Tuesday, 25 December 2012

Bajet AFF2012




Banyak aku bajet bila Malaysia berjuang dalam AFF Suzuki Cup 2012 lepas.

Aku bajet Malaysia jadi lebih power hasil eksperimen Rajagobal yang telah memperjudikan FIFA ranking Malaysia sampai terseri hambar dengan Hong Kong dan Bangladesh.

Aku bajet Harimau akan mengganas v Singapura, misi balas dendam kepada kekalahan 6-4 (over two legs) pada 2011 yang menyaksikan Malaysia terkeluar daripada layak ke World Cup 2014.

Aku bajet Singapura tunduk respek kepada Harimau Malaya yang mendominasi match, mendabik dada sebagai juara bertahan AFF Suzuki 2010.

Aku bajet Malaysia gaaahhh di tempat sendiri, dan Singapura kecut dikepung ribuan ultras yang menggempitakan sokongan kepada HM.

Aku salah bajet, sebab Malaysia kalah 0 – 3. Dan Singapura mendominasi bola dan menguasai padang.

Ultras Maktras.

Jadi, aku bajet Rajagobal akan meminta maaf ataupun paling busuk pun mengatakan dia tak bajet kalah dengan Singapura.

Aku salah bajet, sebab Rajagobal memang bajet kalah dengan Singapura pun.

"Saya cuma menjangkakan kita kalah dengan keputusan 0-1 atau seri dengan pasukan Singapura," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut. (dipetik dari SinarHarian.com.my).

Hampeh punya coach.

Tapi aku masih menaruh harapan.

Aku bajet Malaysia bangkit seperti di AFF2010 dulu. Dulu pun, Malaysia dilaukkan Indonesia 5-1 sebelum menang the whole thing.

Berbalik kepada AFF2012, Harimau Malaya menang vs Laos (ini aku bajet betul. Hell, satu Malaysia pun bajet betul yang nih!). Dan mengalahkan Indonesia, finalis AFF2010 2 – 0. Nampak gaya macam betul-betul bangkit ala AFF2010.

Tetapi Malaysia tersangkut v Thai. Seri di KL dan kalah di Bangkok. Kedua-dua leg Thai mendominasi perlawanan. Sang (bekas) juara yang mengejar bayang - bayang.

Salah bajet lagi.

Aku bajet FAM akan amuk dan memecat Rajagobal. Secara logika bolalogis, seseorang coach boleh dikekalkan asalkan pasukan kendaliannya ada progress (kemajuan). Melihat kepada prestasi sekarang, prestasi Harimau Malaya adalah pada tahap menurun. Tiada progress.

2010 menang AFF. 2012 semifinalist.

2011 kalah kepada Singapura 4-6 di kelayakan WC2014, di Bukit Jalil seri 1-1. 2012 pun kalah kepada Singapura, di Bukit Jalil 0-3 (AFF2012).

2010 FIFA ranking 144. 2012 FIFA ranking 158.

Tetapi, bajet aku salah sekali lagi. FAM khabarnya mengekalkan Rajagobal untuk Piala Asia 2015.

Mangkuk hayun.