjang match pagi tadi, itu belum termasuk free kick.
 
Dante taruk Alves

Alves in particular, memang tidak terkenal dengan keupayaan untuk deal with aerial balls. Kelemahan beliau ini dieksploitasi oleh Bayern. Dante diarahkan berpasang dengan Alves dan beberapa kali Dante berjaya memenangi bola udara. Salah satu menghasilkan gol pertama. Robben membuat hantaran silang kepada Dante yang mudah melepasi Alves, menanduk bola ke arah Muller untuk menjaringkan gol.

Muller hantam Alves
Gol kedua juga terhasil melalui kegagalan Alves. Melalui corner kick, Alves yang berada di far post lemas vs Muller yang menanduk bola kepada Gomez. Gomez menampan bola ke gawang yang kosong.


Kelemahan Barca yang kedua : Counter attack
Alba baling Robben
Pada minit pertama lagi, Muller dan Robben cuba mengeksploitasi ruang yang ditinggalkan di flank kanan. Alba yang sering out of position di atas kerana ingin menyerang tidak mampu untuk turun defending dengan Robben yang mempunyai pace dan kehadiran Muller  mengoverload flank kanan. Kombinasi kedua pemain ini menyusahkan hidup Alba dan memainkan peranan yang penting untuk gol yang pertama dan ketiga. Gol kedua juga terhasil daripada corner kick dari sebelah kanan.

Alba yang sering dirogol, jelas kelihatan tensi dan ketika hujung perlawanan, bertindak membaling bola ke muka Robben sebelum dihadiahkan kad kuning.

Selepas ketinggalan 2-0, pada second half, Barca mula melipatgandakan usaha mencari gol. Barca mula bermain secara high defensive line dan mengarahkan pemain – pemain untuk push forward. Malah, Pique mula bermain sebagai centre forward (target man). Ini membuka ruang yang lebih besar kepada Bayern untuk counter attack. Robben dan Ribery, yang pada first half terikat dengan defensive duties mula mengorak larian deras. Kemasukan Gustavo membebaskan Bastian daripada defensive duties, dan mula memberi kesan dengan mencorakkan counter attack. Muller bekerja keras menjadi distraction dan menjadi overload option di kedua flank. 

Gol ketiga bermula dengan Bastian membawa bola. Ketiadaan Pique (menjadi target man) dan larian Muller mengelirukan Alba, menarik Alba masuk ke kawasan tengah. Bastian menghantar bola ke Robben di flank kanan. Bodycheck Muller ke atas Alba membebaskan Robben untuk score gol ketiga.

Gol keempat terhasil dari counter attack di flank kiri dengan Ribery dan Alaba combined. Muller menghabiskan gerakan.


Muller

Memang Muller tidak mempunyai kepermainan kreatif atau kebijaksanaan positioning seperti Kroos. Tetapi work rate dan positioning yang berdisplin membuatkan beliau menyerlah di dalam match ini. Man of the Match. Defensively, Muller dengan rajin close down Busquets, penting di dalam midfield battle. Persembahan defensif Bastian dan Javi juga harus dipuji. Mereka bertiga berjaya menangani dengan berkesan passmasters trio Busquets, Xavi, Iniesta.

Ketika menyerang, Muller rajin bertukar posisi, cuba get involved dengan permainan samada sebagai decoy, overload ataupun pass option. Gol pertama, Muller menyambut tandukan Dante di sebelah kanan. Gol kedua, Muller melonjakkan diri menanduk di sebelah kiri. Gol ketiga, Muller menarik Alba ke dalam sebelum bodycheck Alba, memberi ruang kepada Robben. Gol keempat, Muller mencari ruang di hadapan Alba untuk menjaringkan gol.

Not pretty, tapi efektif.

Messi
Aku rasa Messi masih unfit. Beliau tenggelam di dalam match ini, membawa bersama Barcelona karam bersama. Ini menguatkan lagi dakwaan Barcelona sebagai one man team.

Penutup
Rata-rata peminat (termasuk aku) menjangkakan pertembungan sengit merebut possession di antara dua pasukan yang berorientasikan possession football. Dan berkisar kepada midfield battle, passing dan pressing. Tetapi sangkaan itu salah. Bayern tidak cuba merebut possession dengan Barcelona. Barca completed 608 passes manakala Bayern cuma membuat 217 passes. Bayern lebih berminat untuk mengeksploitasi kelemahan-kelemahan Barcelona.

Eksploitasi baik punya!

sumber : espnfc, footyroom.com, google, fourfourtwo